Sunday 13 July 2014

MASJID MESRA KANAK-KANAK

Masjid mesra kanak-kanak.Seronok dengarkan ibu-ibu.Saya dah ceritakan dalam artikel ini - kanak-kanak di masjid.Kali ni saya nak cerita sikit mengenai aktiviti kanak-kanak di masjid ketika bulan puasa.Anak saya,sangat suka bila saya sebut nak ke masjid sebab dalam fikiran dia masjid tempat bermain!Ada aktiviti,macam-macam,dapat hadiah dan sangat luas.Saya rasa sangat seronok.Sebagai kanak-kanak dia dah mula fikir masjid adalah tempat yang menyeronokkan.Kalau kita baja-baja lagi fikiran dia,saya doakan supaya dia menjadi generasi cinta masjid.Amin..


Sebab apa dia suka sangat?Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah dan doakan jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong terutamanya guru dan sukarelawan Kids' Corner.Mereka mengorbankan waktu bertarawih dengan mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak 2-12tahun supaya ibubapa lain dapat berjemaah dengan tenang.Allah sahaja dapat membalasnya.

Jom tengok apa aktiviti untuk kanak-kanak setiap malam di bulan Ramadhan di masjid ini.
Aktiviti lekat-lekat
Mula-mula kita masuk dan register dulu.Dapat pelekat nama tu.Lepas tu dapat buat aktiviti mengikut stesen dan umur.Anak saya pergi ke stesen lekat-lekat dulu.Dapat juga sticker bulan dan bintang.Lepas habis dan penuh dia lekat-lekat.Bagi kepada cikgu dan cikgu akan keringkan.Sementara tu anak saya dan kawannya boleh main LEGO [original].Macam-macam lah diorang buat.Kanak-kanak lelaki saya tengok memang kreatif.Buat lori,kapal terbang.Yang perempuan tak kurang hebat...buat rumah ada pokok-pokok bunga lagi.Bagi kanak-kanak lebih kecil,brick block yang lebih besar juga disediakan untuk bermain dan 'sorting activity'.

Buat kamera katanya..
Bila kertas dari aktiviti lekat-lekat dah kering.Cikgu tolong gam dan buat topi.Tengoklah gelagat dia.Siap dapat bawak balik lagi.Birthday hat katanya.
Princess lah sangat..
Ni gelagat kanak-kanak lain.Aktiviti dibahagikan ikut umur.Kalau besar sikit ada aktiviti sudoku,buat puzzle,maze dan macam lagi.Kadang-kadang ada aktiviti kuiz dan dapat hadiah.
Seronok kanak-kanak.Ada kakak jaga adik.Baik betul
Letih juga cikgu nak buat aktiviti setiap hari.Belum kira preparation untuk buat art activity,beli goodies dan lain-lain lagi.Jadi selang sehari ada tayangan kartun.Movie night.Ada malam dapat popcorn.Semalam dapat yakult.Anak saya tengok cerita The Croods semalam.
Bila part kelakar,budak-budak ni gelak2.Lawak sungguh
Lepas berterawih dan main.Kita moreh dulu.Noura tambah kuey teow 2 mangkuk kecik.LAPAQ KA MAIN...?

No comments:

Post a Comment