Tuesday 29 April 2014

Homeschooling dan Alkisahnya

Basuh pinggan.Comel aih..bibik kecilku

Bulan lepas saya menghadiri kursus homeschooling anjuran ABS.Antara pengisian serba ringkas adalah berkomunikasi dengan anak menggunakan teknik Nabi.Bagi yang nak mengetahui serba sedikit teknik Nabi.Boleh google dan layari blog Ustazah Siti Khadijah.


Saya ceritakan sedikit ye,Teknik Nabi adalah satu jenis dorongan untuk pekerja,anak, dan pelajar atau skop yg lebih luas lagi,merujuk kepada tauladan Rahmatan-Lil'alamin: Rasulullah SAW.Teknik-teknik ini disandarkan kepada beberapa rujukan Hadith sahih.Rasulullah,membuat teguran dengan memberi contoh yg baik sahaja tanpa perlu mengungkit atau jadikan kesalahan anak kita sebagai contoh untuk ditegur.

Contoh ringkas,situasi anak semakkan rumah
"Sayang JANGAN buat semak,baling kertas sana sini,tabur mainan!"
Teruskan dengan contoh yg baik
"Sayang,kertas kita letak disini,lepas tu mainan masukkan dalam bakul ye.Kemaskan rumah kita kalau letak macam tu"

Nampak tak perbezaan.Yg biasa kita buat adalah highlight kan kesalahan anak kita.Highlight berkali-kali dan harap dia berubah.Cuba guide dia,mungkin dia terpinga-pinga bila dimarah dan tak tahu tindakan apa yang perlu dia buat dengan mainan dan kertasnya.(tak bijak pulak tindakan kita tu).Tunjukkan terus cara yg betul.

Inilah hasilnya>> Si manis tolong ibu basuh pinggan.Silibus~Latihan Kendiri.Bonus yg saya dapat.Anak saya ni dulu asalnya.. turun je bawah pagi-pagi dia nak tengok TV.Bila dia tengok kartun,sangat susah nak diajak semula ke meja makan dan bersarapan.Jadi saya halakan kepada aktiviti lain,supaya dia lupa nak on TV.

Malam sebelumnya sebelum tidur,waktu separa sedar.Saya ceritakan mengenai pahala dan syurga serba ringkas.Bangun pagi-pagi saya beritahu dia yang mak akan bagi 30 pahala kalau dia tolong basuh pinggan.Terus dia tolong.Bukan dia basuh betul pun.Saya cuma nak dia beraktiviti dan memupuk sifat menolong ibubapa.Dia sangat confident sebab dia rasa dia boleh buat kerja orang dewasa.Puji anak,supaya dia rasa dihargai dan menaikkan keyakinannya.Lepas dari hari tu...senang je nak minta tolong dia,sebenarnya nak isi masa dia dengan aktiviti lain.


Bolehla nak suruh-suruh basuh beras a.k.a main air!
Sekian.Didoakan istiqamah.Amin..


visit www.littlemunas.com

No comments:

Post a Comment