Ilmu-ilmu dibawah saya kutip dan ambil ketika Seminar Ajar Anak Membaca Awal pada 23 September lalu di Shah Alam
Bagaimana merangsang pendengaran bayi?
TIPS 1:MENCARI BUNYI
Dari dalam rahim ibu bayi sudah mula mendengar.Sebab itu bagi muslim digalakkan memperbanyakkan membaca Al Quran ketika mengandung.Sebaik sahaja dilahirkan.Si kecil di azankan.Pendengaran si kecil berkembang lebih awal berbanding penglihatannya.Pada gambar slide Puan Eliani di bawah antara rangsangan pendengaran bagi bayi adalah mencari bunyi.
Caranya,mainkan rattle di kiri atau kanan.Depan,belakang dan mana-mana sahaja dan lihat respon bayi sambil bermain dengannya.
Tak perlu beli rattle mahal atau berjenama.Anda boleh buat sendiri.Ambil bekas air mineral atau mana-mana bekas yang sesuai.Masukkan kacang hijau atau beras atau syilling.Atau apa2 sahaja mengikut kretiviti ibu untuk menghasilkan pelbagai bunyi.
Caranya,mainkan rattle di kiri atau kanan.Depan,belakang dan mana-mana sahaja dan lihat respon bayi sambil bermain dengannya.
Tak perlu beli rattle mahal atau berjenama.Anda boleh buat sendiri.Ambil bekas air mineral atau mana-mana bekas yang sesuai.Masukkan kacang hijau atau beras atau syilling.Atau apa2 sahaja mengikut kretiviti ibu untuk menghasilkan pelbagai bunyi.
Saya dah cuba buat tadi.Letak beras dan beberapa objek lain dan goncang2kan untuk si kecil.Seperti dalam gambar.Akak dia pulak goncang lebih-lebih..macam boria dah!
TIPS 2: MENYANYI KEPADA BAYI
Nampak macam tiada kesan kan.Tapi ini antara ransangan paling menakjubkan. Masih ingat lagu-lagu orang tua dulu-dulu kepada bayi.Contohnya lagu Tepuk Amai-amai,Udang Gamit sambil tutup buka tangan dan lagu Ting-ting Dalam Cupak.Semua ini diiringi ransangan kepada koordinasi tangan bayi anda.Video ihsan; Youtube
Tepuk Amai-amai
Memang saya selalu main tepuk amai-amai dengan anak.Tapi saya tak sangka yang koordinasi tepuk amai-amai tu memerlukan proses yang lama sebelum bayi saya dapat kuasai.9 bulan,baru dia boleh tepuk sendiri.Syabas!
Lagu Dukung Adik
Lagu ni saya belajar semasa seminar Ajar Anak Membaca.Balik saya selalu buat untuk anak saya.Lepas tu dia suka sangat dan enjoy.Kakak dia asyik suruh saya nyanyi sambil dukung adik.Tersenyum-senyum dia bila saya nyayi sambil dukung.Nyanyi dengan irama London Bridge,sambil dukung mengikut lirik;
Dukung adik* ke kanan,
Ke kiri ke kanan,
Dukung *adik ke kanan dan ke kiri
Angkat *adik ke atas ke bawah,
Ke atas
Angkat *adik ke atas dan ke bawah
*Ganti perkataan adik dengan nama bayi anda.
Lagu Ulat-Ulat
Lagukan dengan irama Air Pasang Pagi
Ulat-ulat adik* [PERBUATAN RANSANGAN:tunjukkan jari telunjuk pada tapak tangan bayi]
Pusing dalam taman [PERBUATAN RANSANGAN;pusingkan berbentuk bulatan pada tapak tangan bayi]
Jalan-jalan-jalan... [PERBUATAN RANSANGAN;Buat seperti ulat berjalan bermula dari tapak tangan dan terus ke ketiak]
Masuk dalam longkang! [PERBUATAN RANSANGAN;Geletek ke dalam ketiak]
Kelakar,menghiburkan dan merangsang bayi anda.Sila cuba!
TIPS 3: BERBUAL
Ransangan paling murah dan mudah.Berbual dengan perkataan yang baik.Kerana setiap perbualan anda diserap oleh bayi.Dia menyimpan 'vocabulary' dan nilai-nilai anda ketika berbual.Selalu berinteraksi dengannya.Pasti berlaku sesuatu yang amat mengagumkan.
~Sumber: Seminar Ajar Anak Membaca
SEMINAR AJAR ANAK MEMBACA AWAL
Bagaimana mendaftar?
Hantarkan nama,email dan no telefon anda kepada saya di ROSLINA 017 223 5362,kemudian saya akan bagi maklumat untuk anda membuat pembayaran dan mengesahkan pendaftaran anda.
No comments:
Post a Comment