Sunday 12 October 2014

Playgroup Percuma Di Rumah

Alkisah dan perkongsian playgroup sukarela di rumah

Bertitik tolak apabila playgroup anak saya tidak lagi beroperasi di sekitar kawasan rumah saya.Saya tercari-cari aktiviti mingguan untuk anak saya bersosial,bermain,berinteraksi dan mengasah kreativitinya.Selama 9 bulan selepas saya mengambil keputusan bekerja dari rumah,anak saya hanya bermain dengan anak kepada rakan saya.Mereka bermain seminggu sekali secara playdate dan tiada bimbingan spesifik.Selepas menyertai SEMINAR AJAR ANAK MEMBACA oleh team Puan Nik Eliani,saya nekad menganjurkan playgroup secara sukarela di rumah.Di bawah saya kongsikan bagaimana saya menganjurkan playgroup.

Gambar ihsan;http://www.frcec.org/

Pengalaman menganjurkan playgroup [bukan panduan]

1. Rancang tarikh,masa dan lokasi

Saya memulakannya secara individu,maka mulakan dengan kumpulan yang kecil.Saya perlu merancang tarikh dan waktu untuk playgroup.Kali pertama saya anjurkan adalah pada hari Rabu dan cuma 2 kanak-kanak termasuk anak saya sahaja.Tak ramai yang dapat sertai.Jadi kami anjurkan kali kedua pada hari Sabtu,Alhamdulillah seramai 4 keluarga datang ke rumah kami untuk menyertainya.Lokasi;pilih lokasi yang luas.Jika menganjurkan di rumah memang perlu diketepikan perabot [memerlukan komitmen yang tinggi!].Mungkin boleh berbincang dengan guru taska tempatan untuk mengadakan playgroup di hall mereka yang agak luas.Sama-samalah kena 'chip in'..lagipun playgroup inikan sukarela.Angan-angan saya nak anjurkan di masjid atau surau.Terbaik!Itu yang saya sedang usahakan.

2. Rancangan aktiviti playgroup

Aktiviti dan pembahagian masa?Bagaimana tu.Saya rancang aktiviti dalam masa sejam ke sejam setengah.Sebab kalau overshooot,mesti ada yang bosan dan tak nak fokus dah.Yang start bebai pun ada.Hehhe!Nama pun kanak-kanak...Saya cuma buat 2 aktiviti; bercerita dan art activity.Nampak macam simple dan sekejap sangat.Cuba buat dalam palygroup.Sejam juga tu.

3. Hebahan

Hebahan memang sangat penting.Nanti anak kita main sorang-sorang pulak.Hebahkan di FB,fan page dan pada kawan-kawan.Cari rakan-rakan ibu disekitar rumah.Buat poster ringkas menggunakan apps di smartphone je.

4. Kerjasama ibubapa yang lain.

Disebabkan playgroup ini dibuat secara sukarela,saya tak kenakan bayaran.Jadi saya syaratkan ibubapa sertai bersama.Bukan tinggal je ye!Sebelum memulakan aktiviti saya minta ibu bapa bawa barang untuk art activity jika perlu seperti gam dan gunting.Nanti kalau dah besar dan ramai yang komited kita chip in dan boleh bincang&rancang aktiviti bersama-sama.At this stage saya masih mencari rentak dan pengalaman

Yang seronoknya bila kawan-kawan saya bawa makanan untuk dikongsi bersama.Ukhwah sungguh.

Playgroup sessi pertama [ First week of October-Rabu]

The first time is always the hardest!Saya pun tak tahu mana nak mula,Hanya anak saya dan anak rakan saya.Jadi kami mulakan dengan sesi bercerita.Kali ini dibacakan oleh suami rakan saya,Encik Ariel.Santai sahaja sebab 2 orang.Kami ceritakan buku THE VERY CRANKY BEAR.Dalam buku tersebut ada watak sheep.Watak ini akan dimasukkan pula dalam aktiviti seterusnya.

Sessi bercerita.Santai!
Kemudian saya adakan sessi seni.Kami sama-sama buat sheep.Gunakan pinggan kertas,kertas bewarna hitam,gam dan gunting.Ini contoh yang saya google.
Gambar ;http://ourcraftsnthings.com/category/animals/page/2/
Ini versi playgroup kami.Mula-mula kami letak gam pada pinggan kertas dan lekatkan cotton ball padanya.
Jari-jari comel
Kemudian ibu-ibu siapkan bentuk muka,kaki dan mata biri-biri kita.Minta anak-anak lekatkan.
Lekat sendiri.Ibu tak nak tolong
Akhirnya..2 muka yang gembira.Cantik atau tidak bukan perkara pokok.Kegembiraan dan pelajaran yang dikutip adalah yang paling penting.
Biri-biri ke tuan biri-biri yang comel?
Alhamdulillah.Selesai sessi pertama.Sessi kedua pun berjaya dianjurkan pada 11 October lepas.Belum sempat update.Terima kasih kerana membaca.

=============== IKLAN=======================

Minuman koko malt memang dah jadi keperluan dalam gaya hidup kita dah.Ada minuman koko malt alternatif sekarang~REEVO.Harga kompetitif.

Komen-komen dibawah boleh terangkan rasanya ye.Minggu depan saya akan mula edar di kedai Insyaallah.Warga MAS boleh beli kat Airmart.Warga Subang boleh serbu Hazam Frozen atau call je saya terus.

+ 3 IN 1 (15sachet) RM14
+ Family pack 900gm RM14.50
+ Bussiness Pack 2kg RM30

P/s: POS ke Semenanjung RM7.20 untuk 3 pack ke atas.Sangat berbaloi.Boleh kongsi2 order satu ofis.

Sms/pm/whatsap kod REEVO dan hantar ke 017 223 5362
Testimonial minuman coklat REEVO

Testimonial rasa coklat REEVO

Minuman coklat jenama REEVO


No comments:

Post a Comment