Tuesday 5 August 2014

Cara Mendidik Anak Mengenal Allah

Sewaktu Ramadhan dan Hari Raya, Astro Oasis menyiarkan siri Always A Traveller.Always A Traveller berkisar mengenai kemusykilan soal jawab mengenai Islam dan iman bersama Yasmin Mogahed ,penulis buku Reclaim Your Heart dan Mizz Nina sebagai pemudahcara.Anda saksikan sendiri ye di Astro Oasis,mesti merka akan ulang tayang lagi selepas ini.Banyak juga dipaparkan mengenai penghijrahan Mizz Nina,kisah suka duka beliau.MasyaAllah...kagum!







Ok,dalam siri itu saya kongsikan satu soalan dari Mizz Nina kepada Ustazah Yasmin yang saya rasa sangat bagus untuk dipraktikkan bersama untuk mendidik anak mengenal Allah sejak kecil.



Cara Mendidik Anak Mengenal Allah Sejak Kecil.


Yang menariknya Ustazah Yasmin menjawab soalan dengan memberi satu contoh atau analogi kepada kita;

Bayangkan anak kita mendapat hadiah setiap hari.Hari ni dapat coklat,esok dapat mainan...Setiap hari anak anda mendapat pelbagai hadiah yang dia suka.Dan anda katakan hadiah tu dari Aunty Sara.Setiap hari dan setiap hadiah adalah dari Aunty Sara.Tidakkah suatu masa anak anda sangat ingin berjumpa Aunty Sara? Rasa ingin bertemu sangat,ternanti-nanti Aunty Sara dan nak kenal Aunty Sara?

Begitu juga untuk menerapkan konsep ketuhanan kepada anak kita.Kata Ustazah lagi,tak perlu elakkan konsep Allah dalam perbincangan bersama anak.Didik mengikut tahap yang boleh difahami mereka.



Ini contoh yang Ustazah berikan untuk mendidik anak kecil mengenal Allah;

Terangkan kepada dengan contoh-contoh yang mudah difahami.Mereka dapat makanan yang sedap,wang yang datang untuk membeli makanan adalah dari Allah.Rezeki itu dari Allah.Dapat tidur di katil dan bilik yang selesa semuanya kurniaan Allah.Di sini kita boleh terapkan sifat Allah iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Contoh Ustazah lagi,kanak-kanak selalu tercedera kerana jatuh,naik basikal dan menjelajah.Keesokan harinya luka mereka makin baik,sakit mereka semakin sembuh.Kaitkan..Allah  yg menyembuhkan.
Percayalah...mereka dapat memahaminya setakat tahap mereka.


Sekian perkongsian Ustazah dan Mizz Nina.Yang penting ibubapa adalah orang pertama yang menerapkan nilai tauhid untuk anak.Ini contoh softbook yang saya jual untuk menerapkan nilai tauhid untuk bayi dan anak-anak.

ALLAH PENCIPTA KAMI
RM35

UCAPAN ANAK SOLEH
RM35
Untuk membuat pembelian softbook boleh sms/whatsap kod ISLAMIK SOFTBOOK dan hantar ke 017.223.5362





No comments:

Post a Comment