Wednesday 16 July 2014

#GazaUnderAttack 2014

Ada 3 golongan yang 'so dear to my heart' selain keluarga saya; Saudara Palestine, anak yatim dan orang yang sakit kanser [kerana arwah ibu meninggal kanser ovari].Hari ni saya nak berkongsi mengenai video ringkas,educational dan sangat mudah difahami mengenai Israeli Occupation in Palestine dan apa yang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang.

Bagi ibu ayah yang ada anak-anak yang mungkin bertanya mengenai konflik ini,mungkin video 6minit secara animasi ini dapat 'educate' mereka.Atau sesiapa sahaja yang masih tidak faham mengenai Israeli Occupation in Palestine.

Di sini saya sertakan petikan kata-kata Ustaz Dr Zaharuddin dalam Fb beliau yang beliau ulas bersama dengan video ini;

Tonton video animasi ringkas ini untuk fahami apa yang berlaku di tanah Palestine yang dirampas dan dicerobohi.

Menjadi kewajiban ke atas umat Islam untuk membantu rakyat Palestin yang sedang dizalimi Yahudi Zionis ketika ini.

Digalakkan 
sangat memberi bantuan kemanusiaan seperti ubat-ubatan dan perkhidmatan doktor. Jika tidak mampu pergi secara fizikal, boleh menghantar bantuan kewangan dan barangan melalui NGO-NGO yang dipercayai dan berpengalaman.

Jika tidak mampu juga, boleh melaksanakan boikot terhadap produk syarikat yang mempunyai kepentingan langsung dengan Yahudi Zionis & yang menyokong mereka, selain mengirimkan doa dan mengadakan Qunut Nazilah pada waktu-waktu solat biasa termasuk pada solat Zuhur dan Asar.

Follow Fb di sini >> Dr Zaharuddin

Dibawah adalah media sosial dan mass media yang saya ikuti;

Antara Facebook NGO yang menyediakan live update mengenai Palestine
1 - Aman Palestin Official
2 - Aqsa Syarif

Mass media ; TV Alhijrah di slot Assalamualaikum memang menyediakan update terkini dari Gaza setiap hari.Qunut Nazilah dibaca setiap kali slot bermula.Panggilan telefon kepada Dr.Wesam dan wakil-wakil Palestine hampir setiap hari.Berita Alhijrah pula menggunakan istilah 'syahid' untuk mereka yg terkorban.

Instagram yang anda boleh follow;

1- nurhelizahilmi [Heliza Hilmi memang sangat aktif mencari dana untuk Aman Palestine dan menyediakan update dan poster di instagram beliau.Keep on repost]
2- usrahsuci [founder Yatt hamzah yang memang aktif]

Pengguna instagram juga boleh hashtag #savegaza #pray4gaza #weareallgaza #kullunagazzah #bebaskangaza #gazaunderattack #operasibadar #peduliummah.


Selamat membantu dengan cara sendiri.Insyaallah,setiap kebaikan kita dicatat.Amin dan teruskan berdoa.

Doa anak-anaku.Saya ajar anak berdoa untuk kawan-kawannya di Gaza.Mungkin doa si kecil makbul.


No comments:

Post a Comment