Monday 18 August 2014

Tips dan pengalaman membaca bersama bayi 6 - 12 bulan

Ramai ibu bapa yang sangat inginkan anak-anaknya bijak membaca.Malah sedari kecil lagi sudah didedahkan dengan flashcard,vcd dan buku-buku fonik yang dapat meransang mereka.Tahukah anda,sebagai ibubapa kita terlebih dulu harus memperdengarkan bacaan kepada bayi kita sebelum mereka memulakan langkah seterusnya.Mari saya kongsikan tips untuk ibu membaca bersama bayi 6-12 bulan;





1.Pilih waktu yang sesuai

a. Sebelum tidur

Waktu sebelum tidur merupakan antara waktu yang paling sesuai kerana sewaktu ini otak kita dan anak sedang relaks dan santai.Pembacaan menjadi semakin tenang bersama.Kalau diamalkan memang akan berupaya menanamkan habit ini sehingga mereka tua

b. Waktu santai ketika petang atau malam

Bagi surirumah,waktua santai sedikit daripada kekalutan di rumah adalah waktu petang.Manakala bagi yang bekerja,mungkin waktu malam selesai solat isyak.Waktu ini jika anda tidak melakukan apa-apa aktiviti adalah sangat rugi.Waktu senggang santai begini adalah waktu 'emas' dimana anda boleh 'make or break'.Jika anda manafaatkan waktu ini dengan aktiviti mengajar,merangsang atau berkomunikasi dengan bayi atau anak anda secara istiqamah,Insyaallah dia akan cepat memahami atau menyerap apa yang anda berikan untuknya.Jika anda 'break' waktu berharga ini secara istiqamah juga dengan bermain gajet anda,menonton tv,atau and berikan gajet untuk si kecil tonton tanpa had.Ianya berupaya menjadi habit buat anda dan mereka.

Bayi membaca diwaktu senggang

c. Sewaktu dalam perjalanan

Manafaatkan waktu dalam kereta ketika pergi dan balik nursery dengan merangsang bayi 6-12 bulan anda.Jika si ayah memandu pangku atau dudukkan bayi anda,Bacakan dengan pelbagai bunyi.Melayan pemanduan dalam kereta,contoh;apabila kereta pusing ke kanan,kita berpura-pura pusing bersamanya si kecil dan ketawa.

2. Pilih material pembacaan yg sesuai

a. Buku yang tidak merbahaya

Pilih buku yang tidak membahayakan bayi.Buku jenis apa yang membahayakan?Hardcover book yang bersaiz biasa dan bersegi tajam amat tidak digalakkan.Buku material kertas pula akan membuatkan si kecil mengoyak-ngoyak kertas dan mungkin measukkannya ke dalam mulut.Pilih buku ringan dan boleh dipegang tangan kecil ketika membaca bersamanya.Memberi kuasa memegang kepada si kecil adalah satu keganggan buat dirinya."Mama,saya dah boleh pegang buku!"Ini contoh buku kecil dan menggunakan material jenis foam.Saya panggil foambook sahaja.Boleh dapatkan foambook yang lebut dan sesuai dengan tangan bayi di littlemunas.com

Foambook ini ringan dan hanya bersaiz separuh dari tapak tangan orang dewasa

b. Warna yang menarik perhatian bayi

Soft book untuk bayi 6 -12 bulan biasanya mempunya warna-warna terang dan menarik.Warna-warna terang ini dapat menarik perhatian bayi.Prap!Terus je dia capai bila nampak warna-warna begini.Cerita-ceritanya juga mengisahkan binatang,perbuatan seharian yang boleh kita kaitkan dengan dunia kehidupan yang mereka baru mulakan selama 6bulan ini.Bagi yang muslim,seawal usia ini sudah boleh diterapkan tentang pencipta.Contoh buku yang sangat saya suka untuk dibacakan untuk bayi saya mengenai Sang Pencipta adalah buku ini

Khusyuk mendengar cerita ALLAH PENCIPTA KAMI

c. Tekstur yang menarik

Antara deria yang dapat dirangsang kepada bayi adalah deria sentuhan.Tekstur buku yang lebut,memudahkan ia dicapai dan dipegang.Boleh dibelek-belek dan tak bahaya dimasukkan kedalam mulut.Apabila mencari bahan bacaan untuk bayi 6bulan,kita akan jumpa soft book yang pelbagai tekstur dan fungsi yang boleh dipicit, di henyak dan mengeluarkan bunyi.Ada yang mempunyai cermin, yang boleh di selak dan pelbagai lagi.Ada softbook yang bertektur dengan pelbagai tekstur seperti kesat,lembut dan berbulu-bulu.Ada yang didatangkan dengan puppet seperti dalam gambar

Lihat lebih banyak di sini


.Softbook kegemaran bayi saya. Ada patung comel

3. Tone dan mood ketika membaca

a. Perhatikan mood bayi dan anda

Perhatikan bayi berada dalam keadaan relaks.Jika ada gangguan seperti kartun,boleh padamkan TV atau gajet.Mulakan dengan memancing perhatiannya.Tunjukkan buku yang anda akan baca dengan senyuman,atau bunyi-bunyi yang disukainya.Jika buku itu ada mengeluarkan bunyi seperti pet-pet..Bunyikan.Si kecil pasti tak sabar membaca bersama anda.

b. Baca dengan pelagai ekspresi dan tone suara

Baca dengan penuh ekspresi mengikut cerita yang anda bacakan.Jika kisang binatang,buat suara binatang.Mimik muka juga memberi faktor tambahan yang menjamin kejayaan membaca bersama bayi anda.Jangan lupa bergurau senda seperti menggeletek dan membaca mengikut emosi penceritaan anda.Alahai..inilah hiburan terbaik buatnya.Bukan KARTUN atau GAJET ibu!


c. 'Guide' bayi anda 

Jika buku itu bertekstur,ambil tangan comelnya dan letakkan di tekstur itu.Cerita dan guide dia untuk mengeksplorasi buku.Sesetengah softbook boleh diselak,dipicit,dilekat-lekat...bantu.Bantu si kecil beraktiviti menggunakan buku dengan optimum.Untuk muslim,kaitkan dengan penciptaan Allah.Semuanya datang dari Allah.


Pengalaman saya

Setelah saya praktikkan dengan istiqamah kepada anak sulung saya yang sekarang ini berusia 3 tahun,saya dapat melihat sendiri keajaiban ciptaan akal kepada anak kecil.Mereka umpama span yang menyerap dengan cepat sekali tanpa kita sangka-sangka.Kebolehan mereka merakam apa yang didengari sangat kita tidak perasan sehingga mereka mengeluarkan kembali kata-kata itu berbulan-bulan kemudian.Apabila memiliki adik,si kakak pula membacakan softbook untuk adik.Sebijik macam yang kita ajarkan kepadanya.Memang saya tak tersangka-sangka.Dia ingat jalan cerita,bunyi-bunyian dan ayat-ayat yang saya gunakan.

Seseungguhnya setiap sosok anak itu,tersembunyi prestasi yang besar.Tak tersangka-sangka jika diberi bimbingan yang baik.


1 comment:

  1. Info yang menarik dan berguna...jom baca entri terbaru saya..
    http://ubatpenyakitkulit.blogspot.com

    ReplyDelete