Dalam keluarga besar saya, yang paling saya terkesan adalah keluarga mak ndak saya yang sangat 'thoughtful' when it comes to a needy family.Setiap kali menziarahi arwah ibu, dengan proaktifnya, mak ndak akan membawa makanan seperti gulai dan lauk pauk untuk kami. Oleh sebab yang paling sulung adalah saya ketika itu berumur 25 dan adik-adik yang masih kecil, tiadalah sempat untuk kami memasak dengan baik sambil menjaga ibu. Jadi kedatangan mak ndak memang mengurangkan beban kami sedikit. [Jazakallahu khoiran kathira -semoga Allah membalas yang lebih baik lagi kepada keluarga mak ndak,Amin]. Tak lupa juga ada seseorang yang menziarahi dan meminta untuk makan tengahari di rumah kami dala situasi begitu dan boleh komplen pulak gulai kami tak sedap.[ Terima kasih kami ucapkan kerana memberi contoh sempadan supaya kami tidak menjadi seperti dia suatu hari nanti, Amin..]
Perkara yang mahu saya utarakan disini adalah,pada zaman sekarang ni.Menziarahi orang sakit tidak terbatas kepada rumah saudara,kawan atau jiran.Ziarah lah secara maya, dan ambil tindakan anda. Kata-semangat juga dapat dihulur dengan menekan butang komen. Apatah lagi untuk menyumbang hanya di hujung jari. Ambillah hikmah, bersyukur dan jadilah manusia yang berfikir dengan mind set JANNAH-ORIENTED pada setiap apa yang berlaku.
Di sini saya mengajak anda, rajinkan diri menziarahi sahabat kita Abang Abil, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya yang sakit.
Lawati blog beliau http://abil4fauziah.blogspot.com/
Pahala Syurga dan Kebun-Kebunya yang Subur
Orang yang terdidik dengan amalan ziarah orang sakit ini diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah S.W.T. iaitu seolah-olah dia sedang mengumpulkan hasil kebun syurganya selama dia di samping orang sakit yang diziarahinya. Rasulullah s.a.w. bersabda (Riwayat Muslim, 2001: 4658; Ahmad, 1994: 21355),
عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ T
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ T مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي
خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
Maksud: Thauban, iaitu khadam Rasulullah s.a.w. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit, dia dalam keadaan sentiasa menuai hasil kebun sehingga dia balik.”
(Muslim)
No comments:
Post a Comment