Mesti ramai ibu-ibu especially yang baru habis berpantang dan mahu kembali ke tempat kita mencari rezeki dengan menaiki kapal terbang tertanya-tanya macam-macam soalan pasal topik ni.Mungkin jugak yang nak bawa anak melancong atau ke mana sajalah.
Saya menulis berdasarkan pengalaman, pembacaan dan latar belakang saya sebagai jurutera pesawat.Sebenarnya tiada had umur minimum bagi sesorang kanak@bayi untuk menaiki pesawat.Jadi jangan risau sekiranya anda baru bersalin dan nak bawak anak balik kampung menaiki pesawat ye. Yang dirisaukan adalah keadaan anak dalam pesawat je sebenarnye. Nangis ke? Buas ke? Lari-lari ke? Atau TIDUR (pheww...lega!)
1. Persediaan kelengkapan anak.
Bawa hand-luggage yang mempunyai kelengkapan untuk menukar lampin sekiranya perlu. Saya rasa saya tak perlu terangkan lebih sebab setiap ibu bapa dah pun arif dengan apa yg perlu dibawa.
Beg yang cute.Buy HERE! |
Selain dari itu,sekiranya anak kita masih kecil, 2 tahun ke bawah..dia masih lagi dalam kategori INFANT.Bermaksud bayaran kepada syarikat penerbangan adalah separuh harga (berlainan mengikut polisi syarikat penerbangan) dan berkongsi tempat duduk dengan ibu/penjaganya. Sekiranya anak anda berumur setahun kebawah, sememangnya dia akan duduk di pangkuan anda.Tapi bagi anak yang sudah setahun ke atas dan badan dah panjang,ini agak melenguhkan ibu,tambahan kalau flight lama.Jika penumpang lain duduk disebelah kita,mungkin dia terganggu dengan kaki anak kita yang terjulur ke tempat duduknya. Jadi, rancang perjalanan anda seawalnya. Beli tiket bukan pada waktu puncak (waktu puncak adalah ketika waktu 7-8am, ketika bussiness traveller banyak menaiki pesawat, 4-7pm waktu ideal orang menaiki peasawat untuk pulang ke kampung selepas waktu kerja@mensyuarat).
Waktu bukan puncak pula ketika awal pagi pada hujung minggu dan penerbangan terakhir setiap hari.Sekiranya boleh, cuba minta ditempatkan di sebelah suami atau tiada penumpang disebelah.Jadi bolehlah and letakkan si manja anda di kerusi kosong tersebut.Beri dia ruang bermain.Sekiranya dia duduk di atas anda sepanjang perjalanan,timbul rasa kurang selesa dan bosan. Pandai-pandailah gunakan kemahiran anda di kaunter check-in atau minta penumpang lain untuk bertolak ansur =) Kebanyakan anak-anak kapal memang sedaya upaya memberi perhatian dan prihatin kepada penumpang bersama anak kecil.
Ni la aksi kalau dah besar..tengok kaki dia,bukan main lagi! |
2. Ketidakselesaan akibat tekanan udara
Ketika pesawat mendaki ke satu ketinggian yang ditetapkan, terjadi perbezaan yang tidak begitu ketara kepada tekanan udara dalam kapal.Ini juga terjadi kepada orang dewasa.Ketidakselesaan seperti bengang pada telinga akan terhasil.Jadi sebagai persediaan saya membawa kapas yang digumpal untuk dimasukkan ke telinga anak saya.Bagi bayi,keadaan ini dapat dikurangkan dengan penyusuan.Bagi yang menyusu badan, susukan bayi anda ketika take-off sehingga pesawat berhenti mendaki.
Menyusu boleh mententeramkan bayi.Ni aksi-aksi menyusu dalam flight |
3. Alat bantu menghilangkan bosan (macam cerita Doraemon pulak!)
Bawalah permainan yang dapat mengalihkan perhatian anak anda sepetri buku, softbook atau bantal kegemaran si kecil.Baca buku untuknya di dalam pesawat.Ada syarikat penerbangan menyediakan kit untuk kanak-kanak seperti buku mewarna sticker dan permainan kecil.Cuba tanyakan kepada pramugari jika ada.Sekiranya anda rajin, boleh juga buatkan busy-bag untuk si kecil.Nak tau apa itu busy bag? KLIK DI SINI Di bawah adalah antara my secret weapon untuk si manja dalam penerbangan
Softbook,pillowbook dan storybook. Buy HERE! |
4. Letihkan DIA!
Sekiranya umur si manja sudah setahun lebih dan pandai berjalan,saya gunakan taktik ini.Biarkan anak bermain sepuasnya di airport. bawa dia berjalan, berlari,masuk kedai sini sana,mainkejar-kejar sampai letih.dalam pesawat..anda menuai hasilnya..si manja tidur nyenyak! Ibu lega.
Main dalam troli, dekat departure hall dan taman permainan di airport |
Saya dan si manja yang berumur 40 hari ketika itu |
Disclaimer : Informasi ini ditulis atas pengalaman dan pendapat penulis bagi tujuan perkongsian sahaja.
Salah satu alat bantu perjalanan yang saya gunakan adalah pillow book.Memang ideal untuk digunakan sebagai bantal dan terkandung buku cerita kain di dalam.Bila si kecil bangun bacakan,bila si kecil tidur,dodoikan
Harga RM35
SMS 019 772 2314 untuk pertanyaan atau order
good info sist.. thx :-)
ReplyDeleteBetul2 berguna info ni.....tq. xxx
ReplyDeleteAnak saya umur setahun, dan saya tak beli tiket untuk dia malah tidak beli sebagai infant juga. Adakah ia menjadi satu masalah kelak ketika naik kapal terbang? sebab ada orang cakap tidak perlu beli tiket atau apa2. jadi saya agak bingung. Ini juga adalah pernerbang pertama kami sekeluarga.
ReplyDelete