Saturday 6 September 2014

Aktiviti Di Dapur Bersama Kanak-Kanak (Lingkungan3-4 Tahun)

Apabila bersama anak-anak dirumah,tak kira waktu cuti atau hari-hari biasa.Pastilah rasa seperti kita nak mengadakan aktiviti untuk anak kita.Sekurang-kurangnya kita dapat salurkan rasa tenaga mereka yang banyak tu ke aktiviti yang sihat dan memberi keyakinan kepada mereka.Bila kita search internet,alahai aktiviti nampak macam susah dan terpaksa membeli bahan macam-macam kat kedai kraf pulak.

Kelebihan aktiviti didapur bersama anak-anak yang akan saya tunjukkan nanti;

1. Mudah diikuti kanak-kanak am lingkungan umur 3-4 tahun
2. Menggunakan bahan sedia ada di dapur
3. Ringkas dan mudah dipantau ibu ayah
4. Boleh juga digunakan untuk aktiviti playgroup atau playdate

Berikut adalah aktiviti yang boleh dibuat;

MEMBUAT RESEPI MUDAH JEJARI COKLAT

AMARAN:Pemantauan ibu bapa amat diperlukan dalam setiap aktiviti.

Bahan-Bahan

2 keping roti
Coklat masakan
Bahan hiasan cookies seperti 'colourful rice' 

Cara membuat

1. Panaskan oven 150 darjah selama 10 minit.
2. Potong roti kepada bentuk jejari panjang dan masukkan ke dalam oven selama 15 minit sehingga roti menjadi kering seperti roti kok.

Saiz elok-elok macam jejari

3. Cairkan coklat masakan secara double boiling.

Bahan untuk beraksi nanti

4. Minta anak anda salutkan 1/2 daripada biskut jejari tadi dengan coklat dan taburkan colorful rice ke atas coklat.Masukkan ke dalam peti ais dan nikmati apabila coklat keras
Letak colorful rice dengan muka serius begini
Inilah hasilnya.Aktivit petang itu
Jom makan.Sedap


RESEPI AYAM DAN CENDAWAN

Resepi ini resepi mudah untuk yang mempunyai anak kecil.Masukkan semua dalam periuk dan tutup.Biarkan sampai masak sahaja.Jimat masa,berkhasiat.Anak-anak dan suami pun suka.Apa yang anda boleh libatkan anak 3-4tahun dalam resepi ini?

1. Membantu perap atau salut ayam
2. Membantu memasukkan bahan-bahan dalam periuk.

p/s : Hampir setiap kali saya memasak sesuatu yang memerlukan ayam diperap atau digaul saya akan panggil anak saya untuk membuatnya.Selepas itu saya akan cakap dia yang masak ayam tu.Wah..bangga sungguh mukanya ye

Bahan-bahan

1 ekor ayam dibasuh bersih
10-15 cendawan butang/shitake 
3 ketul jagung dipotong 2
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
sedikit garam,kicap,serbuk paprika,mix herbs dan minyak zaitun

Cara-cara memasak

1. Kisar bawang besar,bawang putih dan halia dan jadikan pes.
2. Perapkan ayam dengan pes tadi,kicap,garam dan paprika.
3. Masukkan ayam,cendawan,ayam dan jagung kedalam pemanggang ajaib.Taburkan mix herbs dan sedikit minyak zaitun.
4.Masak sehingga ayam lembut,cendawan dan jagung lembut

Memang sedap
Tips; Harga herbs yang dibotolkan dipasaraya adalah sekitar rm7-rm9.Costly!Saya beli di  bakery supply KEDAI BAGUS hanya kurang dari RM3

Sekian.Selamat mencuba bersama anak anda.

Promosi bulan ini di Little Munas

2 FOR RM50
POS PERCUMA KE SEMENANJUNG

2 FOR RM50
POS PERCUMA KE SEMENANJUNG
Jika berminat sms/whatsap kod 2 FOR 50 dan hantar ke 017.223.5362



No comments:

Post a Comment