Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Resepi Egg Muffin Untuk Kanak-Kanak

Pagi-pagi bangun dan sediakan sarapan,buat bekal untuk suami lagi.Wajiblah saya cari resepi paling senang,cepat dan mudah.Resepi untuk kanak-kanak ini kita kena fikirkan yang senang dipegang.Size molek-molek untuk dia pegang,sedap dan menarik.Senang dia ngap masuk mulut.K.ali ini breakfast resepi yang saya sempat kongsikan adalah resepi egg muffin.Semua bahan-bahan yang memang ada di dapur.Kalau nak tengok macam-macam idea menarik buat egg muffin ni…silalah anda search kat pinterest
Muffin inti jagung untuk anak....

Resepi Egg Muffin Kanak-Kanak

Bahan-Bahan untuk 6 egg muffin

6 biji telur
1 batang jagung [yang direbus/boleh guna jagung lebihan corn in cup atau krim jagung]
1/3 cawan susu segar [saya guna susu tepung anak saya]
3 keping roti
secubit garam untuk perasa
Boleh tambahkan cheese jika ada

Cara memasak

1. Panaskan oven pada 350 darjah celcius
2. Leserkan muffin tray dengan butter.Roti dikerat dan di padatkan ke dalam muffin tray sebagai base muffin
3. Pecahkan telur,masukkan biji-biji jagung,susu dan perasakan dengan garam.Kacau seperti nak memasak telur dadar.
4. Masukkan ke dalam muffin tray dan bakar selama 15-20 minit.Sampai naik.

Resepi Egg Muffin Dewasa

Kali ini selera ibu pulak..untuk dewasa.Ada mushroom bagai.Saya sempat buatkan 4 biji untuk bekalan suami ke tempat kerja.Orang dewasa lazimnya sukakan sayur dan rasa ‘savoury’ dalam makanan mereka.
Siap bekal untuk suami.

Bahan-Bahan untuk 6 egg muffin

6 biji telur
3 biji cendawan [butang atau portabello]
1 biji bawang
1/2 biji tomato
1/3 cawan susu segar [saya guna susu tepung anak saya]
3 keping roti
sedikit minyak zaitun untuk menumis
sedikit mix herbs
secubit garam untuk perasa
Boleh tambahkan cheese jika ada

Cara memasak

1. Panaskan oven pada 350 darjah celcius
2. Tumis sebentar bawang dan cendawan sehingga bawang kuning sedikit.
3. Leserkan muffin tray dengan butter.Roti dikerat dan di padatkan ke dalam muffin tray sebagai base muffin
4. Pecahkan telur,bahan ditumis tadi,mix herbs,susu dan sedikit garam
5. Tomato dipotong dadu dan campur dalam adunan telur.
4. Masukkan aduan ke dalam muffin tray dan bakar selama 15-20 minit.Sampai naik.

Wednesday, 18 March 2015

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak [Hand Painting Activity]

Dua hari lepas we had fun in our kitchen playing hand printing.Kalau dilihat anak westerners macam disuruh-suruh kan diorang ni get messy.Well,messy kid is a happy kid.Tapi itu lah lumrah bermain.Dan kajian memang menunjukkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.Dirangsang melalui aktiviti bermain.

Edible Finger Paint Recepi

Entri sebelum ni dah cuba buat diy-edible-paint.Tapi tekstur dia tak berapa nak ok.Jadi,boleh guna.Tapi macam tak 'smooth'.Jadi saya cari lagi dan cuba resepi yang memerlukan kita masak.Rupa-rupanya,bila kita masak sesuatu bancuhan.Hasil teksturnya lebih baik.Lebih lembut sebab kita satukan dan panaskan adunan tu.Ok,mari saya tunjukkan bagaimana nak buat edible paint dan aktiviti finger printing untuk kanak-kanak 2-4 tahun.

Bahan-Bahan

2 sudu gula
1/2 cawan air
tepung gandum 
pewarna makanan mengikut warna kesukaan anda

Cara membuatnya

1.Panaskan air dan masukkan gula.Kacau sehingga gula melarut.
2.Larutkan 5sudu tepung gandum bersama dengan air.Tuang bancuhan tepung ke dalam periuk.
3.Kacau sehingga anda mendapat kepekatan yang anda inginkan.Teksturnya agak likat tapi lembut seperti gam.
4.Asingkan kepada 4 bahagian.Campur 2 titis pewarna makanan dalam setiap adunan.Untuk dijadikan cat.
5.Tunggu sehingga sejuk sebelum memulakan aktiviti.

Aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan

Sediakan kertas mahjong,kertas lukisan atau manila kad untuk bermain.Warnakan tangan mahupun kaki dan...cop!cop!cop!Saya sediakan evamatic mat supaya tak melekat di lantai.Aktiviti pula dijalankan didapur.

Anak kedua saya baru setahun 3 bulan.Sangat suka 'mengutip' apa di lantai dan masukkan dalam mulut.Jadi bila buat edible paint ni saya hilang 1 kerisaun mengenai toksin.Tau tak rasa paint ni manis-manis.Hehehe!Haruslah ibu yang rasa dulu kan..?
Ha..tengok.Anak suka sangat-sangat tau.Saya biarkan dia main sejam lebih.Si adik kejap je.Sebab kecik lagi.Cepat hilang fokus.Kakak lah yg main sampai 2 kad manila.Masih berbaki hand paint saya.Saya masukkan ke dalam peti ais untuk guna esok-esok ke.Lukisan mesti tampal kat dinding..tunjuk kat baba dia.Alhamdulillah.Memberi kegembiraan untuk anak.

=================================================================


Dapatkan telekung dwi warna dengan warna-warna baru 2015 di kedai kami.Klik telekung-kanak-kanak-2015

Saturday, 14 March 2015

Fish Nugget [Resepi untuk kanak-kanak]

Resepi kanak-kanak kali ini saya sangat rajin semenjak dua menjak memasak sesuatu di luar kebiasaan untuk anak saya.Bukan sebab apa,saya tengah bereksperimen untuk lihat apa yang anak saya yang berusia setahun tu suka makan.Yang si kakak kita dah tahu makanan kegemaran dia.Apa dia suka.Jadi sekarang ini memang tengah mencari resepi yang sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun macam anak saya.

Tengok dalam fridge ada ikan tenggiri.Malas bergulai.Mari cuba buat fish nugget untuk menambah senarai menu kanak-kanak di rumah kami.

Resepi untuk kanak-kanak ;Fish Nugget [Ala bergedil]

Bahan-bahan

4 biji kentang 
3 potong isi ikan tenggiri dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang
1 biji telur
5 ketul cendawan dicincang
sedikit rempah habbatussauda 
sedikit mix herbs
oat secukupnya
garam secukup rasa

Cara Masak

1.Kentang dipotong 'wedges' dan digoreng separuh masak.Lenyekkan
2.Campurkan kentang yang lenyek bersama isi ikan,cendawan dan bawang.Gaulkan
3.Campurkan mix herbs dan habbatussauda.Pecahkan telur bagi melekatkan adunan.
4.Tambahkan oat sehingga adunan senang dibentuk seperti jejari
5.Perasakan dengan garam bukit.
6.Gorengkan jejari ikan tadi dan tos.
7.Sedia dimakan oleh,tentera kecilku

Alhamdulillah.Bab-bab finger food ni memang anak lelaki saya suka pegang dan makan.Kalau tak habis mak dia akan buat lauk.Habbatussauda dalam resepi ini adalah optional ye.Saya saja suka campurkan sebab saya nak beramal dengan habbastussauda tu.Jadi mana-mana yg boleh campur saya akan campurkan sedikit habbatussauda dalam makanan.Sebab habbatusauda adalah sunnah dan dapat meningkatkan sistem imuniti badan.

Sekian update kali ini.Selamat mencuba
===========================================================
Shopping baju jubah kanak-kanak di Muslim Kids Clothing


Monday, 23 February 2015

Resepi Kanak-Kanak ;Nugget Ayam Dengan Sayur

Plan masak nugget tapi jadi crocquette

Asalnya nak buat nugget.Alih-alih tak de telur dan breadcrumbs.jadi ala-ala melayu saya cuba gantikan dengan tepung dan oat.Tekstur dia jadi ala-ala crocquette gitu.Tapi anak saya yang kedua ni makan tak berenti.Simpan adunan sedikit untuk goreng kat dia esok.Sedap kot..kena dengan selera dia rasanya.Yeay!Mak pun suka lah =)

Apa end product anda nak panggil,yang penting ia berkhasiat.Ada sayur,oat,ayam dan habbatussauda.Kalah teruk ya nugget dalam plastik tu kalau kita bandingkan khasiat dia.
Tak lepas ye,dia mengunyah nugget tu.Kena selera lah tu

Resepi Nugget Ayam Dengan Sayur

Bahan-bahan

250 gm isi ayam
sebatang seleri
sebatang lobak kecil
sebiji bawang besar
secubit habbatussauda
tepung untuk mengentalkan adunan
oat untuk mengentalkan adunan
sedikit lada sulah
sedikit garam untuk perasa

Cara Masak

1. Potong dadu isi ayam.Potong seleri dan lobak merah.Rebus sehingga ayam empuk [gambar a dan b]
2. Apabila ayam empuk.Keluarkan isi ayam dan carik-carikkan dengan tangan sehingga hancur.
3. Tapis seleri dan lobak dari air rebusan tadi dan simpan untuk digunakan nanti.
4. Kisar seleri,lobak merah,bawang,lada sulah,habbatussauda dan garam [gambar c]
5. Bancuhkan adunan kisar,ayam yg dicarik dengan tepung dan oat.Gunakan air rebusan ayam tadi untuk mengadun menjadi kental.Bulat-ulatkan seperti nugget.[gambar d dan e]
6. Goreng seperti anda menggoreng nugget sampai warna keemasan.[gambar f]

7. Sedia untuk dihidangkan.Berkhasiat untuk anak.
Ada tangan gebu merayap dulu

Sekian,selamat mencuba.Boleh bento lagi untuk bekal anak ke sekolah

Buku-Buku baru February 2015


Buku-buku pilihan ibu dan anak 
1. Ibu, Ku Ingin Tahu RM26
2. Anakku Seorang Hafiz RM20
3. Lebih Baik Makan Ini Bukan Itu RM17
4. Kenapa Wajib Tutup Aurat RM9
5. Sayang marilah Makan RM22
6. 150 Tips Disayangi Ibu RM12

Pembelian >> telegram/whatsap 017 223 5362

Thursday, 5 February 2015

Aktiviti memasak bersama anak [Resepi Kueh Keria]

Kali ini saya akan ceritakan aktiviti di dapur kami.Bila petang nan indah,free dan rajin,saya akan buat aktiviti bersama anak.Kali ini aktiviti memasak bersama anak saya buat kueh yang berasaskan keledek yg kami beli di kawasan Morib [balik bercuti dari Gold Coast Morib haritu].Saya decide untuk buat kueh keria atau bahasa utaranya coq keria [cucoq keria] yang menjadi kegilaan anak saya sejak akhir-akhir ni.Jangan mengharapkan gambar masakan yang cantik kerana ini bukan blog masakan.Tapi blog aktiviti bersama anak.Tiada shot yang menarik,tapi semuanya adalah realiti seorang mak.Hehehe.

Resepi Kueh Keria (Cucur keria)

Dalam aktiviti ini anak-anak 4 tahun akan belajar meng-uli adunan menjadi seperti cincin.Tetapi anak 1 tahun akan cubit-cubit adunan masuk mulut.Mari bersabar.Hehehe.

Resepi ini saya pilih cara yang paling mudah dari blog mai sepinggan

Bahan-bahan

700 gm ubi keledek
150 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya guna gula biasa sahaja)
secubit garam 
minyak untuk menggoreng

Cara memasak

1. Rebus keledek hingga empuk.Dan lenyekkan.Keledek cepat empuk dan senang dilenyek menggunakan belakang cawan.Boleh biarkan anak anda melenyek keledek.Tapi dia masih perlukan bantuan anda untuk melenyek semuanya secara sekata.
Adik disebelah usha dulu apa kakak buat ni.Jaga..jaga..

Monday, 12 January 2015

Aktiviti Memasak Bersama Anak [Cara Membuat Aiskrim Goreng]

Resepi Kanak-Kanak Menggunakan Roti


Disebabkan resepi ni lebih kepada resepi yang dapat dibuat dalam aktivit ibu dan anak,jadi tiada gambar-gambar makanan yang cantik.Yang ada hanya gambar aktiviti berlangsung.Kali ini kami tunjukkan cara-cara membuat aiskrim goreng .Yang bagusnya kami guna roti yang dah nak expire.Rupanya banyak kegunaan roti yg expire ni,jadi kita fikir-fikirkan dulu apa yang boleh dibuat sebelum kita simply buang je roti tu dalam tong sampah.Rujuk resepi roti expire di sini 

Cara Membuat Aiskrim Goreng

Bahan-bahan

Baha-bahan dan chef cilik

Sunday, 19 October 2014

Baking with kid [PEANUT BUTTER COOKIES]

RESEPI KANAK-KANAK 

Aktiviti petang Sabtu kami isi dengan masak peanut butter cookies.Sedap dan senang nak buat.Saya tak pernah sangka.Sampai saya belek-belek buku cooking with kids kat dapur saya tu.

Saturday, 6 September 2014

Aktiviti Di Dapur Bersama Kanak-Kanak (Lingkungan3-4 Tahun)

Apabila bersama anak-anak dirumah,tak kira waktu cuti atau hari-hari biasa.Pastilah rasa seperti kita nak mengadakan aktiviti untuk anak kita.Sekurang-kurangnya kita dapat salurkan rasa tenaga mereka yang banyak tu ke aktiviti yang sihat dan memberi keyakinan kepada mereka.Bila kita search internet,alahai aktiviti nampak macam susah dan terpaksa membeli bahan macam-macam kat kedai kraf pulak.

Kelebihan aktiviti didapur bersama anak-anak yang akan saya tunjukkan nanti;

1. Mudah diikuti kanak-kanak am lingkungan umur 3-4 tahun
2. Menggunakan bahan sedia ada di dapur
3. Ringkas dan mudah dipantau ibu ayah
4. Boleh juga digunakan untuk aktiviti playgroup atau playdate

Berikut adalah aktiviti yang boleh dibuat;

MEMBUAT RESEPI MUDAH JEJARI COKLAT

AMARAN:Pemantauan ibu bapa amat diperlukan dalam setiap aktiviti.

Bahan-Bahan

2 keping roti
Coklat masakan
Bahan hiasan cookies seperti 'colourful rice' 

Cara membuat

1. Panaskan oven 150 darjah selama 10 minit.
2. Potong roti kepada bentuk jejari panjang dan masukkan ke dalam oven selama 15 minit sehingga roti menjadi kering seperti roti kok.

Saiz elok-elok macam jejari

Monday, 25 August 2014

Homemade stok ayam [Tanpa MSG]

Dalam entry kali ni saya akan tunjukkan cara-cara membuat stok ayam versi saya.Dan saya kongsikan juga cara penyimpanan stok ayam.Lepas tu kita belajar pula satu resepi kanak-kanak lebihan dari bahan-bahan yang kita buat stok tadi.Kiranya macam stok ayam 'by products' lah.

Rezeki beli ayam 'weekdays', almaklumlah tak ramai orang.Jadi banyak rangka ayam,leher dan kaki lebihan dijual dengan murah.Saya beli sekilo lebih barang-barang tu dengan harga RM5.50.Murah.Syukur..



HOMEMADE STOK AYAM 

BAHAN-BAHAN

1 kilo rangka ayam [boleh juga guna kaki ayam atau leher ayam]
2 biji bawang besar di belah empat
5 ulas bawang putih
1 bunjut rempah sup
2 batang lobak merah di potong besar-besar
2 biji ubi kentang dipotong 4
Air yang banyak
sedikit lada sulah

***boleh juga masukkan seleri.Jika anda lihat resepi westerners,memang mereka selalu gunakan seleri

CARA MASAK

1. Masukkan semua bahan di atas di dalam periuk dan renehkan selama 2 jam pada api perlahan atau sehingga isi ayam mula empuk dan lerai dari rangka.Ada tips menyatakan masak sehingga air berkurang menjadi 1/3 dari yang kita masukkan tadi
2.Apabila sudah masak,masukkan lada sulah
3.Tapis semua bahan-bahan dan air yang tinggal itu lah dinamakan stok ayam
Rupa sewaktu ayam direneh

Sunday, 10 August 2014

Resepi Mac and Cheese

Resepi kanak-kanak kali ni adalah Mac and Cheese.Kalau selera kanak-kanak memang kenalah dengan resepi ni.Mana taknya,sedap,lemak-lemak dan lembut.Dengan resepi ini anda boleh ajak si manja buat bersama dengan anda.Tak perlu risau api yg panas.Boleh buat dengan menggunakan rice cooker sahaja.



 
Ini mac&cheese versi anak saya

Sunday, 13 July 2014

RESEPI NASI ARAB MAQLUBA

Jom masak nasi arab.Sebagai penjual rempah arab,soalan yang saya dapat adalah; apa beza rempah maqluba,mandy dan khabsa?

Jadi hari ni saya cerita sikit.Saya bukan pakar.Ini yang saya boleh cerita sedikit mengenai nasi maqluba yg saya tahu dengan pengetahuan saya yang terhad.Please don't  quote me.

Nasi arab maqluba popular di Palestine yang saya tahu.Di wikipedia katanya makanan tradisi Iraq dan Parsi.Maqluba bermaksud periuk terbalik.Apa yang terbalik?Ok,sayur-sayuran akan disusun dibawah periuk,kemudian nasi dimasak di bahagian atas.Jadi bila nasi maqluba dihidangkan,mereka akan terbalikkan periuk dan jadilah begini;

Friday, 11 July 2014

Resepi Serawa Pisang [Untuk Berbuka]

Ucapan ramadhan : Ramadhan Kareem..Dibalas : Ramadhonu mubarak.Allahu akram


Kisah Pisang Murah

Bulan Ramadhan ni saya dah jadi macam food blogger dah.Seronok memasak dan berkongsi resepi mudah.Orang kata "buat apa susah-susah buat kueh untuk berbuka.Beli sahaja lah...Nak makan 2 orang sahaja".Asbab kita masak kueh banyak bukan untuk makan 2 orang sahaja.Tapi memang masak banyak untuk berkongsi dengan jiran.

Kalau tinggal kat KL/Selangor ni.Pisang pun mahal.Cuba tengok sesikat pisang montel.Tak de RM7-9 jangan la mimpi nak beli.

Pisang montel lelong setengah harga di MyMydin.Insyaallah ada setiap hari

Kalau dikampung tu..ambik je setandan.Bahagi-bahagi sedekah kat jiran.Ok,kalau Mymydin Subang Bestari,mereka akan repack balik pisang montel yang dah masak sangat dan jual.Pada masa ni pisang dah masak betul dan dijual setengah harga.Bolehla anda menikmati pisang montel dgn harga yang murah.

Tak boleh simpan lama pisang tu?Apalagi, transform lah buat cekodok,lempeng pisang,banana milk shake.1001 makanan boleh buat.Jadi kali ni saya buat SERAWA PISANG-panggilan orang utara.Kalau orang tempat lain dipanggil pengat pisang.



Resepi Serawa Pisang Montel

BAHAN-BAHAN


4-5 biji pisang [pisang mana yang adalah,saya tak pandai jenis-jenis pisang ni]
4 sudu gula melaka [dipotong halus-halus]
2-3 sudu gula [atas tahap kemanisan masing-masing]
Santan secukup rasa
Daun pandan
sedikit sagu jika ada
Secubit garam 
3 sudu tepung gandum


CARA MASAK


1-Jika anda ada sagu boleh didihkan sehinggga kembang dan nampak lutsinar dan ketepikan.
2-Masak gula melaka dengan sedikit sehingga betul-betul larut.Kemudian masak gula biasa.Masukkan simpulan daun pandan untuk meningkatkan aroma wangi serawa kita.
3-Selepas itu masukkan santan sehingga dapat warna coklat lembut.Sentiasa kacau.
4-Masukkan pisang yang dipotong serong-serong.Masukkan sagu yang direbus tadi.
5-Bancuh tepung gandum dengan sedikit air dan masukkan ke dalam serawa tadi.Saya buat untuk memekatkan kuah.
6-Akhir sekali lihat apabila sudah mendidih dan pisang kelihatan melecur.Tutup api dan masukkan secubit garam untuk mendapatkan rasa lemak-lemak.


Tengok serawa tu..nampak sedap
Enak dimakan ketika berbuka atau minum petang.Ambil semangkuk dan bagi pada jiran.Hehehe!Selamat mencuba

KEEP CALM & HAPPY SHOPPING WITH SINGGAH SURI

Tuesday, 8 July 2014

Resepi Brownie In A Mug

Assalamualaikum dan Salam 11 Ramadhan.Semalam saya cuba buat resepi brownie in a mug.Bagi anak makan.Terus teruja nak update blog hari ni.Sepatutnya saya letak cocoa powder seperti dalam resepi.Tapi sebab susah nak keluar,saya gantikan dengan milo.Saya tau ibu-ibu malas nak susah-susah pergi cari cocoa powder lah.Almaklumlah..anak kecik-kecik.Bukan senang nak keluar gitu je.

Nampak sedap.Credit gambar : google
Ini gambar yang saya terus cuba buat petang semalam.Yang untung budak tak puasa ni.Saya suap sikit kat baby saya yang dah 7bulan,Jangan risau,kalau anda tengok bahan-bahan dia nanti,sah-sah tiada pengawet.Semua selamat dimakan oleh anak kita kan? Syukurnya buat sendiri dan tahu apa yang masuk dalam mulut anak-anak kita.

Tukang rasa waktu ibu berpuasa.Dia kata 'sedap!'
BAHAN-BAHAN A
2-3 sudu gula
3-4 sudu tepung gandum
2-3 sudu serbuk koko,ikut selera masing-masing (kalau tak de,ganti dengan milo)
secubit garam

BAHAN-BAHAN B
Sedikit air
2 sudu olive oil

CARA-CARA
1.Gaul bahan A dalam mug 
2.Masukkan sedikit demi sedikit air sampai pekat macam adunan cucur dan masukkan olive oil
3.Masukkan ke dalam microwave selama 2 minit
4.Hidangkan bersama aiskrim vanilla

***Waktu penyediaan sangat singkat ye.Sesuai untuk saya yang ada anak kecil ni.Semua orang pun sesuai jugak.Kalau di ofis ada microwave...jadi je untuk cofee break petang-petang.2 minit untuk kacau bahan-bahan kat atas dan 2 minit waktu memasak dalam microwave.

Siap satu brownie in a mug
Tadi pagi sahur sempat buat.5 minit je siap.Kalau untuk orang dewasa masukkan sedikit nescafe.Jadi dia rasa macam kopi-kopi sikit.Sedap!
Siap letak aiskrim pagi-pagi tu

Ok,jangan lupa cuba waktu berbuka nanti.Buatla 3-4 mug sebagai pencuci mulut.Ni resepi secara bergambar.Credit : google


KEEP CALM AND ENJOY SHOPPING REMPAH NASI ARAB AT SINGGAH SURI

https://www.facebook.com/singgahsuri






Tuesday, 17 June 2014

RESEPI 'HOMEMADE BURGER'

Salam semua.Mulanya sekadar mencuba,akhirnya jatuh cinta.Saya jumpa resepi burger ni di blog kanak-kanak.Maksudnya resepi ini adalah resepi yang boleh kanak-kanak buat sendiri.Saya cadangnya nak buat dengan anak.Akhirnya di quit.Geram mak!

Tak sangka daging berger sangat senang dibuat.Mari kita fikir-fikirkan kebaikan homemade burger ni berbanding burger yang kita beli di pasaran;

1- Bersih,halal dan toyyiban
2- Anda tahu apa yang dimasukkan ke dalam patty burger anda.Jadi ianya selamat dimakan anak anda sebab semua bahan-bahannya kita tahu.
3- Masakan ibu,tak seperti processed-food yang mengeraskan hati anak.
4- Senang yang amat nak buat.Boleh simpan adunan dan buat lagi bila nak makan.
5- Ayahnya mesti akan jatuh cinta dengan homemade burger ni.Confirm!

Tengok resepi di video ni


Bahan-bahan untuk membuat patty
500gm daging kisar [untuk lebih ekonomi beli daging kisar import]
3-4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar [ditumis bersama bawang putih]
2-3 sudu tepung gandum
5 keping roti 4 segi yang dihancurkan
2 biji telur
sedikit serbuk cili atau boleh digantikan dengan serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
**Jika anak anda berumur 3 tahun ke atas,sesuai ajak dia turut serta.

1. Dalam bekas yang berisi daging kisar,masukkan telur,bawang yang ditumis,roti hancur,garam,gula dan serbuk cili.Gaul sehingga sebati dan menjadi patty.
2. Buat bentuk patty burger mengikut selera keluarga anda.
3. Kemudian patty tadi dibalik-balikkan pada tepung untuk meliputi patty.
4. Apabila mahu makan,bakar pada suhu 180-200 darjah celcius selama 20minit.
5. Hidangkan dengan roti,sayur dan cheese mengikut selera keluarga anda


 Mula-mula dia senyum konon nak buat sama-sama ye..lepas tu mak sorang je buat.Bekas kat tepi tu daging yang saya buat siap-siap dan simpan dalam peti sejuk.Bila rasa nak makan saya ambik dan buatkan bentuk patty untuk dibakar.Cuba lihat rupa patty tu..sedap.Saya buat saiz kecil je sebab anak yang nak makan.Untuk ayah,saiz lain.
Hari ke-2,adunan semalam masih ada.Biar je anak dara ni uli pulak.Anda tunjukkan contoh.Insyaallah mereka boleh buat.Sepah2..perkara biasa.Tepung yang bersepah kita boleh sapu,tapi keyakinan yang kita beri umpama benih yang tertanam sepanjang hayat buat mereka.

Uli sampai nganga..jadilah kan..

VISIT >> www.littlemunas.com untuk membeli toys,books,softbooks atau saja-saja cuci mata

Wednesday, 11 June 2014

RESEPI ROTI KOK

Aktiviti 'cooking with kids' dan resepi kanak-kanak dan sekaligus menjadi resepi kegemaran keluarga adalah roti kok.Biasanya kita ibu-ibu mesti beli roti untuk simpanan keluarga.Tup-tup dah sampai tarikh luput,kadangkala tak bersentuh roti tu...mungkin kadang-kadang tak sempat makan.Apa-apa pun sekarang saya dah jumpa cara untuk mengelakkan pembaziran roti.Projek dengan anak saya kali ini saya namakan PROJEK ROTI EXPIRED

Membuat roti kok dapat memanjangkan hayat roti anda.Resepinya sangat senang.Panggil si kecil buat bersama anda.Ini antara aktiviti homeschool dan mereka dapat belajar banyak perkara.Jom tengok sikit rupa roti kok yang dikomersilkan

Banyak dijual di kedai-kedai runcit dan di luar bandar
RESEPI ROTI KOK
Bahan-bahan

1-Roti (sebanyak mana yang anda nak selamatkan dari dibuang)
2-Mentega atau margerin mengikut selera anda
3-Gula

Cara membuatnya
1-Potong roti kepada 4 bahagian.Sebab senang dimakan.Orang kata bite-size
2-Sapu marjerin dan tekapkan ke dalam gula.
3-Susun pada dulang pembakar.dan bakar pada suhu 180darjah selama 20minit

Kakak yang rajin


Bersungguh-sungguh
Dalam aktiviti ini anak-anak akan bermain.Tumpahkan gula?itu biasa.Biarlah dia belajar.Dia akan ingat dan berimaginasi.Selalunya aktiviti sebegini merenggangkan mereka dengan tv dan tab,tapi mengeratkan hubungan dengan anda.

Selamat mencuba

Wednesday, 16 April 2014

Cooking with kid

Assalamualaikum,setiap hari di rumah bersama anak saya akan usahakan supaya ada aktiviti untuk anak saya.Sebab saya seorang WAHM jadi saya juga mengambil inisiatif untuk membuat aktiviti  supaya anak saya tak terlalu dibiar melopong tengok TV mahupun gajet.Sehabis usaha,saya akan ajak dia membuat apa-apa sahaja aktiviti.

Disebabkan saya lihat dia boleh fokus dan kacau-kacau tepung,jadi pada hari itu aktiviti kami adalah memasak puding karamel.Dengar macam susahkan?Kami guna tepung premix je.Sebab budak-budak yang buat.Jadi petang tu saya ajak anak saya, "Jom kacau-kacau hari ni nak tak?Kita buat puding karamel macam ni".Saya tunjukkan gambar kotak."NAK,NAK,NAK!".Spontan dia jawab.



Dua barang ni je yang kita perlukan.Premix puding karamel dan 1L susu

 Dalam setiap pek puding karamel ada 2 sachet tepung premix.Mula-mula saya bagi je bekas besar untuk anak saya.Masukkan tepung.Biar dia kacau olok-olo dulu.


Chef cilik di dapur
Kemudian masukkan susu 1L,dengan sabar saya bagi dia kacau sampai sebati.Alhamdulillah dia berjaya buat.Kemudian saya bantu masak adunan tadi hingga mendidik dan memekat sedikit.Tuang ke dalam bekas yang anda suka.Sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais.Apabila puding karamel sudah mengeras, masukkan gula karamel yang terdapat dalam kotak ini ke atas puding.

Saya bukan hanya ada seorang anak.Dibelakang kamera tu tengah bersilat ibu sambil dukung second baby saya yang 8kilo tu.Letih nak buat aktiviti simple macam ni..adus!Rela ku korban...

Tips:
Untuk membuat aktiviti memasak bersama anak,sebenarnya bukan kita bersungguh-sungguh nak anak kita pandai masak.Cuma kita nak isi waktu dia dengan aktiviti-aktiviti yang boleh meransang daya fikir,fine motor skill dan lain-lain.Yang anak saya buat hanyalah mengacau premix sahaja.Yang lain kita bantu dia,dan tunjukkan hasil apa yang diusahakannya supaya dia lebih terinspirasi dan kreatif.

You dont have to start from scratch.Guna tepung premix untuk menjimatkan masa anda dan anak.Aktiviti lebih ringkas dan menyeronokkan.Selamat mencuba

Premix puding karamel yang saya gunakan
Nak beli dan cuba memasak puding untuk berbuka atau bersama anak?Boleh beli di www.littlemunas.com



Saturday, 7 December 2013

Resepi Kanak-Kanak : Nugget Ayam Sihat

Disebabkan sedap ditambah dengan serbuk perasa dalam makanan sejuk beku, makanan ini menjadi pilihan kanak-kanak.Dalam bahasa sains ia dipanggil 'processed food'.NUGGET AYAM,pancing sahaja anak anda sekali, pasti dia nak lagi.Mudahnya penyediaan 'processed food' ini,membuatkan ramai yang mengalah,dan ada yang menyediakannya sebagai makanan wajib anak-anak.Aduh! Mari saya dan kita sama-sama berhijrah menyediakan makanan yang lebih berkhasiat untuk anak.Percayalah,penat lelah kita mungkin tak nampak hari pada hari ini,tetapi setiap niatkan sebagai sedekah buat si kecil.Biji yang ditanam Insyaallah akan membuahkan hasil.Amin.

NUGGET AYAM SIHAT BUAT SI MANJA
SUMBER : My Resepi.com
GAMBAR : Azura Shariff (kawan baik saya)

Bahan-Bahan
1/2 kilo isi ayam
5 keping roti sandwich (direndam hingga kembang)
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak bijan
Gula,lada putih dan garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
Serbuk roti

Cara-cara membuatnya
1. Kisar ayam,roti,sebiji telur,bawang putih,minyak bijan,garam,lada putih dan garam hingga lumat.
2. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10minit.Setelah itu bentukkan mengikut bentuk kegemaran anda.
3. Gulingkan dalam tepung gandum hingga sekata.
4. Salut ke dalam telur,kemudian dengan serbuk roti.
5. Sedia digoreng atau sejuk beku.

Ha..seronokkan? Tak sabar nak cuba,

Ingin shopping dengan harga jimat.Jom lihat barang-barang mainan yang kami tawarkan sempena Year-End-Sale RumahKedai DI SINI



Monday, 19 August 2013

Resepi kanak-kanak : Bihun Singapore

Kalau di Pulau Pinang, sebut saja bihun Singapore, memang terbayang-bayang dah bihun putih,lembut,kurang pedas dan sedap.Selalu dijual di pasar malam.Dan bihun Singapore dalam nostalgia saya adalah bihun Singapore pasar malam Bayan Lepas.

Kenapa resepi mesra kanak-kanak? Sebab ianya tak pedas.Jadi kalau orang dewasa nak makan pedas,boleh tambah cili jeruk atau sambal kicap.Kali ni anak saya kurang selera pulak,mungkin dia dah kenyang.Tapi tak mengapa..maka penuhlah perut ibu dan ayahnya.Jom tengok resepi.

P/s : Tips untuk membuat tekstur bihun yang digoreng mahupun dimakan dengan sup elok,tidak kembang,terlalu lembik dan tidak pecah-pecah adalah ; rendam bihun semalaman atau 5-7 jam sebelum dimasak. Berbanding bihun yang delembutkan dengan air panas,ia akan terlebih kembang dan mudah hancur.Cuba tips yang diberikan di atas dan selepas itu anda dapat bezakan kelebihannya dan perbandingan tekstur masing. [Tips dari ibu kawan saya-Zulfadhli, ibu beliau merupakan orang yang selalu mengambil tempahan memasak ]

Bahan-bahan A
1. 1 biji bawang besar 
2. 4 ulas bawang putih
3. sedikit udang kering
4. sedikit lada hitam
5. 2cm halia
Bahan-bahan A dikisar untuk ditumis

6. 2 biji bawang merah 
5. 3-5 cili padi
7. isi ayam mengikut citarasa-dipotong kecil
8. 1/3 kiub pati ayam
9. sedikit lobak merah dipotong halus
10. sedikit kubis dipotong halus
11. daun bawang
12. sedikit lada sulah
13. garam
14. 3 biji telur
15. bihun yang direndam semalaman

Cara memasak

1. Tumis bahan A, bawang merah dan 1/3 kiub pati ayam.
2. Apabila sudah kuning boleh dimasukkan ayam. Tunggu sehingga ayam masak.Masukkan air jika perlu.
3. Masukkan lobak merah dan kubis. Tunggu sehingga 1/2 masak.
4. Masukkan telur dan pecahkan.
6. Kemudian masukkan bihun ke dalam kuali. Goreng hingga masak.Sambil diperasakan dengan lada sulah dan garam.
7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan daun bawang.


Selamat mencuba dan Pray for Egypt

Tuesday, 30 July 2013

Lasagna Inti Kari : Resepi Kegemaran Keluarga

Assalamualaikum,salam 10 terakhir Ramadhan.Resepi lasagna ni saya dapat dari Puan Rasheedah CoachSha.Dah macam blogger masakan pulak.Tidak mengapa, memang lazimnya bulan Ramadhan ni keterujaan kita terhadap makanan lebih tinggi.Ok,Selalunya lasagna bercitarasa barat,kali ni kita buat kelainan dengan perisa kari ye.Sedapnya..Alhamdulillah.Resepi sangat mudah.Tiada alasan tidak memasak untuk keluarga .

Bahan-bahan Inti
500gm daging cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Beberapa helai daun kari
Sedikit halba campur
1/2 paket serbuk kari
1 biji bawang India (didadukan)
1/2 biji lada benggala (didadukan)
1 lobak merah (didadukan)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam untuk perasakan
Sayur untuk inti
Bahan-bahan untuk layer lasagna
Beberapa keping roti
Telur
Sedikit susu segar
Beberapa keping cheese
Sedikit mixed herbs untuk hiasan
Sedikit butter untuk dileserkan di dalam acuan

Cara membuat inti
1. Tumis bawang merah,bawang putih,halba campur dan daun kari sehingga naik bau.
2. Campurkan sedikit air dengan serbuk kari dan tumis bersama bahan di atas sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging cincang,lobak dan lada benggala.Jika perlu masukkan sedikit air sehingga bahan tadi masak.Akhir sekali masukkan bawang India dan secubit garam.Pastikan inti kering sedikit.
Tumis rempah kari

Cara membuat layer lasagna
1. Celup roti ke dalam telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
2. Leserkan acuan dengan butter.Susun sebagai base lasagna anda.Layer yang pertama.
3. Masukkan inti ke layer kedua.
4.Kemudian susun cheese menutupi layer tersebut.Jika anda menggunakan acuan kecil,boleh diulang semua langkah di atas menjadikan lasagna anda 2 lapis.
5. Pada lapisan keju di atas hiaskan dengan mixed herbs.
6. Masukkan ke dalam oven selama 10 minit; 170 darjah celcius.Jika guna pemanggang,bakar sehingga keju mencair.
Roti dicelup dan disusun dalam pemanggang untuk layer pertama
Layer kedua; inti.
Layer ketiga dan sedia di panggang
Subhanallah!Siap akhirnya.syukur..
SELAMAT MENCUBA!

Serba kreatif masakan berbuka mahupun sahur dengan PEMANGGANG Cynthia ini

Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.

HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan

Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru

Thursday, 18 July 2013

Wantan Mee : Resepi Mesra Kanak-kanak

Resepi berbuka puasa pada minggu lepas ala-ala mesra kanak-kanak.Wantan mee.Memang makanan yang saya paling gemar.Tapi sangat susah nak jumpa kat restoran Melayu.Tapi kalau restoran Cina Muslim memang selalu dijual.Sangat sedap.Bayangkan sewaktu masih belajar setiap kali saya terserempak dengan mee wantan yang halal, memang menu tu je la yang saya order.Akhirnya setelah banyak percubaan yang saya buat,kali ni memang jadi,dan sedap macam yang saya makan di kedai kegemaran saya.Alhamdulillah.Lepas ni tak payah susah-susah pergi kedai Cina Muslim dah.Masak sendiri.Resepi ni mesra kanak-kanak sebab kurang pedas dan ala-ala mee kicap gitu.Buktinya,anak saya makan 2 mangkuk licin.Jom tengok resepinya yang saya ubah mengikut citarasa saya.


Bahan-bahan wantan mee;
2 gulung mee wantan halal (boleh juga gunakan mee telur kering yang halus-banyak didapati di Tesco)
3 ulas bawang putih

1 cm halia
Minyak bijan

Sos tiram
Kicap masin atau manis
Sawi yang dicelur

Bahan-bahan sup

Beberapa ketul ayam  (isi dan tulang)
2 ulas bawang putih
1 bawang merah
1cm halia
Lada sulah
7 ketul fishball (saya gantikan dengan wantan )
*Wantan halal boleh didapati di kedai-kedai pembekal yong tau fu muslim jenan Hikmah)

Cara -cara membuat wantan mee;
1. Rebus mee wantan sehingga lembut dan toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan  mee terus mengembang.
2.Sediakan sos wantan dengan memanaskan bijan,kemudian tumis bawang putih,merah dan halia hingga naik bau.
3.Seterusnya masukkan sos tiram dan kicap hingga mereneh sedikit.Boleh tambah air mengikut kepekatan dan citarasa masing.Tutup api.
4.Bila mahu makan,boleh gaulkan wanten mee dalam kicap dan hidangkan bersama sup dan ayam kicap.

Cara membuat sup dan ayam kicap
1.Renehkan sup dengan merebus bawang merah,bawang putih,halia dan ayam.
2.Masukkan sedikit lada sulah dan garam.
3.Apabila hampir mendidih masukkan fishball atau wantan.
4.Ambil ayam yang terdapat dalam sup.Gaulkan dengan kicap.



Tips : Jika ada lebihan sup.Boleh juga dimakan begitu sahaja bersama mee dan wantan. Dalam menu Cina Muslim, mee wantan ada 2 jenis.Yang saya masa ini dinamakan Dry Wantan Mee. Jika dimakan bersama sup dinamakan Wantan Mee Soup.Untung,sekali masak, 2 dalam 1.

========================================================================
Shopping jubah kanak-kanak perempuan dari usia 2 tahun sehingga darjah 3 di Muslim Kids Clothing
Baju jubah kanak-kanak