Wednesday 14 May 2014

Aktiviti kanak-kanak - Memasak Cornflakes Coklat

Mengelakkan aktiviti petang yang bosan seperti membiarkan anak depan TV secara tidak dikawal amatlah merugikan.Jadi berpenat lelah lah saya dipetang hari mencari idea untuk aktiviti untuk anak saya.

Minggu lepas masih berbaki coklat masakan jenama Van Houten dalam peti sejuk.Juga sedikit cornflakes baki projek biskut beberapa minggu yang lepas.Saya ajak dia ke dapur.Resepi ini sangat mudah ye,kerana anak anda yang akan buat.Bukan anda.hehehhe!



Resepi Kanak-Kanak [Coklat Cornflakes]
Bahan-bahan

1 coklat masakan jenis bar
Cornflakes mengikut kesesuain kuantiti coklat
Cup untuk meletakkan cornflake
Colourful sugar rice untuk menaikkan seri coklat cornflakes si kecil anda

Cara-cara
1.Ibu bantu mencairkan coklat masakan secara double-boil.
2.Siapkan bekas berisi cornflakes kepada anak anak.
3.Minta dia menyusun cup sendiri.
4.Kemudian masukkan coklat yang dicairkan ke dalam bekas berisi cornflakes.Minta si kecil gaulkan untuk melatih dan memperkemas motor halusnya.
5.Kemudian selepas semua cornflakes disaluti coklat,minta sikecil isikan ke dalam cup.
6.Hiaskan dengan sugar rice bewarna-warni supaya nampak lebih menarik.
7.Sejukkan di dalam peti sejuk.

Bila coklat dah mengeras,enjoy the chocolate with your kids.Berikan pujian atas setiap usaha ketika dia membuat biskut.Sambil makan,ambil tahu emosinya.Katakan ini hasil yang dibuatnya tadi.Mesti dia sangat gembira.Toin-toing...keyakinan dirinya meningkat berganda-ganda.

Selamat mencuba.

Layari www.littlemunas.com


No comments:

Post a Comment