Friday, 1 August 2014

Ikan Segar di Perak

Cuti hari raya kami berkesempatan menzirahi tok 2hari di Perak.Tok saya memang makan ikan segar terus dari bot nelayan selama ini.Saya tak pernah berkesempatan ikut tok pagi-pagi.Raya kali ni kali ni kami berpeluang membeli ikan di Kampung Nelayan Panchor,Pantai Remis,Perak.

Kalau nak membeli ikan memang kena pergi awal,sekitar pukul 7-8pagi.Di mana bot-bot nelayan baru sampai.



Pemandangan kampung nelayan

Kampung nelayan di sini rata-rata berbangsa cina dan menjalankan industri berasakan ikan seperti ikan kering.Rasa teruja tengok suasana di sini.
Ini bot yang baru sampai
Tok tunggu ikan diangkut ke pelantar
Bila ada bot sampai.Kita tunggu la mereka naikkan hasil tangkapan.Dimulakan dengan raga-raga sotong.Banyak dan segar sangat!
Banyak raga sotong,tapi dapat snap sikit je
Bila raga-raga sotong diangkat,anda boleh terus pilih sotong sebelum mereka timbang untuk dipasarkan.Bila sotong siap ditimbang,anda tak boleh nak pilih dah sebab mereka akan packing dan pasarkan ke seluruh negara lah kot..
Siap pack letak ais nak pegi hantar ke pemborong
Lepas tu giliran ikan-ikan dinaikkan.Macam-macam ikan.Rambang mata ooiii...Tak boleh tahan.Masih segar dan berlendir-lendir lagi.Memang teruja sangat masa pilih ikan tu.Nak je borong sekotak bawak balik.
Ikan naik,terus diasing.
Nampak pari besar macam dulang.Ikan tuka pun ada.Ada juga peraih-peraih dan orang kampung datang beli.Kita pilih la mana yg berkenan sebelum mereka pek dan timbang secara pukal.
Andrenaline rush!Tangan adikku laju pilih ikan
Masa untuk pilih.Rasa macam pertandingan pilih ikan.Terus lupa anak dibelakang.Tak pe,makcik-makcik dia dok tengok.
Bau ikan yang terasa harum.Kehkehkeh!
Hasil tangkapan saya; ikan kerapu,ikan curut,merah dan ikan tuka.Kami pun timbang.Terkejut saya tengok bill.Dia kira pukul rata RM6/sekilo untuk setiap jenis.Mana nak dapat kat luar.Terima kasih tok ajak kami pergi beli ikan kat sini.Memang kami adik beradik dan anak saya tak dapat lupa lah.Balik dari pasar saya sembang-sembang dengan anak,tanya apa dia nampak tadi..pengalaman dia.Best kan.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mmg harga makanan laut Murah ke setiap hari. Tempat ini jauh ke dari pekan pantai remis

    ReplyDelete