Sunday 13 April 2014

Kanak-kanak di masjid

Saya sangat suka bawa sekeluarga ke Masjid Bukit Jelutong di Shah Alam.Semalam saya menonton rakaman halaqah di sana.

Suasana masjid sangat selesa.Saya bawa bersama anak lelaki yg berusia 3 bulan dan anak perempuan~3tahun.

Ruang solat perempuan ada di tingkat atas,lengkap dengan tandas dan tempat wudhu,jadi jika batal wudhu,tak perlu turun ke bawah dan berwudhu lagi.Bagi yang kurang tenaga berjalan.Eskalator juga disediakan untuk ke ruang solat wanita.

Jika nak bersolat di bawah,ruang solat juga disediakan.Saya selimutkan baby saya kalau didalam masjid.Sebab nyaman aircond.

Sebab ia sangat luas.Di sekita kaki lima,ruang2 solat terdapat LCD tv yang sangat besar untuk kita dapat lihat dengan jelas penceramah atau ustaz yang menyampaikan kuliah
 


Kemudahan-kemudahan yang istimewa sikit berbanding masjid lain
Sebagai mak kepada 2 orang anak.Inilah yang paling saya suka.Lepas maghrib kita boleh daftar anak kita di dewan serbaguna masjid.Daftar dan anak-anak akan dipakaikan name tag.

Sebab ada volunteer akan buat aktiviti kepada kanak2 yang datang ke masjid.Subhanallah,baguskan?Bukankah anak-anak ini akan lebih gembira pergi masjid.

Ramai sungguh kanak-kanak.Mereka di asingkan kepada beberapa kumpulan mengikut peringkat umur.Dan juga aktiviti adalah sesuai dgn umur mereka.Jajan seperti mashmellow dan.biskut disediakan.Sticker book,hadiah2 kecil dan comel juga diberi kepada setiap kanak.

Sementara ibu bapa boleh ke dewan solat untuk mendengar kuliah dan solat.Anak dah terjaga and having a blast ♥♥♥♥♥ Beribu-ibu kali saya suka!



Meriah.Aktiviti mengikut peringkat umur anak anda




Lepas selesai kuliah dan solat,dok sat di kaki lima masjid.Tengok tu,happy sangat anak saya dan rakannya dengan hadiah masing-masing daripada aktiviti tadi.

Yang si tembam tak tidur2 lagi.Hasil kerja aktiviti anak saya dan rakannya.Hehehe!

Saya tak pasti samada aktiviti kanak-kanak dibuat setiap hari atau tak.Tapi yang saya pasti setiap Jumaat malam sewaktu slot kuliah Ustaz Haron Din,aktiviti untuk kanak-kanak memang ada.

Jangan lupa terapkan nilai bersedekah kepada anak-anak kita bila ke masjid.Beri dia duit,banyak atau sedikit untuk dia letakkan sendiri di dalam tabung derma.

Wallahua'alam sekadar berkongsi ♥♥♥♥

Happy dapat hadiah dan dapat makan
Ini poster aktiviti kanak di masjid Bukit Jelutong



Bukan main 2 orang model cilik posing untuk jubah glitter dusty pink.Comel tak?Seronok betul diorang dapat hadiah lepas join aktiviti di masjid Bukit Jelutong.

Jika berminat boleh tengok corak jubah glitter di facebook kami http://tinyurl.com/jubahglitter
Bukan main posing,padahal dah ngantuk sangat

No comments:

Post a Comment