Tuesday 23 September 2014

Aktiviti mandi harian untuk kanak-kanak

Alkisah mandikan anak

Perasan tak?Semakin anak membesar,sehingga 2-4 tahun,makin susah anak kita nak diajak mandi.Bila kita ajak pulak..banyak alasan dia sangat.Nak tengok TV lah,nak makan dulu lah..nak .habiskan mainlah.Pandai dia jawab tu.Terpaksa ubah perkataan 'mandi' tu kepada 'main air' atau 'play bubble' bagai.


Teknik-teknik mengajak si kecil mandi

Saya kongsikan antara teknik-teknik yang saya berjaya lakukan ye;



a.Tukar perkataan mandi kepada sesuatu yang lebih menyeronokkan

Ubah perkataan 'mandi' kepada main air.Boleh juga cuba 'play bubbles'.Kalau ada permainan-permainan seperti 'duck toy' boleh juga digunakan untuk memancing anak anda untuk mandi.Zaman menengking suruh anak mandi dah berlalu.Habis tenaga kita dan emosi anak tercalar kalau asyik tengking sini sana.Anda ibu bapa bijak,mesti tahu cara nak 'tackle' anak sendiri.

b.Sediakan mainan ringkas

Mainan dalam erti kata disini tak perlu mahal.Saya bekalkan botol syampu lama untuk anak saya 'ralit' mandi dan bermain.Setiap kali nak pujuk mandi saya akan gunakan perkataan 'play bubbles' dan saya sediakan botol itu dengan memasukkan sedikit shower gel untuknya.Kalau dibiarkan dia sendiri pam shower gel tu...alamatnya!Khalas!Habis sebotol shower gel waktu tu jugak.Jenuh istighfar.

c.Kaitkan iklan,surat khabar dan buku cerita dengan  mandi.

Kalau iklan dettol,lifebouy atau iklan sewaktu dengan kuman dan mandi muncul di TV,saya tak lepas peluang nak terangkan kepada anak kenapa kita kena mandi,sebab kuman dan blablabla.Lepas tu dalam iklan sewaktu tanyangan kartun atau cerita Upin Ipin pun ada cerita mengenai kuman,perut atau kebersihan diri.Ada sesetengah buku atau kartun di surat khabar pun terangkan mengenai topik ini.Jadi jangan lupa,kaitkan dan bimbing mereka

Ini anak saya.Episod dia suka mandi dan main ABC/123

Ni memang dia seronok sangat main...erk..mandi!
Disusunya kat jubin.Ini mak tolong jugak
Pusing dan terbalik2 huruf tu
MUNCHKIN ALPHABET namanya.Kemain bersemangat lagi.Anak saya belum kenal ABC dan 123.Tapi kalau bab main susun lekat satu dinding toilet habis kena lekat.

Kalau nak cuba apa salahnya.Cuba bath letters ni
Ramai yg tanya huruf ni lekat macamana?Ia merupakan foam ringan.Lepas tu kita letakkan sikit air.Tada!!Dia melekat kat jubin.Memang kegunaan untuk jubin.Kalah toy duck.Kalau dapur berjubin pun boleh cuba.Saya dah buat.
=====================================================

Rupa sebenar
MUCHKIN BATH LETTERS
RM25
Kos Pos ke Semenanjung RM6

Jika berminat boleh sms/whatsap kod BATH LETTERS dan hantar kepada 017.223.5362 untuk membeli


No comments:

Post a Comment