Jadi bila dah demam ni, antara komplikasi yang membawa kepada konflik psikologi kepada ibu atau bapa adalah, bab makan. Jadi anak mula tak mahu makan.Bila anak tak mahu makan mestilah serabut mak kan? Akhirnya saya teringat status kenalan FB yang membuat nasi kepal ikan untuk anak-anaknya. Jadi saya cuba google lagi untuk resepi nasi kepal.Macam-macam stail yang saya jumpa.Tapi saya come out with my own style lah.Jenguk je ape yang tinggal dalam peti ais tu.Harapan saya supaya anak saya lalu makan hari tu.
Nasi Kepal/Impit Berinti Udang
Nasi putih biasa yang dimasak lembik dari biasa
10 ekor udang
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 lobak merah (dipotong dadu)
Sepokok daun bawang
2 sudu minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
Bahan-bahan asas |
Cara masak
1. Panaskan minyak zaitun.Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
2. Masukkan lobak merah dan goreng setengah masak.
3. Masukkan udang dan daun bawang.Goreng sehingga masak.Perasakan dengan garam dan lada hitam.
Bahan yang telah ditumis |
Selamat mencuba !
Boleh juga memasak menggunakan pemanggang ini. Serba kreatif masakan dengan pemanggang mudah ini.
Jika berminat sms kod PEMANGGANG ke 017 223 5362 untuk medapat 2 buku resepi memasak Chef Hanieliza percuma dengan setiap pembelian PEMANGGANG ini.
HARGA RM140 termasuk postage dan percuma 2 buku memasak tulisan Chef Hanieliza [Senangnya memasak Ayam & Daging dan Senangnya Memasak Makanan Laut & Ikan
Jangan lepaskan peluang memiliki gadget memasak wanita alaf baru
No comments:
Post a Comment