Saturday 28 March 2015

Scented Playdough Recepi [Aktiviti Kanak-kanak 4 tahun]

Resepi Scented Playdough


Kali ini saya buat resepi playdough wangi.Biasanya tak berbau.Kali ni kita bagi anak saya yang 4 tahun tu bau wangi-wangi sikit.Aktiviti ni sesuai dengan usia 4 tahun kerana waktu usia begini mereka dah mahir skill uli-menguli dan mereka akan membuat sesuatu berdasarkan apa yang mereka lalui sebelum ini.Anak saya yang 4tahun tu akan bancuh dan buat playdough sendiri [atas pemantauan saya] sebab dia dah biasa sangat buat sendiri palydough dia tu.Yang umur setahun akan main 10 minit je.Tak kena dengan umur lagi...

Bahan-Bahan

Secawan kecil lotion [yang anda tak pakai berkurun lama,tapi sayang nak buang]
Tepung gandum

 Cara Buat

1. Tuang lotion ke dalam mangkuk,
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur seperti playdough.
3. Titikkan pewarna makanan untuk mendapat palydough yang bewarna. [Mula-mula anak saya buat yg putih sahaja,petang tu dia mula campur warna dan buat adunan bewarna warni]
4. Main lah sehingga jemu =)

Kreativiti berkembang dan sel-sel otak berhubung

Buat waffle katanya,sebab sehari sebelum tu kami makan waffle

Pizza in the house
Selamat mencuba.Jangan jemu-jemu bermain!
==================================
Shopping jubah raya 2015 di sini >> Jubah kanak-kanak 2015


 

No comments:

Post a Comment