Thursday 9 October 2014

Pengalaman Saya 'Potty Train' Anak Saya [Umur ;3tahun]

Salam.Jika anda menjaga anak sepenuh masa,potty training period adalah antara waktu paling mencabar bagi saya.Saya mohon pada Allah diberi keampunan kepada saya kerana memarahi anak mengikut emosi ketika proses ini berlangsung.Ya,saya jadi MOMSTER!Sesungguhnya bukan salah mereka,tapi kebanyakan ibu bapa marah kepada anak-anak disebabkan faktor luar,seperti letih menguruskan rumah tangga,tak mendapat perhatian suami,stressdi tempat kerja dan lain-lain [menurut survey Prof Rozieta Shaari].Kembali kepada tajuk tadi,saya klasifikasikan anak saya berjaya 'potty trained' Level 2 dah sebab dia sudah tak perlu memakai pampers walaupun dalam perjalanan jauh seperti balik kampung.Alkisahnya begini

Gambar Ihsan ;http://www.parents.com

POTTY TRAINING LEVEL 1

Saya klasifikasikan mengikut level adalah berdasarkan pandangan individu iaitu saya sendiri.Semua kisah dibawah berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya.Sengaja juga saya letakkan level supaya saya merasa saya berjaya mencapai sesuatu tahap dan memotivasikan diri ke tahap seterusnya.

LEVEL 1 : Bebas lampin hanya sewaktu di rumah dan bersama ibu.
LEVEL 2 : Bebas lampin ketika dirumah dan di luar [ketika outing dan dalam perjalanan jauh].Masih menggunakan lampin ketika tidur
LEVEL 3 : Bebas lampin 100%

Bagaimana saya memulakannya?

Niat

Mulakan sesuatu dengan niat kerana Allah.Kerana nak mendidik anak berdikari,lebih bersih dan bebas lampin.Nanti bila marah-marah,semak niat anda balik.Bukan sekali-kali kerana penghargaan manusia

Beritahu ahli keluarga yang lain

Beritahu ahli keluarga yang lain bahawa anak kita ini dalam proses 'potty training'.Supaya mereka memberikan kerjasama seperti ingatkan si kecil untuk ke tandas.Priority ke tandas diberikan kepada anak.Yelah...tak nak kang terburai tumpah ke lantai.Jenuh.Dan mungkin memerlukan kerjasama mereka membersihkan kencing [letih nak bersihkan tu..]

Ajar anak anda apa yang dia perlu buat

1. Terangkan kepada anak

Terangkan yang anda akan melatihnya membuang air dalam tandas.Tak perlu guna lampin lagi.Terangkan sebabnya,ibu nak adik buang air dalam tandas,lebih bersih.Adik dah besar.Orang yang dah besar buang air dalam tandas.

2. Beritahu apa yang dia perlu buat.

Maksudnya,selepas membuang air kecil dia mesti basuh private part,tempat kencing,tangan dan kaki supaya bersih.Ulang dan ulang supaya dia ingat dan akan buat pada masa akan datang.Cara penceritaan sangat senang.Kadang-kadang kanak-kanak bila kita terangkan sesuatu..masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Anda boleh cuba kaedah 'social story'.Kaedah ini biasanya digunakan kepada kanak-kanak istimewa autism.But it works very well with  my daughter.Ini contoh social story mudah

Sumber ;http://treasuresinthedust.com

3. Pergi ke tandas setiap 2 jam

2 jam sekali.Ingatkan yang dia perlu membuang air kecil.Sentiasa perhatikan jam dan waktu dia minum.Istiqamah selama 2 minggu,Insyaallah kemudian dia pandai mengagak sendiri waktu dia ke tandas.Perlu untuk pergi ke tandas setiap kali bangun tidur


4. Puji dan berikan kata-kata semangat

Bila dia berjaya lakukannya,puji dan beritahu yang dia sangat pandai.Nanti adik ulang lagi ye macam ni.Insiden kencing je merata berlaku juga...masa ni,ibu mesti istighfar dulu sebelum marah.Supaya kita marah pada tempatnya dan tidak berlebihan.Ada yang buat chart dan reward anak.Saya tak buat chart.Tapi bila anak berjaya lakukan saya pada hari tu saya akan telefon ayahnya minta belikan aiskrim bila pulang nanti,sebab anak dah buat dengan baik hari tu.Pastikan dia dengar pujian anda kepada ayahnya ketika bercakap telefon.

Sediakan potty gadjet yang sesuai dengan anak dan rumah anda

Saya belikan anak saya potty ladder training.Actually saya jual gajet ni.Namanya potty ladder training.Keistimewaannya sebab anak saya boleh naik sendiri ke toilet bowl bila dia nak buang air.Kita tak perlu angkat dah.Umur 3 tahun dia tak begitu tinggi untuk naik ke toilet bowl.Lepas tu senang sahaja nak lipat dan letak ke tepi bila orang dewasa pula nak gunakan tandas.
Gambar Ihsan;Aliexpress
Cara nak pasang pula saya tunjukkan dibawah.Senang sahaja.Tak perlu screwdriver bagai.Memang dia siap-siap letak dah dalam kit ni.

Memang mudah.Saya mula-mula ingat nak beli jenis mini potty.Tapi saya takut saya tak sempat buang nasjis tu sebab anak saya yang kedua masih perlukan perhatian.

Alhamdulillah dalam 2 minggu anak saya berjaya ke tandas untuk buang air kecil dan besar.Lepas 2 minggu tiada insiden terkucil.Maka dia berjaya mengharungi LEVEL 1 POTTY TRAINED!Jadi dalam masa 2 minggu dia memang tidak memakai lampin di rumah.Pengalaman LEVEL 2 akan saya kongsikan pada episod akan datang.Insyaallah


Jika anda berminat membeli potty training ladder ni.Boleh hubungi saya di 017.223.5362
HARGA RM63

Shopping educational toys di sini https://www.facebook.com/littlemunas

No comments:

Post a Comment