Saturday, 14 December 2013

Resepi berpantang : Sup lobak merah

Alhamdulillah,selamat melahirkan anak.Jadi entri-entri kali ni berkisar dengan resepi berpantang sahaja lah ye.Kena dengan tema dan moodnya.

Di hospital,pagi-pagi lagi dihidangkan dengan kuey teow goreng ada tauhu beserta minuman coklat.Jadi elak-elakkan lah.Saya buat alternatif lain dengan minum minuman berserat dan memilih biskut-biskut yang berserat sahaja.Saya jamah sesudu.Lepas tu minum minuman berseratdan biskut2 pilihan juga yang berserat2.Bukan apa,untuk mengurangkan sembelit sewaktu berpantang.Ini normal ye,dek kerana menu berpantang yang kita makan,kurang air dan kelambatan organ perkumuhan.Sembelit selalu terjadi kepada ibu mengandung dan bersalin.


 Balik rumah,adik saya siapkan ikan tenggiri di lumur dengan garam,kunyit dan lada hitam.Lawan dengan sup sayur lobak merah ala segera saya buat.Jom saya kongsikan idea sup biasa-biasa ini buat anda,semoga bermanafaat ibu-ibu=)

Sup Lobak Segera

Bahan-Bahan
1 biji lobak merah dipotong mengikut citarasa
2 ulang bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
Secubit ikan bilis*

Cara-cara memasak:
1. Tumbuk bahan-bahan * kemudian masukkan dalam periuk kecil sehingga mendidih.
2. Masukkan lobak merah dan masak sampai lembut.
3. Saya letakkan sediikit lebihan daun bawang bagi cantik 


Jadual makanan dewan makan ke?
Tak lah.Yang dilekat tu cuma jadual pemakanan pantang cara orang Melayu yang tidak menggadaikan nilai kesihatan sebagai rujukan saya didapur.

Di hospital,saya masih sempat menerima order mahupun memborong secara maya dari supplier.Jadi saya sudah restock 2 pakej di bawah.

PAKEJ SOFTBOOK BAYI BIJAK.
HARGA RM100/termasuk postage ke Semenanjung
 Nak ketahui lebih lanjut dan cara pembelian PAKEJ SOFTBOOK BAYI BIJAK. Klik DI SINI

SET 3 FLASHCARD TULIS DAN PADAM
HARGA : RM 37/termasuk postage ke Semenanjung 
 Nak ketahui lebih lanjut dan cara pembelian,klik DI SINI

Saturday, 7 December 2013

Resepi Kanak-Kanak : Nugget Ayam Sihat

Disebabkan sedap ditambah dengan serbuk perasa dalam makanan sejuk beku, makanan ini menjadi pilihan kanak-kanak.Dalam bahasa sains ia dipanggil 'processed food'.NUGGET AYAM,pancing sahaja anak anda sekali, pasti dia nak lagi.Mudahnya penyediaan 'processed food' ini,membuatkan ramai yang mengalah,dan ada yang menyediakannya sebagai makanan wajib anak-anak.Aduh! Mari saya dan kita sama-sama berhijrah menyediakan makanan yang lebih berkhasiat untuk anak.Percayalah,penat lelah kita mungkin tak nampak hari pada hari ini,tetapi setiap niatkan sebagai sedekah buat si kecil.Biji yang ditanam Insyaallah akan membuahkan hasil.Amin.

NUGGET AYAM SIHAT BUAT SI MANJA
SUMBER : My Resepi.com
GAMBAR : Azura Shariff (kawan baik saya)

Bahan-Bahan
1/2 kilo isi ayam
5 keping roti sandwich (direndam hingga kembang)
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak bijan
Gula,lada putih dan garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
Serbuk roti

Cara-cara membuatnya
1. Kisar ayam,roti,sebiji telur,bawang putih,minyak bijan,garam,lada putih dan garam hingga lumat.
2. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10minit.Setelah itu bentukkan mengikut bentuk kegemaran anda.
3. Gulingkan dalam tepung gandum hingga sekata.
4. Salut ke dalam telur,kemudian dengan serbuk roti.
5. Sedia digoreng atau sejuk beku.

Ha..seronokkan? Tak sabar nak cuba,

Ingin shopping dengan harga jimat.Jom lihat barang-barang mainan yang kami tawarkan sempena Year-End-Sale RumahKedai DI SINI



Tuesday, 26 November 2013

Friday night with kids

Saya adalah fan Learn with Play at home . Hujung minggu lepas saya terinspirasi lihat gambar ni. Sebab saya tahu,anak saya selalu buat aktiviti ni di playgroup.


So, my plan was to spend her Friday night with this activity.Mungkin nampak macam boring bagi kita.Tapi dengan dorongan dan pujian dari kita..siapa tahu.Kita sedang mengembangkan motor-skill,confident,jati diri dan emotional EQ mereka.

Mula-mula saya belikan kertas warna dan gam.Kertas putih boleh pakai kertas terpakai je.Gunting mengikut size dan bentuk.Kemudian bagi sahaja gam buat si kecil.Biar dia letakkan sendiri gam di mana yang dia suka.

Kemudian minta dia lekat-lekat bentuk dan warna dia suka.Puji perbuatannya. Mengikut tahap anak masing-masing,boleh minta dia lekatkan mengikut warna,kemudian bentuk...akhirnya bentuk dan warna.

Perbualan saya dan anak malam itu, "where is blue-circle?", "where is red-triagle?" sangat mudah.Kemudian dia sendiri yang cakap,kalau babanya balik,mesti baba puji dia.Mak aih...over confident! Tak pe,bagus2 =)

Dan hasilnya...Jom cuba!


Saturday, 23 November 2013

Bisnes Online dan saya

Link di sini https://www.facebook.com/littlemunas
Ini kedai online saya.Alhamdulillah,setelah 2 tahun lebih bekerja dan curi masa tidur,masa rehat dan masa cuti saya agak stabil dalam bisnes saya sekarang. Dan atas rahmat Allah dan juga doa ibubapa serta sokongan suami. Tanpa mereka semua saya tak akan berada di mana pun.Suka saya berkongsi yang saya bermula dengan apa yang ada di tangan semasa memulakan bisnes dulu.Amat saya syukuri,saya tidak meminjam. Ya,saya mulakan dengan modal RM250 di tangan.

Alkisah ketika itu,saya sangat suka dan minat membeli educational toys untuk anak saya.Lepas tu,apalagi,asal masa terluang saya akan google edu toys ni.Kemudian saya nampak iklan untuk pembelian borong.Jadi saya ambil keputusan untuk memborong sekaligus menjual.Tanpa ilmu perniagaan dan marketing,saya bina blog dan fan page.Perhatian!Jangan berniaga tanpa ilmu.Ia dijamin tidak membawa anda ke mana-mana.

Kemudian saya terbaca mengenai bisnes dropship.Saya tambahkan koleksi barang jualan saya dengan berniaga secara dropship pada masa yang sama.Jadi saya ada lebih banyak barang untuk ditawarkan kepada pengguna.Daripada seorang ejen dropship,saya menjadi ejen borong.Dan sekarang saya mempunyai ejen saya sendiri.

Bagi yang baru memulakan perniagaan secara total kosong, jangan terus menerus mencari perniagaan yg memberi pulangan yang tinggi,tapi 'start up' yang memakan banyak modal.Sampaikan kita membuat personal loan atau meminjam dengan skala yang besar. Jangan3! platform dropship boleh menjadi medan ilmu buat anda.Mari saya kongsikan apa yang saya pelajari dan saya ambil dari tangga dropship saya.



1. Dropship hanya mengenakan yuran minima sebagai ahli.Serendah RM20-RM100 sahaja.Insyaallah kita mampu membayarnya.Ini yang dipanggil 'lean startup' bermula dengan apa yg ada ditangan. [Setakat ini saya tidak mengenakan yuran bagi ejen-ejen saya.]

2. Komisen yang dropshipper berikan biasanya tawarkan adalah 5%-20% atau bergantung kepada harga barang.Jadi kita akan belajar mengejar target jualan kita.Setiap barang yang terjual,komisennya kita dapat. [saya menawarkan komisen 10%-20% kepada setiap barang]

3. Sebenarnya melalui dropship, anda akan belajar mengenali niche produk yang serasi dengan anda. Dropship la apa jua prpduk akhirnya anda akan dapat niche produk yang anda serasi dan akhirnya akan menjadi niche utama bisnes anda nanti.

4. Juga secara tak langsung anda akan mula belajar mengenali produk, belajar cara promosi, kenalpasti pelanggan dan belajar servis melayan pelanggan dari mula hingga proses follow-up.Ini amat sesuai untuk mereka yang tak pernah berbisnes dan baru nak mulakan bisnes dan tak tahu nak bisnes produk apa.

5.Walaupun untung tak banyak, anda akan belajar melalui pengalaman. Ada juga dropship yang dapat untung banyak then its a bonus. Yang penting ilmu dan pengalaman. Akhirnya boleh letakkan sasaran untuk menjadi pembekal.

Bermula dari 0, terus berusaha dan belajar akan pasti dapat hasilnya!


Berminat menjadi ejen dropship saya? Klik disini untuk pertanyaan --->>>
 https://www.facebook.com/messages/littlemunas


Sunday, 10 November 2013

DIY No-Cook Playdough

Banyak permintaan di Fb kami nak ketahui resepi DIY No-Cook Playdough ni. Lagi satu resepi ni tak payah pakai cream of tartar tau.Di hujung artikel saya akan bagi review pasal resepi ni.Tak sangka dapat respon banyak.
https://www.facebook.com/littlemunas
Ok,resepi ni saya dapat dari Youtube channel Hooplakidz.

BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan garam
1 cawan air
2 sudu besar minyak
beberapa jenis pewarna makanan mengikut kesukaan anak anda

Lihat video DI SINI
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Gaulkan bahan kering iaitu tepung dan garam bersama.
2.Bahagikan air kepada empat bahagian/mangkuk.Masukkan beberapa titik pewarna makanan dan kacau


3.Masukkan sesudu besar minyak ke dalam mangkuk yang diisi pewarna tadi.
4.Masukkan tepung dalam setiap mangkuk.

5.Gaul hingga sebati seperti mengaul doh karipap gitu..
Hasilnya..
 Memang puas anak saya main.Cuma mungkin tiada krim tartar,adunan ini jadi kurang melekat antara satu sama lain.Tapi jangan putus asa mencuba resepi yang lain.Saya lihat,DIY playdoh yang dimasak lebih tahan lama.Macam resepi ni hanya bertahan sehari dua.Selamat mencuba.
One happy face
Dipaksa buat kucing Puss in boots

SHOPPING TOYS,BOOKS AND ETC AT https://www.facebook.com/littlemunas


Sunday, 13 October 2013

Berenang Sewaktu Hamil

Aktiviti Ahad minggu lepas saya dan keluarga kecil kami adalah berenang.Sebab saya nak pergi berenang@berendam sangat adalah kerana sakit pinggang yang menjadi-jadi sejak memasuki trimester ketiga kehamilan ni.Teori memandai saya adalah 'to let the buoyancy force take over the gravity force on my stress muscle'. Harap dapat merehatkan otot-otot pinggang dan rusuk saya bila saya berendam nanti.



Inilah suasana di kolam renang.Si ibu berendam je..ala-ala spa gitu.Anak saya si duyong tu ayahnya pakaikan pelampung dan campak dalam kolam.Dia boleh tenang dan senyum je.Sungguh tidak panik.Anak saya memang gemar berenang.Belum pandai sepenuhnya,but very high-water-confident-level with her 'pelampung'.Dia berani terapung sambil bergayut pada pemegang tu. (Awas, sila beri perhatian tak berbelah bagi kepada anak anda di kolam renang).Hari ni tak perlu bercerita pasal anak saya ye.Itu episod akan datang.

Mula-mula berendam,rasa ok sahaja.Bila sudah lama,saya terapung-apung.Rasa macam di spa pulak.Sangat relaks dan badan terasa ringan.Lega pada otot-otot yang selama ini tegang.Aktiviti bersantai-santai saya habiskan dalam masa 45 minit.

Sebaik keluar dari kolam, graviti mula ambil alih..berat sungguh badan.Alhamdulillah..seronok dan lega.Kena buat lagi minggu depan nampaknya.

Gambar hiasa : kredit  http://www.pregnancyweekbyweekcalendar.info

Baca lebih lanjut 9 manafaat berenang untuk ibu hamil di sini ; http://info-wanita.com

Baca mengenai tips-tips berenang mengikut fasa kehamilan di sini ; http://www.babycenter.com.my

Simpan Ipad,buka buku

Zaman sekarang,ibu bapa dapat duduk senang lenang dan rasa tenang tak diganggu kalau kita berikan anak kita satu papan ajaib.Namanya Ipad atau gajet yang sewaktu dengannya.Perasan tak,bila kita hulur je ipad kat nak..kita boleh main game,layan FB,tengok Tv mahupun aktiviti yang bersenang-senang yang sewaktu dengannya.

Jika kita simpan Ipad,kita terpaksa melayan anak, bermain-main,gomol menggomol dan segala aktiviti yang memenatkan kita.Contoh terkini adalah iklan raya dari Maxis.


Saya tak kisah semua tu.Yang penting Ipad kami sedaya upaya sorokkan dari anak.Kalau adik datang,peraturan pertama: Jangan main Ipad depan anak saudara.Dan encik suami juga keletihan melayan anak.Tapi berbaloi...semua itu mengundang pengalaman.motor skill dan emosi positif dalam diri anak kita.Anda fikir anda berletih-letih mendidik anak semua tidak ada harga atau membuang masa?Fikir semula,setiap keletihan dan keikhlasan anda telah dicatat dengan tekun oleh malaikat Raqib di sebelah kanan.Keletihan akan hilang bila kita tidur mahupun beristirehat,tapi pahala berletih-letih tadi dah diangkat ke langit.

Saya selalu membelikan buku cerita untuk anak sejak dia masih bayi.Mula-mula saya belikan softbook,bila sudah setahun saya belikan hardcover pula.Semasa berumur 1tahun lebih anak saya masih kurang menunjukkan minat bila saya baca buku cerita.Tapi sejak menginjak usia 2 tahun.Saya boleh alihkan perhatiannya ketika menonton TV mahupun bermain dengan hanya membacakan buku cerita kepadanya.

Buku yang saya beli adalah set yang saya jual sendiri.Bila dilihat,set ni sesuai untuk kanak-kanak tadika.Tetapi bila saya bacakan (dengan taktik la..ehem2) dari sehari dia menunjukkan minat pula.Syukur.
Dahulunya saya juga selalu merasakan 'its too early' nak bacakan buku cerita Nabi untuk anak 2 tahun-kata saya dalam hati "dia faham ka?". Tapi setelah mencuba...Alhamdulillah, anak saya sekarang tahu kisah Nabi Nuh,Ikan Nun dan Nabi Yunus,Kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud-Hud.Ya Allah..syukur.

Sekarang ni dia boleh recall sorang-sorang cerita Nabi Musa, dengan comel sekali dia bercerita sendirian "Ulat besar..makan semua ular-ular kecil...." dari Kisah Nabi Allah Musa.Ikan paus pulak dia panggil semua ikan Nun.Sekadar berkongsi sedikit dari keletah anak saya ye ibu-ibu.

Its never to early dear mummies =) So, saya sangat memohon,usaha kecil saya itu Allah berkati,saya niatkan perbuatan saya itu sebagai dakwah di rumah sendiri.Amin.

Buku yg mula-mula dibeli..kurang spesifik nilai islamik..hanya moral dan menarilk perhatian tentang binatang


Buku-buku sekarang =)
Beli kisah Nabi dan haiwan teladan dari Al-Quran DI SINI

Monday, 19 August 2013

Resepi kanak-kanak : Bihun Singapore

Kalau di Pulau Pinang, sebut saja bihun Singapore, memang terbayang-bayang dah bihun putih,lembut,kurang pedas dan sedap.Selalu dijual di pasar malam.Dan bihun Singapore dalam nostalgia saya adalah bihun Singapore pasar malam Bayan Lepas.

Kenapa resepi mesra kanak-kanak? Sebab ianya tak pedas.Jadi kalau orang dewasa nak makan pedas,boleh tambah cili jeruk atau sambal kicap.Kali ni anak saya kurang selera pulak,mungkin dia dah kenyang.Tapi tak mengapa..maka penuhlah perut ibu dan ayahnya.Jom tengok resepi.

P/s : Tips untuk membuat tekstur bihun yang digoreng mahupun dimakan dengan sup elok,tidak kembang,terlalu lembik dan tidak pecah-pecah adalah ; rendam bihun semalaman atau 5-7 jam sebelum dimasak. Berbanding bihun yang delembutkan dengan air panas,ia akan terlebih kembang dan mudah hancur.Cuba tips yang diberikan di atas dan selepas itu anda dapat bezakan kelebihannya dan perbandingan tekstur masing. [Tips dari ibu kawan saya-Zulfadhli, ibu beliau merupakan orang yang selalu mengambil tempahan memasak ]

Bahan-bahan A
1. 1 biji bawang besar 
2. 4 ulas bawang putih
3. sedikit udang kering
4. sedikit lada hitam
5. 2cm halia
Bahan-bahan A dikisar untuk ditumis

6. 2 biji bawang merah 
5. 3-5 cili padi
7. isi ayam mengikut citarasa-dipotong kecil
8. 1/3 kiub pati ayam
9. sedikit lobak merah dipotong halus
10. sedikit kubis dipotong halus
11. daun bawang
12. sedikit lada sulah
13. garam
14. 3 biji telur
15. bihun yang direndam semalaman

Cara memasak

1. Tumis bahan A, bawang merah dan 1/3 kiub pati ayam.
2. Apabila sudah kuning boleh dimasukkan ayam. Tunggu sehingga ayam masak.Masukkan air jika perlu.
3. Masukkan lobak merah dan kubis. Tunggu sehingga 1/2 masak.
4. Masukkan telur dan pecahkan.
6. Kemudian masukkan bihun ke dalam kuali. Goreng hingga masak.Sambil diperasakan dengan lada sulah dan garam.
7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan daun bawang.


Selamat mencuba dan Pray for Egypt

Friday, 16 August 2013

Konflik Mesir for Dummies or Mommies

Untuk menulis pandangan sendiri mengenai konflik Mesir, sah bukan kepakaran saya.Saya percaya ibu-ibu dan pembaca celik ilmu dan sensitif dengan isu-isu saudara Muslim kita di luar sana. Di sini ingin saya kongsikan artikel dari blogger Angel Pakai Gucci mengenai Konflik Mesir For Dummies.Beliau mengemukakan rentetan konflik dan fakta mengenai politik Mesir. Baca di sini http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/08/konflik-mesir-untuk-dummies.html
untuk update terkini dari Mesir boleh like FB https://www.facebook.com/MesirKini

Setakat ini perkongsian dari saya yang dhaif.Harap kata-kata dibawah tidak membuat kita yang celik IT,buta hati untuk mengikuti perkembangan saudara-saudara Muslim di dunia.Amin.


Tuesday, 30 July 2013

Lasagna Inti Kari : Resepi Kegemaran Keluarga

Assalamualaikum,salam 10 terakhir Ramadhan.Resepi lasagna ni saya dapat dari Puan Rasheedah CoachSha.Dah macam blogger masakan pulak.Tidak mengapa, memang lazimnya bulan Ramadhan ni keterujaan kita terhadap makanan lebih tinggi.Ok,Selalunya lasagna bercitarasa barat,kali ni kita buat kelainan dengan perisa kari ye.Sedapnya..Alhamdulillah.Resepi sangat mudah.Tiada alasan tidak memasak untuk keluarga .

Bahan-bahan Inti
500gm daging cincang
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Beberapa helai daun kari
Sedikit halba campur
1/2 paket serbuk kari
1 biji bawang India (didadukan)
1/2 biji lada benggala (didadukan)
1 lobak merah (didadukan)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam untuk perasakan
Sayur untuk inti
Bahan-bahan untuk layer lasagna
Beberapa keping roti
Telur
Sedikit susu segar
Beberapa keping cheese
Sedikit mixed herbs untuk hiasan
Sedikit butter untuk dileserkan di dalam acuan

Cara membuat inti
1. Tumis bawang merah,bawang putih,halba campur dan daun kari sehingga naik bau.
2. Campurkan sedikit air dengan serbuk kari dan tumis bersama bahan di atas sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging cincang,lobak dan lada benggala.Jika perlu masukkan sedikit air sehingga bahan tadi masak.Akhir sekali masukkan bawang India dan secubit garam.Pastikan inti kering sedikit.
Tumis rempah kari

Cara membuat layer lasagna
1. Celup roti ke dalam telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
2. Leserkan acuan dengan butter.Susun sebagai base lasagna anda.Layer yang pertama.
3. Masukkan inti ke layer kedua.
4.Kemudian susun cheese menutupi layer tersebut.Jika anda menggunakan acuan kecil,boleh diulang semua langkah di atas menjadikan lasagna anda 2 lapis.
5. Pada lapisan keju di atas hiaskan dengan mixed herbs.
6. Masukkan ke dalam oven selama 10 minit; 170 darjah celcius.Jika guna pemanggang,bakar sehingga keju mencair.
Roti dicelup dan disusun dalam pemanggang untuk layer pertama
Layer kedua; inti.
Layer ketiga dan sedia di panggang
Subhanallah!Siap akhirnya.syukur..
SELAMAT MENCUBA!

Serba kreatif masakan berbuka mahupun sahur dengan PEMANGGANG Cynthia ini

Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.

HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan

Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru

Saturday, 20 July 2013

Kanak-kanak dan flashcard

“Flashcard (kad imbasan)...nampak bagus sekali untuk permata hatiku. Kad dengan gambar-gambar binatang ini pasti menggembirakan anakku. Eh, ada yang bergambar kartun...comelnya! Sesuaikah untuk si kecilku itu? Ada pula yang mempunyai gambar dan perkataan di bawah gambar. Mungkin aku boleh mengajar si kecilku yang kini baru masuk tadika, membaca serta mengenal gambar sekali gus. Ide yang bagus...atau tidak? Mana harus ku pilih? Perlukah aku membelinya...”

Mungkin inilah yang difikirkan oleh ibu muda ini semasa berada di kedai buku untuk mencari bahan pendidikan untuk anaknya menambah ilmu. Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak. Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).
Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.

Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.

Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya dengan jelas.

Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat membuat perbezaan tersebut.

Kualiti Gambar
Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ianya seekor ayam, seharusnya ayam itu sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto yang sebenarnya. Ramai yang beranggapan bahawa kartun adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kartun bukanlah maklumat tepat tentang rupa bentuk ayam. Tetapi untuk anak yang sudah mengenal ayam, gambar kartun akan membina kreativiti anak.

Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekali gus? Seperti yang disebutkan sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik sahaja.

Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun, saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.( Untuk memahami kepentingan saiz perkataan untuk anak belajar membaca , tunggukan artikel tentang bacaan di siri-siri akan datang.)

Apa yang berlaku dengan membekalkan maklumat melalui kad imbasan atau flashcard adalah sistem penglihatan dan pendengarannya akan dikembangkan malah kedua-dua otak kiri dan kanannya akan dibangunkan. Tidakkah dengan memberi terlampau banyak rangsangan kepada anak, otaknya akan “rosak” atau “terbakar’ atau mengalami “overstimulation”seperti yang didakwa sesetengah pihak? Tidakkah kita takut bahawa anak tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya jika dia disogokkan dengan maklumat melalui flashcard sedangkan peringkat usianya (4 hingga 6 tahun) adalah peringkat bermain. Pada siri akan datang saya akan cuba mengupas persoalan ini dan berkongsi keseronokan mengajar anak dengan menggunakan flashcard atau kad imbasan.


CREDIT : MAJALAH PA&MA,TERBITAN KARANGKRAF.

Di sini saya sertakan video anak saya dengan aktivit flashcardnya. Selain kebaikan-kebaikan yang disenaraikan di atas, aktiviti sperti ini boleh menjauhkan anak daripada TV mahupun Ipad.Lihatlah betapa seronoknya dia =) (Sampai tergedik-gedik jawab soalan ayahnya)


Inilah flashcard yang anak saya paling gemar dan yang dia main dalam video.
HARGA RM12
To Order SMS 019 772 2314
Ingin lihat flashcard-flashcard yang lain? KLIK DI SINI atau lawati FB RumahKedai

Thursday, 18 July 2013

Wantan Mee : Resepi Mesra Kanak-kanak

Resepi berbuka puasa pada minggu lepas ala-ala mesra kanak-kanak.Wantan mee.Memang makanan yang saya paling gemar.Tapi sangat susah nak jumpa kat restoran Melayu.Tapi kalau restoran Cina Muslim memang selalu dijual.Sangat sedap.Bayangkan sewaktu masih belajar setiap kali saya terserempak dengan mee wantan yang halal, memang menu tu je la yang saya order.Akhirnya setelah banyak percubaan yang saya buat,kali ni memang jadi,dan sedap macam yang saya makan di kedai kegemaran saya.Alhamdulillah.Lepas ni tak payah susah-susah pergi kedai Cina Muslim dah.Masak sendiri.Resepi ni mesra kanak-kanak sebab kurang pedas dan ala-ala mee kicap gitu.Buktinya,anak saya makan 2 mangkuk licin.Jom tengok resepinya yang saya ubah mengikut citarasa saya.


Bahan-bahan wantan mee;
2 gulung mee wantan halal (boleh juga gunakan mee telur kering yang halus-banyak didapati di Tesco)
3 ulas bawang putih

1 cm halia
Minyak bijan

Sos tiram
Kicap masin atau manis
Sawi yang dicelur

Bahan-bahan sup

Beberapa ketul ayam  (isi dan tulang)
2 ulas bawang putih
1 bawang merah
1cm halia
Lada sulah
7 ketul fishball (saya gantikan dengan wantan )
*Wantan halal boleh didapati di kedai-kedai pembekal yong tau fu muslim jenan Hikmah)

Cara -cara membuat wantan mee;
1. Rebus mee wantan sehingga lembut dan toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan  mee terus mengembang.
2.Sediakan sos wantan dengan memanaskan bijan,kemudian tumis bawang putih,merah dan halia hingga naik bau.
3.Seterusnya masukkan sos tiram dan kicap hingga mereneh sedikit.Boleh tambah air mengikut kepekatan dan citarasa masing.Tutup api.
4.Bila mahu makan,boleh gaulkan wanten mee dalam kicap dan hidangkan bersama sup dan ayam kicap.

Cara membuat sup dan ayam kicap
1.Renehkan sup dengan merebus bawang merah,bawang putih,halia dan ayam.
2.Masukkan sedikit lada sulah dan garam.
3.Apabila hampir mendidih masukkan fishball atau wantan.
4.Ambil ayam yang terdapat dalam sup.Gaulkan dengan kicap.



Tips : Jika ada lebihan sup.Boleh juga dimakan begitu sahaja bersama mee dan wantan. Dalam menu Cina Muslim, mee wantan ada 2 jenis.Yang saya masa ini dinamakan Dry Wantan Mee. Jika dimakan bersama sup dinamakan Wantan Mee Soup.Untung,sekali masak, 2 dalam 1.

========================================================================
Shopping jubah kanak-kanak perempuan dari usia 2 tahun sehingga darjah 3 di Muslim Kids Clothing
Baju jubah kanak-kanak


Sunday, 14 July 2013

Resepi Kanak-Kanak : Pasta Carbonara Mudah

Entry kali ni saya bagi resepi mudah dimasak.Bersempena dengan bulan Ramadhan, kita yang berpuasa tapi kena menyediakan makanan untuk anak. Resepi cepat-dimasak ini jugak boleh dijadikan sarapan dan bekal buat anak-anak anda.Senang je.Campak-campak. Tapi tak elok dimakan selalu kerana mengandungi 'process-food'.Kalau sekali sekala tidak mengapa.Kerana selain mengandungi bahan kimia,MSG dan kurang berzat, 'process-food' juga membuatkan hati anak-anak menjadi keras.Pelbagaikan lauk dalam hidangan ini dengan menggunakan ayam,udang dan sotong.Kurangkan penggunaan sosej ye.

Bahan-Bahan

Pasta mengikut keperluan keluarga
Minyak zaitun
Sos spaghetti carbonara
Sosej (boleh digantikan dengan ayam,udang,sotong dan lain-lain)
Bawang merah
Bawang putih

Cara memasak
1. Rebus pasta hingga empuk
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dalam minyak zaitun yang dipanaskan.
3. Masukkan sosej yang dipotong
4. Apabila sosej sudah masak boleh masukkan sos carbonara.
5. Masukkan sedikit air dan tunggu hingga sos memekat.
6. Masukkan pasta dan kacau sebati.
Gaul sebati

Hasilnya..Alhamdulillah =)

Boleh juga memasak menggunakan pemanggang ini. Serba kreatif masakan dengan pemanggang mudah ini.

Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.

HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan

Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru

Wednesday, 10 July 2013

Pengalaman berpuasa ketika hamil


Salam Ramadhan.Saya pasti ramai bakal ibu tertanya-tanya bagaimana hamil dan menjalani ibadah puasa. Pelbagai persoalan bermain di minda. Letih, nak jalan pun tak larat, muntah batal ke tak,perut masuk angin dan boleh ke berbuka ke tak kalau dah lemah. Macam-macam, sama seperti saya menjalani ibadah puasa dalam keadaan hamil 2 tahun yang lepas.

Saya disahkan hamil 2 bulan ketika pertengahan puasa 2011.Rezeki langit Ramadhan.Sangat-sangat syukur. Apabila mengetahui yang saya hamil, sedikit demi sedikit simptom mengandung datang. Muntah,tak boleh bau tumis dan tak bermaya.Ketika waktu itu kita semua berada di bulan Ramadhan, jadi saya men'google'dan bertanya kepada yang lebih arif agama tentang hukum dan syariat dalam menjalankan ibadah puasa bagi ibu hamil.Saya berharap anda juga merujuk kepada yang lebih arif ya.

Saya dapati berpuasa ketika awal kehamilan sangat mencabar.Sewaktu mngandung anak pertama dan hamil 2bulan, saya sudah sangat lemah setiap hari.Kata orang 'dah lembik macam sayur'. Kemudian dekat-dekat waktu asar perut saya mula masuk angin dan sakit perut.Sebaik sahaja berbuka saya akan muntah kerana angin dalam perut tadi sudah menolak makanan saya keluar. Allah, siksanya hanya Dia yang tahu. Jadi saya cuma berkesempatan puasa selama 16 hari ketika itu.

Masih terkenang tatkala singgah di bazar Ramadhan,saya akan duduk dalam kereta sahaja.Mana tak nya, kalau saya keluar...bau semerbak makanan-makanan di bazar itu akan buatkan saya mual dan muntah.Kalau pergi ke restoren saya akan tutup hidung.Ada hari-hari yang saya terpaksa mengisi perut dan saya beli di kedai mamak 24 jam.Mengejutkan, waktu makan tengahari lelaki-lelaki Muslim bertopi keledar (mungkin sebab malu-tapi dengan Allah dan malaikat disebelah tak malu) selamba beratur membeli nasi tengahari. Mamak di kedai pun sama bersubahat dengan memberi plastik bewarna hitam kepada lelaki-lelaki Muslim,tapi pada saya diberi plastik biasa. Begitulah episod berpuasa ketika hamil 2-3bulan.
Gambar sekadar hiasan
Pada puasa kali ini (2013), saya berpuasa dalam keadaan hamil sekali lagi.Tapi pengalamannya agak berbeza kerana kehamilan saya sudah memasuki bulan keempat.Fasa muntah,mual,lembik dan 'morning sickness' sudah berlalu sebelum tiba Ramadhan.Semalam saya berjaya dengan penuh tenaga,tetapi masih tidak dapat gagahkan diri memasak untuk berbuka.Tetapi ketika sahur saya dapat memasak walaupun ringkas tapi sedap.Betullah kata ibu-ibu yang lebih senior,lain anak,lain pengalamannya.

Kepada yang meniti fasa kehamilan,ambil masa terluang anda (mana yang belum mempunyai anak) untuk menimba ilmu keibubapaan,penyusuan dan agama.Persediaan mental dan hati menyambut kelahiran sesungguhnya jauh lebih penting dari shopping baju-baju comel untuk si kecil anda.Semoga kita semua menjadi ibu yang menginspirasikan seluruh keluarga kecil kita ke syurga. Amin

 2 Ebook berpantang pada harga RM30. SMS kepada 017 223 5362 untuk pembelian 


Monday, 8 July 2013

Ajar Anak Mengaji

Tiada yang signifikan.Tetapi sengaja berkongsi warna-warni gambar karenah anak ketika kami membaca dan mengajar Al-Quran.
 
Al-kisah mula-mula tengok mummy dia mengaji.Dia pun nak join
Lepas tu kita ajar dia Al-Furqan.Dia ikut.
Kemudian kita sebut huruf-huruf hijaiyah,dia minta nak tengok Baby Khalifah pulak
Finally, dah jemu belajar di ambilnya topeng 'Otomen' katanya
Terbukti, bukan anda sahaja yang menghadapi karenah-karenah sebegini di rumah bila nak ajar anak Al-Quran.Kita berkongsi penah, lelah dan kesabaran dengan semua ibu juga.Ewah, macam 'reality show' pulak.

Sedikit TIPS : Mengajar anak membaca AlQuran atau buku.
Lead by example! Penting. Anak-anak tak akan membaca kalau dia tidak nampak ibu atau bapanya membaca.Anak-anak adalah peniru no 1. Jadi, ibu bapa yang mesti mulakan dulu. Ambil buku atau Quran. Buka dan baca. Dengan sendirinya, terkedek-kedek dia datang nak membaca sekali.Pangku dan olok-olok baca bersama.Ambil Al Furqan atau flash card,terangkan ini dia yang punya. Sayang baca yang ini, Quran ini mummy punya. Quran besar,sebab mummy pun besar. Macam tu la sedikit sebanyak.

TIPS paling penting teratas dari semua tips yang teknikal adalah.......SABAR!

Jikalau puan-puan berminat mengetahui lebih banyak tips, tinggalkan email anda di ruangan komen.Insyaallah saya akan emailkan sesuatu buat anda =). Ya anda!


Jom tengok video saya ajar anak mengaji di bawah ni;


Wednesday, 3 July 2013

Playgroup dan kanak-kanak

Tahun ini anak saya menyertai playgroup di nurserinya.Playgroup yang dia sertai adalah Alimkids Islamic Playgroup.Playgroup ini diadakan 2jam dan 2 sessi seminggu.Pada bulan-bulan pertama anak saya menyertai playgroup, memang dia balik dan tidur awal sebab main,menari dan aktiviti-aktiviti lain.Yang seronok bila melihat hasil kraft anak saya.

Apa itu playgroup? Playgroup adalah aktiviti yang mengumpulkan beberapa kanak-kanak untuk menghasilkan sebuah kumpulan yang kecil. Maksimum 15 orang dalam setiap 1 sesi. Kebaikkannya : Mengikut kajian, sikap untuk bersaing akan membuat seorang yang pemalu menjadi berani dalam sekelip mata. Anak-anak akan terdorong untuk aktif sama dalam setiap aktiviti di dalam kelas kerana sifat tersebut. Kami terapkan budaya bersaing secara sihat dan saling kerjasama antara satu sama lain. Kadangkala kita terpaksa umpan anak-anak dengan pelbagai perkara supaya mereka ingin belajar di rumah. Tetapi tidak di playgroupAnda akan lihat sendiri apabila mereka berlumba-lumba untuk membuat hasil kraf yang terbaik dan menjadi yang pertama menjawab soalan!   -Petikan dari FB Excel Khalif

Jom kita tinjau-tinjau  aktiviti anak saya semasa sessi playgroupnya =)

Sessi bercerita, seni dan tiup belon

Guru playgroupnya adalah 'Teacher Farah'. Siapa perasan siapa 'Teacher Farah' ni? Kak Farah adalah empunya butik di Taipan USJ.Kak Farah juga merupakan penyanyi lagu 'Bagaikan Puteri' yang sangat popular di zaman 90an dulu.Selain itu Kak Farah juga sangat berpengalaman mengendalikan playgroup.Kalau berminat boleh layari butik beliau di Farra Biz

Aktiviti berkumpulan dikendalikan oleh Teacher Farah.Ada lagu phonic juga di ajar pada sessi playgroup

Khusyuk dan asyik.Walaupun masih kecil..enjoy sungguh mereka dengan aktiviti yang dijalankan.Anak saya baru berumur 2 tahun



Untuk yang berminat mengetahui tentang Alimkids Playgroup boleh KLIK DI SINI

Shopping barang bayi? klik Little Muna's Playhouse