Wednesday 23 April 2014

Resepi Cloud Dough : A.K.A No Bake Playdough

Gambar ihsan : google


Salam semua.Esok dah Jumaat,semangat ye nak cuti weekend.Hasil dari sembang-sembang dengan kawan kawan saya,saya baru terjumpa lagi satu resepi playdough.Ia dipanggil cloud dough sebab lembut sangat...Lagi lembut dari resepi playdough biasa.Jadi,semangatlah saya buat cloud dough untuk anak saya main.


3 bahan sahaja diperlukan


Bbahan sahaja: Conditioner rambut,tepung jagung dan pewarna makanan pilihan anda.Campur ketiga2 bahan dan gaul sampai andai dapat tekstur yg anda mahu.Senang sangat.Buat dalam bilik air pun boleh siap.


Saya buat warna biru minggu lepas.Lepas tu anak saya main sakan!Yang penting cloud dough ni senang sangat nak dibuat dan tak bertoksin.Anak-anak memang suka main playdough.

Selamat mencuba dan rajin-rajin melawat www.littlemunas.com



Main tak ingat mak terus


Gambar ihsan: google

2 comments:

  1. tahan berapa lama eh? biasanya play doh tu cepat kering lah....anak2 jenis suka biarkan terdedah bila x main

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan 1-2 hari je,lepas tu tekstur dia tak berapa elok untuk main.Kalau nk tahan lama lagi,simpan dalam plastik dan masuk peti ais

      Delete