Showing posts with label Monologue. Show all posts
Showing posts with label Monologue. Show all posts

Sunday, 13 October 2013

Simpan Ipad,buka buku

Zaman sekarang,ibu bapa dapat duduk senang lenang dan rasa tenang tak diganggu kalau kita berikan anak kita satu papan ajaib.Namanya Ipad atau gajet yang sewaktu dengannya.Perasan tak,bila kita hulur je ipad kat nak..kita boleh main game,layan FB,tengok Tv mahupun aktiviti yang bersenang-senang yang sewaktu dengannya.

Jika kita simpan Ipad,kita terpaksa melayan anak, bermain-main,gomol menggomol dan segala aktiviti yang memenatkan kita.Contoh terkini adalah iklan raya dari Maxis.


Saya tak kisah semua tu.Yang penting Ipad kami sedaya upaya sorokkan dari anak.Kalau adik datang,peraturan pertama: Jangan main Ipad depan anak saudara.Dan encik suami juga keletihan melayan anak.Tapi berbaloi...semua itu mengundang pengalaman.motor skill dan emosi positif dalam diri anak kita.Anda fikir anda berletih-letih mendidik anak semua tidak ada harga atau membuang masa?Fikir semula,setiap keletihan dan keikhlasan anda telah dicatat dengan tekun oleh malaikat Raqib di sebelah kanan.Keletihan akan hilang bila kita tidur mahupun beristirehat,tapi pahala berletih-letih tadi dah diangkat ke langit.

Saya selalu membelikan buku cerita untuk anak sejak dia masih bayi.Mula-mula saya belikan softbook,bila sudah setahun saya belikan hardcover pula.Semasa berumur 1tahun lebih anak saya masih kurang menunjukkan minat bila saya baca buku cerita.Tapi sejak menginjak usia 2 tahun.Saya boleh alihkan perhatiannya ketika menonton TV mahupun bermain dengan hanya membacakan buku cerita kepadanya.

Buku yang saya beli adalah set yang saya jual sendiri.Bila dilihat,set ni sesuai untuk kanak-kanak tadika.Tetapi bila saya bacakan (dengan taktik la..ehem2) dari sehari dia menunjukkan minat pula.Syukur.
Dahulunya saya juga selalu merasakan 'its too early' nak bacakan buku cerita Nabi untuk anak 2 tahun-kata saya dalam hati "dia faham ka?". Tapi setelah mencuba...Alhamdulillah, anak saya sekarang tahu kisah Nabi Nuh,Ikan Nun dan Nabi Yunus,Kisah Nabi Sulaiman dan burung Hud-Hud.Ya Allah..syukur.

Sekarang ni dia boleh recall sorang-sorang cerita Nabi Musa, dengan comel sekali dia bercerita sendirian "Ulat besar..makan semua ular-ular kecil...." dari Kisah Nabi Allah Musa.Ikan paus pulak dia panggil semua ikan Nun.Sekadar berkongsi sedikit dari keletah anak saya ye ibu-ibu.

Its never to early dear mummies =) So, saya sangat memohon,usaha kecil saya itu Allah berkati,saya niatkan perbuatan saya itu sebagai dakwah di rumah sendiri.Amin.

Buku yg mula-mula dibeli..kurang spesifik nilai islamik..hanya moral dan menarilk perhatian tentang binatang


Buku-buku sekarang =)
Beli kisah Nabi dan haiwan teladan dari Al-Quran DI SINI

Wednesday, 10 July 2013

Pengalaman berpuasa ketika hamil


Salam Ramadhan.Saya pasti ramai bakal ibu tertanya-tanya bagaimana hamil dan menjalani ibadah puasa. Pelbagai persoalan bermain di minda. Letih, nak jalan pun tak larat, muntah batal ke tak,perut masuk angin dan boleh ke berbuka ke tak kalau dah lemah. Macam-macam, sama seperti saya menjalani ibadah puasa dalam keadaan hamil 2 tahun yang lepas.

Saya disahkan hamil 2 bulan ketika pertengahan puasa 2011.Rezeki langit Ramadhan.Sangat-sangat syukur. Apabila mengetahui yang saya hamil, sedikit demi sedikit simptom mengandung datang. Muntah,tak boleh bau tumis dan tak bermaya.Ketika waktu itu kita semua berada di bulan Ramadhan, jadi saya men'google'dan bertanya kepada yang lebih arif agama tentang hukum dan syariat dalam menjalankan ibadah puasa bagi ibu hamil.Saya berharap anda juga merujuk kepada yang lebih arif ya.

Saya dapati berpuasa ketika awal kehamilan sangat mencabar.Sewaktu mngandung anak pertama dan hamil 2bulan, saya sudah sangat lemah setiap hari.Kata orang 'dah lembik macam sayur'. Kemudian dekat-dekat waktu asar perut saya mula masuk angin dan sakit perut.Sebaik sahaja berbuka saya akan muntah kerana angin dalam perut tadi sudah menolak makanan saya keluar. Allah, siksanya hanya Dia yang tahu. Jadi saya cuma berkesempatan puasa selama 16 hari ketika itu.

Masih terkenang tatkala singgah di bazar Ramadhan,saya akan duduk dalam kereta sahaja.Mana tak nya, kalau saya keluar...bau semerbak makanan-makanan di bazar itu akan buatkan saya mual dan muntah.Kalau pergi ke restoren saya akan tutup hidung.Ada hari-hari yang saya terpaksa mengisi perut dan saya beli di kedai mamak 24 jam.Mengejutkan, waktu makan tengahari lelaki-lelaki Muslim bertopi keledar (mungkin sebab malu-tapi dengan Allah dan malaikat disebelah tak malu) selamba beratur membeli nasi tengahari. Mamak di kedai pun sama bersubahat dengan memberi plastik bewarna hitam kepada lelaki-lelaki Muslim,tapi pada saya diberi plastik biasa. Begitulah episod berpuasa ketika hamil 2-3bulan.
Gambar sekadar hiasan
Pada puasa kali ini (2013), saya berpuasa dalam keadaan hamil sekali lagi.Tapi pengalamannya agak berbeza kerana kehamilan saya sudah memasuki bulan keempat.Fasa muntah,mual,lembik dan 'morning sickness' sudah berlalu sebelum tiba Ramadhan.Semalam saya berjaya dengan penuh tenaga,tetapi masih tidak dapat gagahkan diri memasak untuk berbuka.Tetapi ketika sahur saya dapat memasak walaupun ringkas tapi sedap.Betullah kata ibu-ibu yang lebih senior,lain anak,lain pengalamannya.

Kepada yang meniti fasa kehamilan,ambil masa terluang anda (mana yang belum mempunyai anak) untuk menimba ilmu keibubapaan,penyusuan dan agama.Persediaan mental dan hati menyambut kelahiran sesungguhnya jauh lebih penting dari shopping baju-baju comel untuk si kecil anda.Semoga kita semua menjadi ibu yang menginspirasikan seluruh keluarga kecil kita ke syurga. Amin

 2 Ebook berpantang pada harga RM30. SMS kepada 017 223 5362 untuk pembelian 


Monday, 8 July 2013

Ajar Anak Mengaji

Tiada yang signifikan.Tetapi sengaja berkongsi warna-warni gambar karenah anak ketika kami membaca dan mengajar Al-Quran.
 
Al-kisah mula-mula tengok mummy dia mengaji.Dia pun nak join
Lepas tu kita ajar dia Al-Furqan.Dia ikut.
Kemudian kita sebut huruf-huruf hijaiyah,dia minta nak tengok Baby Khalifah pulak
Finally, dah jemu belajar di ambilnya topeng 'Otomen' katanya
Terbukti, bukan anda sahaja yang menghadapi karenah-karenah sebegini di rumah bila nak ajar anak Al-Quran.Kita berkongsi penah, lelah dan kesabaran dengan semua ibu juga.Ewah, macam 'reality show' pulak.

Sedikit TIPS : Mengajar anak membaca AlQuran atau buku.
Lead by example! Penting. Anak-anak tak akan membaca kalau dia tidak nampak ibu atau bapanya membaca.Anak-anak adalah peniru no 1. Jadi, ibu bapa yang mesti mulakan dulu. Ambil buku atau Quran. Buka dan baca. Dengan sendirinya, terkedek-kedek dia datang nak membaca sekali.Pangku dan olok-olok baca bersama.Ambil Al Furqan atau flash card,terangkan ini dia yang punya. Sayang baca yang ini, Quran ini mummy punya. Quran besar,sebab mummy pun besar. Macam tu la sedikit sebanyak.

TIPS paling penting teratas dari semua tips yang teknikal adalah.......SABAR!

Jikalau puan-puan berminat mengetahui lebih banyak tips, tinggalkan email anda di ruangan komen.Insyaallah saya akan emailkan sesuatu buat anda =). Ya anda!


Jom tengok video saya ajar anak mengaji di bawah ni;


Wednesday, 3 July 2013

Playgroup dan kanak-kanak

Tahun ini anak saya menyertai playgroup di nurserinya.Playgroup yang dia sertai adalah Alimkids Islamic Playgroup.Playgroup ini diadakan 2jam dan 2 sessi seminggu.Pada bulan-bulan pertama anak saya menyertai playgroup, memang dia balik dan tidur awal sebab main,menari dan aktiviti-aktiviti lain.Yang seronok bila melihat hasil kraft anak saya.

Apa itu playgroup? Playgroup adalah aktiviti yang mengumpulkan beberapa kanak-kanak untuk menghasilkan sebuah kumpulan yang kecil. Maksimum 15 orang dalam setiap 1 sesi. Kebaikkannya : Mengikut kajian, sikap untuk bersaing akan membuat seorang yang pemalu menjadi berani dalam sekelip mata. Anak-anak akan terdorong untuk aktif sama dalam setiap aktiviti di dalam kelas kerana sifat tersebut. Kami terapkan budaya bersaing secara sihat dan saling kerjasama antara satu sama lain. Kadangkala kita terpaksa umpan anak-anak dengan pelbagai perkara supaya mereka ingin belajar di rumah. Tetapi tidak di playgroupAnda akan lihat sendiri apabila mereka berlumba-lumba untuk membuat hasil kraf yang terbaik dan menjadi yang pertama menjawab soalan!   -Petikan dari FB Excel Khalif

Jom kita tinjau-tinjau  aktiviti anak saya semasa sessi playgroupnya =)

Sessi bercerita, seni dan tiup belon

Guru playgroupnya adalah 'Teacher Farah'. Siapa perasan siapa 'Teacher Farah' ni? Kak Farah adalah empunya butik di Taipan USJ.Kak Farah juga merupakan penyanyi lagu 'Bagaikan Puteri' yang sangat popular di zaman 90an dulu.Selain itu Kak Farah juga sangat berpengalaman mengendalikan playgroup.Kalau berminat boleh layari butik beliau di Farra Biz

Aktiviti berkumpulan dikendalikan oleh Teacher Farah.Ada lagu phonic juga di ajar pada sessi playgroup

Khusyuk dan asyik.Walaupun masih kecil..enjoy sungguh mereka dengan aktiviti yang dijalankan.Anak saya baru berumur 2 tahun



Untuk yang berminat mengetahui tentang Alimkids Playgroup boleh KLIK DI SINI

Shopping barang bayi? klik Little Muna's Playhouse 

Thursday, 27 June 2013

Ibu saya yang kaya

Kami dibesarkan dalam keluarga yang agak kekurangan dari segi material.Enam adik beradik tanggungan ayah yang bekerja sebagai pembantu makmal di universiti.Ibu membuat nasi lemak dan kuih seperti karipap,lompang dan bengkang.Kemudian bila cukup modal ibu menumpukan sepenuh masa untuk mengambil upah jahit.Hidup serba kekurangan,tapi kami sekeluarga tak pernah mengenal apa itu lapar.Makanan Alhamdulillah sentiasa mencukupi dan sedap-sedap belaka hasil air tangan ibu.Makan di luar- satu yang sangat asing dalam agenda kami apatah lagi bercuti, memang tak pernah pun pergi sekeluarga dek kerana kos yang mahal.

Sewaktu saya masih kecil dengan adik-adik yang sedang membesar,kami tidak mampu membeli kereta.Tapi dalam kesempitan itu pun ayah dan ibu mampu memiliki 2 rumah. Sebuah disewakan, sebuah lagi tempat tinggal kami sekeluarga.Oleh sebab tidak mampu berkereta waktu itu, jadi sebagai kanak-kanak, mana-mana keluarga yang memiliki kereta pada pandangan saya adalah kaya.Status dinilai berdasarkan kereta (kesilapan besar menilai kekayaan - di waktu itu lah).

Sebagai kanak-kanak lazimnya kita bercerita kepada ibu.Topik yang saya bualkan tentulah mengenai kawan-kawan dan keluarga mereka yang 'kaya'.Dengan nada teruja saya bersembang dengan ibu "mak depa tu kaya...ada kereta..ada ini dan itu". Dengan penuh hikmah ibu saya menjawab "Alah..kita pun kaya jugak, rumah kita ada 3 kipas berdiri, ada 3bilik, kita ada 2 dapur...". Ibu berkias dengan benda-benda material dahulu.Kemudia beliau menyambung lagi "Jangan lupa..kita ada 2 tangan, 2 mata, 2 telinga, 2 kaki..apa? Tak kaya lagi ka macam tu".

Bak kata cerdik pandai hari ini, itu adalah paradigma kekayaan yang ibu tanamkan kepada kami. Minda dibawah sedar kami diisi dengan kekayaan yang Allah anugerahkan.Jadi setelah saya dewasa, kekayaan tak pernah menggoda saya.Kerana minda bawah sedar saya tertanam yang saya telah cukup segala-galanya. Harta dan wang bukan matlamat. Itulah hasil didikan ibu. Jadi saya sangat merasakan sepanjang hayatnya ibu saya adalah orang yang paling kaya.Anak-anaknya pula ada 6 orang.

P/s : Walaupun ibu saya seorang yang kaya,tetapi kalau pembaca sudi sedekahkah Al-fatihah buat beliau,tentu beliau bertambah-tambah kaya dan gembira di sana. Al-Fatihah.





Tuesday, 25 June 2013

Resepi Kanak-Kanak : Jagung Berkeju

Sebagai ibu smestinya kita sangat mengambil berat tentang apa yang anak kita makan. Sedaya upaya kita berikan makanan sehabis baik,natural,bebas MSG dan transfat serta sangat berkhasiat untuk anak-anak. Pendek kata halalan-toyyiban.

Tetapi bila dalam perjalan yang jauh [berkereta].Kita kurang mampu mengawal.Manakan tidak,kalau di R&R kita nak belikan dia bubur, dia nampak burger,KFC dan 101 jajan pulak.Akhirnya dia kekenyangan makan jajan.Tak berupaya mengawal segala apa di dalam 'plastik beracun' itu.MSG,pewarna jauh sekali zat nya.

Jadi apa kata kita cuba resepi jagung berkeju paling mudah ini.Waktu yang diperlukan singkat,lagipun anda tidak perlu tengok keadaan jagung.Cuma stim dan biar sampai masak.Jagung seseungguhnya mengenyangkan kanak-kanak,berkhasiat,lazat dan mudah untuk dimakan.Maksud saya,tidak mengotorkan kereta atau sebagainya.Jom Cuba!

Bahan-bahan.
Jangung mengikut jumlah anak.
Sekeping keju [untuk sebatang jagung]
Butter
Dan sedikit garam

Cara-cara
1.Stim jagung sampai masak
2.Perasakan dengan sedikit butter dan garam.
3.Potong keju dan letakkan pada jagung yang masih panas
Selamat mencuba!

Belum sempat 'snap',dah ada yang 'ngap' Jagung Berkeju ni.

Tengok,berselera sungguh anak solehah ni menjamu selera dalam perjalanan.

'Kita tidak patut meremehkan pekerjaan pekerjaan ibu yang menguruskan dapur kerana dapur adalah sumber kesihatan kita.Kesibukan di dapur sebenarnya mampu menyelamatkan umat manusia.Quran secara terang-terangan ada menyarankan supaya kita memakan makanan segar'

"Dialah yang memudahkan laut,supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang segar" Surah An-Nahl,ayat 4

Dipetik dari buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' terbitan PTS.

RASULULLAH IS MY DOCTOR
RM25

Beli buku ini dari kami dengan SMS kepada Fauziah 019 772 2314 untuk sebarang pertanyaan atau order.


Thursday, 20 June 2013

Pemeriksaan Kandungan Di Klinik Kesihatan (Episod 1)


Hari ini adalah hari pertama pemeriksaan kandungan saya di klinik kesihatan.Hari pertama bila membuat kad temujanji anda mesti hadir ketika sessi pagi. Ini kerana lebih banyak prosedur bagi ibu-ibu yang baru membuka kad di klinik kesihatan. Klinik kesihatan di tempat saya menerima tidak kurang dari 100 pemeriksaan ibu hamil di kawasan mereka. Kepadatan penduduk di kawasan kami tinggi.

Suasana di Klinik pagi itu

Seawal pukul 7.45 pagi saya sudah muncul di klinik dan nombor yang saya dapat adalah 62.Jam belumpun menunjukkan 8.00 pagi, sudah 62 ibu hamil yang dah mengambil nombor giliran masing-masing. Ini tidak menghairankan saya kerana semasa mengandungkan anak sulung, ada ibu-ibu yang datang seawal 6.30 pagi untuk mengambil nombor giliran.

2 jam berlalu, saya dah buat kad,jalani ujian air kencing,timbang berat dan ukur tinggi. Tetapi nama untuk berjumpa misi belum juga dipanggil.Phew...!Istighfar dan positifkan diri. Sempat saya uruskan bisnes online saya melalui facebook kami FB page/RumahKedai . Baru menunggu nak pre-natal check, bukan menunggu dihisab di mahsyar. Reset minda semula.

Ok,bagi ibu-ibu yang baru mula untuk melakukan pemeriksaan di bawah saya sertakan tips-tips menghadiri pemeriksaan;

1- Selepas mendapati puan tidak datang haid lebih dari seminggu. Beli 2 'pregnancy test kit' dari jenis yang berlainan. Sekadar untuk yakin bahawa keputusan ujian di rumah anda benar-benar jitu. Jika muncul 2 garis,tahniah saya ucapkan.Anda bakal menjadi ibu 9 bulan dari sekarang. Catatkan dari hari pertama, haid terakhir anda.Maklumat ini penting untuk pengiraan usia kandungan dan tarikh bersalin anda.

2- Sahkan keadaan kandungan anda dengan ujian scan di mana-mana klinik yang mempunyai perkhidmatan scan. Antara tujuan scan adalah untuk mengetahui kedudukan janin anda,samada dalam atau luar rahim,mahupun di tiub falopio. Simpan gambar scan anda untuk di bawa ke klinik kesihatan nanti.

3- Datang ke klinik awal untuk 'buka' buku dengan klinik tersebut. Antara dokumen yang perlu ada adalah gambar scan anda dan info seperti kad pengenalan suami.Jikalau ada sejarah kesihatan berkaitan rahim,kanser,fibroid atau sebagainya, mesti dibawa bersama.

4- Ini tips peribadi saya, bawa barang-barang ni bawah bersama anda;
 a) Air lebih kurang 1 liter - masa yang diambil panjang, ada ujian kencing,suasana yang agak panas      pastinya membuat anda dahaga. Minum air untuk mengelakkan dehidrasi.
b) Bawa gula-gula, kismis, coklat atau apa sahaja yang boleh mengembalikan tenaga dan 'to kill time'.
c) Bawa majalah, surat khabar, novel atau apa sahaja bahan bacaan bermanafaat untuk anda isi masa ketika menghadiri temujanji.
d) Pastikan anda bersarapan sebelum ke klinik atau bawa bekal bersama anda.

5- Sabar dan bertolak ansur (Easier said than done)

Saya dapati misi-misi di klinik kesihatan bekerja dengan cepat . Cuma terlalu banyak pesakit yang menjalani pemeriksaan. Sepanjang saya tengok, mereka cuma bangun untuk ke tandas atau minum. Semestinya mereka bersarapan dahulu setiap pagi, kalau tak bagaimana nak melayan semua pesakit. Jumlah kaunter ada 3, laju. Perbandingan ini saya buat dengan misi di sebuah hospital bersalin di kawasan berdekatan, selain tidak mesra pelanggan,misinya agak banyak masa terluang, lalu mereka bersembang-sembang dan 'touch make up' di kaunter. Walaupun swasta, saya terpaksa menunggu sungguh lama. Walau apa pun. Anda digalakkan mencuba dan mencari 'feedback' tentang klinik-klinik di internet ataupun dari kenalan anda. Pilihlah yang paling berkenan dan sesuai dengan penilaian anda.

Sampai berjumpa lagi, terima kasih misi-misi Klinik Kesihatan Kampung Melayu Subang.

Ramai,sampai ke bahagian luar klinik

KETAHUI CARA URUS URI DI SINI >>

  >>CARA MENGURUS URI DENGAN MUDAH



Friday, 30 November 2012

Video tips mengajar Al-Quran pada bayi dan kanak-kanak


Di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu bagaimana mengajar anak baca al-quran dari kecil lagi yang saya jumpa di fan page rakan.Dalam video ni juga ada di ajar tentang gaya anak kita belajar.Rupa-rupanya kanak-kanak dan bayi mempunya 3 cara berbeza mereka belajar.Setiap anak mempunyai cara belajar tersendiri dan tidak sama dengan yang lain. Kenal pasti cara belajar anak anda,insyaallah lebih senang kita mengajar dan berinteraksi dengannya nanti. Anak saya jenis auditory learner.Lihat di bawah tentang ciri2 anak anda;
1.visual learner 
2.auditory learner 
3. kinesthetic learner 
 



Thursday, 29 November 2012

TODDLER BUSY BAG



TODDLER BUSY BAG. What is BUSY BAG?
Anda pernah dengar apa itu BUSY BAG? BUSY BAG adalah beg yang merupakan kit permainan kanak-kanak. Saiznya mestilah senang dibawa kemana2. Permainan yang terdapat pula simple dan sesuai membuatkan anak anda sibuk bermain untuk seketika. Contohnya ketika keluar makan, keluar ke pejabat pos atau temujanji.

Credit : http://mysmallpotatoes.com
Ibubapa hari ini lebih gemar memberi gadget [IPAD @ NOTE] untuk membuatkan anak diam dan tak menggangu mereka buat seketika. Jom tengok idea2 BUSY BAG dari barat.Mereka lebih kreatif dalam membuat permainan untuk anak mereka.Semuanya DIY konsep.Jom kita cuba.

Credit : http://mysmallpotatoes.com
Check it out what is our blogger's definition of  BUSY BAG ;
A busy bag is a simple, age appropriate activity that can be pulled out and easily assembled and completed by your child for when you just need a few minutes of uniterrupted time but don't want to stick them in front of the TV!  
CLICK HERE TO SEE MORE IDEAS OF BUSY BAG  PLAY CREATE EXPLORE
Credit : http://mysmallpotatoes.com
Setiap his busy bag mempunyai fokus tersendiri.Misalnya,fine motor skills, pattern making, dan coordination.Template untuk membuat busy bag juga ada di allourdays.com.


Credit : http://mysmallpotatoes.com
Credit : http://www.simpleorganizedliving.com
Setakat ini dulu perkongsian untuk hari ini. Be creative!
 

Saturday, 20 October 2012

Me at Seminar SoHoIBU

Location : ALIM KIDS BOOKSHOP, USJ
Pada 6/10/2012 saya telah menyertai satu seminar yang sangat menarik iaitu SEMINAR SOHOIBU. SOHO bermaksud Small Office Home Office. So gabungkan dengan IBU...yeah you got it right!

Objektif SoHoIBU ni adalah memberi keyakinan, exposure dan guide untuk ibu2 yang ada menyimpan hasrat berpindah tempat kerja, ke rumah. Di sini, perkara yang paling saya ingat sekali, we are not resigning untuk duduk rumah, we are shifting our carrier and our workplace. From the actual office to home office. So WAHM (work at home mom) tak perlu malu mengaku kat kawan,sedara mara and si penyibuk yang kita 'berhenti kerja..jaga anak', You can just proudly say i am sellling blablabla and my office at eg. Shah Alam. tak perlu mention  kecik,kat rumah je or any word that make you down.

Tapi my personal view, as a person yang dah mula berniaga, semua ibu2 yang diam dah resign atau tak tapi nak ilmu dan determine to work from home must attend this seminar. Di seminar ni juga membuka minda saya yang,bukan saya sorang je yang kerja teruk..orang lain pun sama. Semasa sesi ice braking dapat tengok ibu2 dari pelbagai latar belakang kerjaya, yang dah berhenti kerja, yang merancang untuk berhenti dan yang dah setahun berhenti.Semua dengan tujuan yang sama, nak menuntut ilmu membuka perniagaan di rumah.

In November I'll be joining their Coaching Program =) . Insyaallah will update soon.

For more information about SoHoIBU, CLICK HERE!  

Wednesday, 10 October 2012

Hot Selling Item in store

Selalu intai blog ni? Terfikir-fikir toys/buku ape nak beli.Jom saya bagi idea.KItchen Set Toy With Light And Sound CLICK HERE!, memang antara hot item la kat LMP ni.Jom tengok gambar-gambar testimoni dari customer yang dah beli.
Hana dari Taman Sri Gombak lebih busy dari ibu di dapur
Chef Kecil dari Subang Perdana,siap buat peace lagi

Caca, 3years lebih fokus dengan warna dapur merah jambu


Ramai yang dah dapatkan KITCHEN SET TOY ni,tapi tak semua bagi testimoni. Gambar-gamabr di atas adalah sebahagian pelanggan-pelanggan saya. Insyallah I will update more and more picture in near future. Hope you will enjoy blogging/shopping/browsing and surfing at LMP. Thanks.
Kitchen Set Toy
Price:RM90
Postage: RM10 (Semenanjung Malaysia)
AVAILABLE
  or SMS 019 772 2314

Friday, 17 August 2012

Ramadhan dan Aidilfitri

Kad ucapan maya dari kami sekeluarga Team Little Muna's Playhouse.Mohon maaf atas kesalahan selama kite bermuamalat.Ada 2 news menarik yang nak dikongsikan dengan pembaca semua.Alhamdulillah,name card untuk LMP dah siap.Sangat cute dan sesuai dengan tema LMP.Akan di edarkan untuk parents di musim raya ni.Insyaallah.
Selain dari itu,doodle yang comel pun dah siap.Alhamdulillah.Upgrade sikit LMP punya dekorasi blog.Comel kan?saya order dari kenalan di Jeddah: Nor Abdullah
Finally,hari Khamis yang lepas beraya dengan Kak Farah (yang pernah dikenali dengan lagu Hits: BAGAIKAN PUTERI suatu masa dahulu) di taska anak saya.Sempat exchange bussiness card dengan beliau and Kak Farah bagi goodies kat saya lagi =) .So saya nak promote sikit bussiness Kak Farah,bole CLICK DI SINI
Sekian perkongsian cerita setakat ini.Selamat Berhari Raya bersama insan tersayang.


Wednesday, 1 August 2012

Our Second Giveaway

Before I talk about our second giveaway, let see our very 1st giveaway which was on June 28. The giveaway consist of 2 products of Little Muna's Playhouse: Captain Calamari Softbook and Hot Perfume,car perfume.The lucky customer was Didy Fadelle from Subang.Didy was our very fist customer masa kami mula2 menjual educational toys ni.Thanks Didy =)
Ok.second giveaway..lagi gempak!see below picture 
Busy Thomas RM32
ABC Musical Mat RM40
Olivia The Owl RM29
TOTAL of RM101

At the end of July, we marked our 2nd month anniversary and were pleased to share the 'rezeki in the month of Ramadhan' by lucky draw giveaway to 1 lucky customer who bought from RumahKedai/Little Muna's Playhouse (starting from 25/6/2012-31/7/2012)

Panel lucky draw kami adalah ibu kepada Encik Nazim Abdullah iaitu Datin Che Seripah.hehe!

Today 2nd of July,
we are happy to say that we have a winner for our lucky draw...congratulations to Noramin Mokhsen and Mimie Salmi..
And more lucky draw awaiting customers every month (insya Allah). Stay engaging with Little Muna's Playhouse.

Ini dia muka happy Encik Noramin Mokhsen, pemenang lucky draw.Nampaknya asyik orang MAS ja yang menang.Habis,dah ramai orang MAS yang beli,higher chances to win (maths!).
TAHNIAH!
 

p/s: Saja nak share yang doodle untuk blog dan FB cover photo dah ditempah, bussiness card tengah tunggu siap.Alhamdulillah. Sangat tak sabar tunggu dan me-war2kan pada semua =)

Saturday, 9 June 2012

Reading For baby

"Buat ape beli buku untuk baby,dia bukan pandai baca lagi". 

Assalamualaikum and hi ibu bapa prihatin di lar sana. Sesengguhnya sangat-sangat benar bayi yang berusia sebulan hingga setahun pon memang belum pandai memebaca. Oleh sebab itu,ibu bapa lah yang akan membacakan buku itu untuk anak mereka.

Bayi sebenarnya tidak memahami isi buku yang kita bacakan kepada mereka, tetapi mereka sangat terhibur mendengar suara dan bunyi-bunyi yang dilakukan oleh ibu@bapa mereka. Oleh sebab itu, ketika masih bayi, isi kandungan buku bukanlah fokus utama dalam pembacaan,tetapi si pembaca kepada bayi itu yang menarik minatnya. (Waktu ni kita bole tengok,siapa yang lebih di sukai oleh anak kita untuk membaca ;p)

Kalau bab siapa lagi syok baca buku untuk Muna;mummy lah juara. Mana tak nya..macam-macam bunyi keluar.


Tapi kalau bab bermain, mummy kalah teruk. Baba pilihan Muna
Membaca kepada bayi memperkenalkan konsep 'what is book' kepada bayi, nanti dengan sendirinya dia akan mula faham. Kenapa saya sangat tekankan membaca kepada bayi? pada saya objektif utama bukanlah terlalu inginkan anak yang genius. Saya sangat ingin bereksperimen sendiri tentang perkembangan bayi saya. Otak bayi seperti span, menyerap dengan cepat dan banyak. Tetapi belum dapat meluahkan kerana keterbatasan percakapan mereka. Tapi saya percaya,semua yang dia lihat,dengar dan rasakan akan di 'execute' bila bayi itu sendiri mula bercakap dan pandai menunjukkan apa yang dia inginkan.

Sebagai contoh, setiap kali menysukan Muna sebelum tidur,saya akan membaca buku@novel saya. Sejak akhir-akhir ini, Muna pula akan ambil bukunya dan menunjukkan aksi seolah-olah sedang membaca sepeti saya. Kadang-kadang dia akan minta saya membaca untuknya. Pada saya itu satu perkembangan yang sangat baik untuk Muna.

Salah satu sebab paling utama saya amat tekankan hal-hal membaca untuk Muna adalah....cukuplah kalau saya katakan yang ayat pertama yang malaikat Jibrail bawa ketika mula-mula Al-Quran diturunkan di dunia adalah IQRA'.

Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists)