Monday 3 March 2014

DIY Edible Paint

Aktiviti kanak-kanak kali ini membawakan alkisah membuat DIY edible paint sendiri di rumah.Ini sedikit ringkasan aktiviti buat edible paint dan menghabiskan masa buat aktiviti kanak-kanak dengan anak saya.
DIY EDIBLE PAINT
Bahan-bahan untuk 3 warna

2cawan tepung gandum
2sudu garam (sebagai pengawet)
3 jenis pewarna makanan
Air mengikut kepekatan yang disukai

Cara membuatnya;
1.Gaulkan tepung bersama garam.Untuk hasil warna dan tekstur lebih menarik,atau kalau anda rajiiiiiiin,boleh diayak adunan ini.
2.Campurkan air mengikut kepekatan yang disukai
3.Masak sebentar diatas api hingga sebati
4.Bahagikan kepada 3 adunan dan mula campurkan dengan warna yang disukai.Kacau hingga sebati.Siap!

Tips : 
# Untuk membuat lebih banyak warna,gandakan kuantiti tepung dan bahan-bahan
# Gunakan air yg sedikit untuk mendapatkan warna dan tektur yang lebih pekat,ala-ala color buncho gitu.

Senang je kan?Dok kat dapur boleh buat sambil-sambil je ye.Tak payah susah2.Kalau anda buat aktiviti kanak-kanak seperti finger paint.Boleh je kalau anak-anak terjilat warna ni.Rasa masin!Tak bertoksid langsung.Itu yang penting.Mudah dan murah

Jom tengok aktiviti mewarna lepas siap paint tu

Ready!
On your mark!

Contiang-contiang (lukis-lukis)
Malam pon minta nak warna lagi
Selamat mencuba.

Visit our website ya! www.littlemunas.com

No comments:

Post a Comment