Monday, 28 July 2014

SALE MAINAN BAYI #1

Berita Gembira !! Bermula 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H sehingga 8Ogos 2014, kami melancarkan Jualan Gudang. Yang bestnya, DISKAUN dari 10% sehingga 50% untuk produk produk terpilih. Cara untuk order mudah sahaja iaitu SMS/WhatsApp ke 017-223 5362 senarai produk yang anda berminat mahu order.

Syarat utama untuk layak diskaun ialah pembayaran mesti dibuat dari tarikh 28 Julai sehingga 7 Ogos. Produk akan dipos ke seluruh Malaysia mulai 8 Ogos 2014. 

Order segera bermula 28 Julai sehingga 7 Ogos sebelum stok SOLD OUT !!

***PEMBAYARAN SELEPAS 7/8/2014 tidak layak mendapat harga diskaun JUALAN GUDANG

Wednesday, 23 July 2014

Kartun Islamik Untuk Anak

Ramadhan Kareem.Salam penghujung Ramadhan.               
                                                                                    
Anak-anak kita kalau diberi ipad/tab hatta handphone kita sekalipun akan jadi terujakan?Lepas tu dia akan buat ipad/tab/handphone tu macam harta dia pulak.Bawak bersabar...Daripada frozen,upin ipin,sampai review permainan dan review jajan pun ditontonnya.Memang kena pantau.Cara masing-masinglah ye.Bila malam sikit saya bermurah hati menonton bersama anak di gajet kami.Saya dah jumpa beberapa kartun islamik yang saya dah tengok dan sesuai umtuk anak-anak saya.Dia pun suka tengok.Di sini saya akan kongsikan beberapa kartun islamik tu.  
                                                          

Wednesday, 16 July 2014

#GazaUnderAttack 2014

Ada 3 golongan yang 'so dear to my heart' selain keluarga saya; Saudara Palestine, anak yatim dan orang yang sakit kanser [kerana arwah ibu meninggal kanser ovari].Hari ni saya nak berkongsi mengenai video ringkas,educational dan sangat mudah difahami mengenai Israeli Occupation in Palestine dan apa yang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang.

Bagi ibu ayah yang ada anak-anak yang mungkin bertanya mengenai konflik ini,mungkin video 6minit secara animasi ini dapat 'educate' mereka.Atau sesiapa sahaja yang masih tidak faham mengenai Israeli Occupation in Palestine.

Sunday, 13 July 2014

MASJID MESRA KANAK-KANAK

Masjid mesra kanak-kanak.Seronok dengarkan ibu-ibu.Saya dah ceritakan dalam artikel ini - kanak-kanak di masjid.Kali ni saya nak cerita sikit mengenai aktiviti kanak-kanak di masjid ketika bulan puasa.Anak saya,sangat suka bila saya sebut nak ke masjid sebab dalam fikiran dia masjid tempat bermain!Ada aktiviti,macam-macam,dapat hadiah dan sangat luas.Saya rasa sangat seronok.Sebagai kanak-kanak dia dah mula fikir masjid adalah tempat yang menyeronokkan.Kalau kita baja-baja lagi fikiran dia,saya doakan supaya dia menjadi generasi cinta masjid.Amin..


Sebab apa dia suka sangat?Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah dan doakan jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong terutamanya guru dan sukarelawan Kids' Corner.Mereka mengorbankan waktu bertarawih dengan mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak 2-12tahun supaya ibubapa lain dapat berjemaah dengan tenang.Allah sahaja dapat membalasnya.

Jom tengok apa aktiviti untuk kanak-kanak setiap malam di bulan Ramadhan di masjid ini.
Aktiviti lekat-lekat

RESEPI NASI ARAB MAQLUBA

Jom masak nasi arab.Sebagai penjual rempah arab,soalan yang saya dapat adalah; apa beza rempah maqluba,mandy dan khabsa?

Jadi hari ni saya cerita sikit.Saya bukan pakar.Ini yang saya boleh cerita sedikit mengenai nasi maqluba yg saya tahu dengan pengetahuan saya yang terhad.Please don't  quote me.

Nasi arab maqluba popular di Palestine yang saya tahu.Di wikipedia katanya makanan tradisi Iraq dan Parsi.Maqluba bermaksud periuk terbalik.Apa yang terbalik?Ok,sayur-sayuran akan disusun dibawah periuk,kemudian nasi dimasak di bahagian atas.Jadi bila nasi maqluba dihidangkan,mereka akan terbalikkan periuk dan jadilah begini;

Friday, 11 July 2014

Steering Mainan Kanak-Kanak [RESTOCK RAYA 2014]

Restok untuk raya.Tak cukup nak letak kat display rack ni.Dalam kotak ada lagi
Salam semua.Alhamdulillah sambutan luar biasa untuk steering mainan kanak-kanak ni.Jadi kami restock berpuluh-puluh lagi.

"Balik kampung..oo..oo..oo..balik kampung..
Hati girang...lalalala.."
Fateh 7bulan.Pegang ye steering tu..tekan-tekan bunyi sambil teman mummy pergi kedai.Tak  de lah dia bosan sangat di belakang


Melati dari Seremban.Sangatlah happy dapat steering sendiri.Siap azan nak bawak kereta

Untuk pembeli Ramadhan ini,kami hadiahkan salah satu daripada mini whiteboard tulis dan padam.Tapi stok sangat terhad.Insyaallah kalau stok habis kami gantikan dengan buku pula.
Proses packing untuk dipos

TERHAD & PERCUMA mini whiteboard tulis&padam selagi stok masih ada.

Jika berminat boleh sms/whatsap kod STEERING dan hantar ke 017.223.5362

KEEP CALM & SHOPPING WITH https://www.facebook.com/littlemunas



Resepi Serawa Pisang [Untuk Berbuka]

Ucapan ramadhan : Ramadhan Kareem..Dibalas : Ramadhonu mubarak.Allahu akram


Kisah Pisang Murah

Bulan Ramadhan ni saya dah jadi macam food blogger dah.Seronok memasak dan berkongsi resepi mudah.Orang kata "buat apa susah-susah buat kueh untuk berbuka.Beli sahaja lah...Nak makan 2 orang sahaja".Asbab kita masak kueh banyak bukan untuk makan 2 orang sahaja.Tapi memang masak banyak untuk berkongsi dengan jiran.

Kalau tinggal kat KL/Selangor ni.Pisang pun mahal.Cuba tengok sesikat pisang montel.Tak de RM7-9 jangan la mimpi nak beli.

Pisang montel lelong setengah harga di MyMydin.Insyaallah ada setiap hari

Kalau dikampung tu..ambik je setandan.Bahagi-bahagi sedekah kat jiran.Ok,kalau Mymydin Subang Bestari,mereka akan repack balik pisang montel yang dah masak sangat dan jual.Pada masa ni pisang dah masak betul dan dijual setengah harga.Bolehla anda menikmati pisang montel dgn harga yang murah.

Tak boleh simpan lama pisang tu?Apalagi, transform lah buat cekodok,lempeng pisang,banana milk shake.1001 makanan boleh buat.Jadi kali ni saya buat SERAWA PISANG-panggilan orang utara.Kalau orang tempat lain dipanggil pengat pisang.



Resepi Serawa Pisang Montel

BAHAN-BAHAN


4-5 biji pisang [pisang mana yang adalah,saya tak pandai jenis-jenis pisang ni]
4 sudu gula melaka [dipotong halus-halus]
2-3 sudu gula [atas tahap kemanisan masing-masing]
Santan secukup rasa
Daun pandan
sedikit sagu jika ada
Secubit garam 
3 sudu tepung gandum


CARA MASAK


1-Jika anda ada sagu boleh didihkan sehinggga kembang dan nampak lutsinar dan ketepikan.
2-Masak gula melaka dengan sedikit sehingga betul-betul larut.Kemudian masak gula biasa.Masukkan simpulan daun pandan untuk meningkatkan aroma wangi serawa kita.
3-Selepas itu masukkan santan sehingga dapat warna coklat lembut.Sentiasa kacau.
4-Masukkan pisang yang dipotong serong-serong.Masukkan sagu yang direbus tadi.
5-Bancuh tepung gandum dengan sedikit air dan masukkan ke dalam serawa tadi.Saya buat untuk memekatkan kuah.
6-Akhir sekali lihat apabila sudah mendidih dan pisang kelihatan melecur.Tutup api dan masukkan secubit garam untuk mendapatkan rasa lemak-lemak.


Tengok serawa tu..nampak sedap
Enak dimakan ketika berbuka atau minum petang.Ambil semangkuk dan bagi pada jiran.Hehehe!Selamat mencuba

KEEP CALM & HAPPY SHOPPING WITH SINGGAH SURI