Saya memang tak boleh lari daripada menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.Memang kemudahannya sungguh memuaskan.Tambahan raya lepas ada kempen anti-merokok di hentian-hentian PLUS.Memang saya amat puas hati.Sekurang-kurangnya ada langkah ke arah yang lebih baik.Yang masih nak buat tak paham,merokok je depan-depan banner.Buat pekak minda.Dosa pahala bukan hanya pada aurat,derhaka ibu bapa,bunuh orang.Tapi menyusahkan orang,memudaratkan orang...semua dicatat Raqib dan Atid.Selesai membebel.
Hentian yang saya suka berhenti dalam perjalanan ke Selangor adalah Ulu Bernam.Antara tarikan ibu beranak kecil macam saya di hentian ini adalah; ia tak begitu sesak macam di hentian-hentian utama.Kedua...ada restoren kegemaran kami ; TUUU DIA PAK TAM
|
Ini Tuuu Dia Pak Tam di R&R Ulu Bernam |
Restoren di Ulu Bernam menuju ke Selatan kecik sikit.Kalau di R&R Tapah (heading north)...memang besar.Orang memang tak henti-henti lah kat sini.
|
Gambar ihsan : google |
Makanan yang saya mesti makan atau bungkus adalah mee rebus.Sedap.Siap ada cucoq.Utara habis..Antara menu-menu ringan bagi yang tak nak makan berat,kami suka layan ice blended Pak Tam.Serba makneka.Cappucino,mocca,strawberry dan macam-macam lagi.Lepas tu ada roti bakar...uish!Layan sungguh kalau dah berjalan jauh-jauh macam ni.
|
Kami tapau sahaja,target sampai ke Selangor sebelum Zohor |
Saya cadangkan,cubalah menu-menu seperti mee rebus,segala macam mee rebus.Ada mee rebus sotong dan apa lagi...saya lupa.Kami bungkus nasi kuning lauk kambing hari tu.Sedap sangat.Saya nak puji packaging mereka memang tiptop.Inilah rupa nasi kuning kambing tu.
|
Set Nasi Kuning dengan kambing.Gulp! |
Sebagai orang perempuan yang minat masak.Saya memang suka menyinggah di kedai FAMA di sini.Pernah beli durian crepe keluaran IKS yang sedap sangat.Selain dari itu,kerepek-kerepek keluaran muslim,kuih tradisional dan yang paling saya suka rempah-rempah masakan yang jarang dijumpa dikedai-kedai biasa.Tapi kalau jumpa kerepek bayam.Thats totally irresistable.Memang macamana pun saya akan beli.Kerepek bayam adalah sejenis kerepek yang dibuat daripada bayam.Terkenal di utara tanah air.Susah nak jumpa kat Selangor nih.Nah,ambik sebekas.
|
Kerepek favourite |
Sekian coretan kali ni.Jangan lupa singgah di kedai Pak Tam.Tema dia "tak sedap bagitau Pak Tam,sedap bagitau kawan".
P/s : Entry kali ni tidak ditaja pun oleh Tuu Dia Pak Tam.Saya share sebab saya peminat restoren tu.
No comments:
Post a Comment