Monday 7 July 2014

Pengalaman Dan Tips Menyusu Ketika Berpuasa

Jadi ibu ni memang mencabar segala segi.Berpuasa dan menyusu juga jadi cabaran untuk ibu pertama kali atau ibu yang dah berkali-kali.Menyusu pula boleh dikategorikan kepada 2 level.Level pertama-bila bayi dibawah 6 bulan dan hanya minum susu kita sahaja.Dan Level ke-2 -6 bulan ke atas bila dia tak hanya minum susu kita sahaja.

Mana-mana level pun kita tetap kena berpuasa dan menyusu.Jom tengok tips yang anda boleh praktikkan untuk menyusu anak anda di bulan puasa.

1. JANGAN TINGGALKAN SAHUR
Jangan 'skip' sahur.Sebab dengan keadaan anda yang menyusukan bayi,mungkin anda akan menggeletar sebab tak makan sahur.Kita kan makan untuk 2 orang.Bila kita tak makan atau minum pagi tu dan hanya berikan makanan dalam badan kita kepada anak,memang boleh menggeletar dan dehidrate.Sahur dengan minum banyak air.Ini dapat membekalkan susu yang mencukupi dan menjamin kecergasan kita.Kalau kita kurang minum air dan menyusu pulak tu..siap la penyakit sembelit datang bulan puasa ni

2.BAGAIMANA NAK MINUM BANYAK AIR?
Soalan yang bagus sebab perut kita terbahgai kepada 1/3 bahagian makanan,1/3 bahagian air dan 1/3 bahagian udara kan?Takkan nak minum air je waktu berbuka.Untuk menjamin air yg mencukupi anda gantikan menu kueh-kueh berbuka dengan buah.Buah mengandungi kandungan air yang tinggi daripada kueh mueh,jadi dengan memakan buah anda dah mendapat ekstra air.Contoh buah yang boleh membekalkan air sewaktu berbuka ;tembikai,mangga masak,tembikai susu,papaya,nanas.Aish..kecur air liur pulak.Lagipun buah-buahan ni membekalkan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit untuk ibu menyusu.
Buat macam ni pun boleh

Alternatif lain adalah makan,makanan berasaskan air ketika berbuka seperti bubur lambuk.Bubur kacang,bubur jagung,serawa pisang.Sambil menyelam,minum air lah.Juga boleh makan makanan seperti bihun sup,laksa penang atau mee kuah.Kan tinggi kandungan air tu
Credit gambar :http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bubur-lambuk-kg-baru-laris-peniaga-nak-menang-tangan


3.MINUM SUSU
Jangan lupa minum susu ketika bersahur dan berbuka atau...waktu malam-malam sebelum tidur tu.Susu badan Allah dah ciptakan sempurna walaupun si ibu tak makan makanan yang sempurna.Segala nutrien dan kalsium diambil daripada badan ibu.Jadi,yg ruginya kitalah...kalau kita tak 'top up' nutrien-nutrien tu.Kang rambut gugur,gigi jarang...jangan marah kan anak.Awak yang tak top up kalsium anda.

Kalau malas sangat minum susu,buatlah horlick,ho,ho,ho..Boleh jugak cuba minuman berasakan susu seperti kopi susu,bandung dan soya cincau.

Jumpa kat Facebook

Terus cuba buat

Finally,the great way to enjoy your milk.Terus buat buka puasa tadi


4.MAKAN KURMA
Makanlah kurma.Sebab tak perlu diceritakan lagi khasiatnya bagi ibu mengandung dan menyusu.

Setakat ini dahulu.Itulah yang saya praktikkan ketika puasa kali ni.So saya akan minum kopi susu untuk berbuka nanti.Untuk makanan hari ni saya buat sup sayur dan makan buah tembikai susu.Complete meal dan sangat berguna untuk ibu menyusu.

Ramadhan Kareem & keep calm and shopping with us at www.littlemunas.com

2 comments:

  1. Tq for the tips..menariknya kopi ais susu tuu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syaz rozelt,memang menarik.tapi jgn minum banyak sgt malam2.nanti sis xboleh tiduuuuurrr.

      Delete