Monday 12 January 2015

Aktiviti Memasak Bersama Anak [Cara Membuat Aiskrim Goreng]

Resepi Kanak-Kanak Menggunakan Roti


Disebabkan resepi ni lebih kepada resepi yang dapat dibuat dalam aktivit ibu dan anak,jadi tiada gambar-gambar makanan yang cantik.Yang ada hanya gambar aktiviti berlangsung.Kali ini kami tunjukkan cara-cara membuat aiskrim goreng .Yang bagusnya kami guna roti yang dah nak expire.Rupanya banyak kegunaan roti yg expire ni,jadi kita fikir-fikirkan dulu apa yang boleh dibuat sebelum kita simply buang je roti tu dalam tong sampah.Rujuk resepi roti expire di sini 

Cara Membuat Aiskrim Goreng

Bahan-bahan

Baha-bahan dan chef cilik

Beberapa keping roti yg nak expire
Sedikit aiskrim
Acuan karipap

CARA-CARA

Mudah dan ringkas

1-Lekatkan roti kepada acuan karipap.
2-Minta anak masukkan 2 sudu kecil aiskrim ke dalam roti tadi.
3-Lipat dan koyakkan bahagian lebihan.

Aiskrim goreng ini boleh disimpan dlm peti ais sampai keras.Bila nak makan anda goreng selama 8saat sahaja.

Finally lebihan roti tu kami makan je dengan aiskrim tadi.Dari pakai sudu dh pakai tangan pulak.Warna warni beraktiviti dengan anak

Puas dapat main comot-comot





No comments:

Post a Comment