Wednesday 18 February 2015

Telekung yang comel lagi selesa [Segmen Review Produk]

Saya Pengguna,Saya Suka Telekung Dwiwarna

Kali ni saya nak review telekung kanak-kanak.Sebab saya gunakan untuk anak saya yang berumur 4 tahun.Size M memang nampaknya sesuai 4-8tahun.Apa yang saya suka?Haruslah warnanya dulu.Sebab warna ini menaikkan semangat anak kita.Tambahan solat belum menjadi kewajipan mereka,jadi kenalah memikat dengan warna.

Untuk anak saya dia pilih sendiri warna telekung dia.Kemain!Terus-terus mengaku telekung dia.
Tengoklah aksi dia buat.Cute!
Warna dua tone.Ada highlight di dagu,kepala dan renda.Dia rasa yakin sangat kalau nak ke masjid.Kalau ke masjid sekarang,bawak telekung,dia akan solat di tepi saya.Dulu tak de telekung pun dia solat jugak..sekarang semangat sikit.

Sebagai ibu yang saya suka,pengikat kepalanya adalah jenis getah.Sebab apa?Senang anak kita pakai tanpa bantuan kita.Kalau yang kena ikat tu...dia perlu minta bantuan.Habis review produk ni,Saya guna,saya suka dan saya jual.

Saya nak tunjuk pulak gambar-gambar dari pelanggan saya yang lain.


Adik beradik ceria dari Perak sebab ibu mereka janji nak upgrade telekung.Comelkan?

Seorang ayah dari Sepang belikan untuk puterinya.Sebelah kanan gambar katalog,kiri gambar adik comel.

Ini hadiah dari ibubapa kepada anak perempuan mereka.Semasa kami buka booth sempena Maulid Akbar di Masjid Bukit Jelutong.Datang fitting dan terus ambil yang berkenan.Tersentuh hati saya tengok.Besar harapan ibu bapa supaya anak2nya cukup solat 5 waktu hingga akhir hayat.

Beberapa hari lepas pos saya tanya samada pelanggan saya dah dapat atau belum,dia bagi gambar comel ni..anaknya pakai untuk trip ke masjid.

Ini feedback dari ibu yang beli untuk kembarnya.Gambar sebelah kanan pulak display telekung di kedai kami.Boleh datang dan fitting di Butik About Umi&Baby,Subang Bestari atau secara online.

#sayasukasayareview

BELI TELEKUNG SECARA ONLINE DI SINI >> TELEKUNG KANAK-KANAK 2015


2 comments:

  1. Comelnya telekung ni.. T Amani dah besar boleh belikan. Jemput singgah hannahvitashoppe.blogspot.com

    ReplyDelete