Tuesday 27 January 2015

Giant Lego ;Fenomena baru di rumah

Kreativiti anak dan Giant Lego

Saya menjual giant lego.Tapi baru-baru ini saya belikan untuk anak sendiri.Rasa rugi pulak saya tak bagi kat dia sejak awal,Lepas tu saya mulalah tunjukkan apa-apa yg nak dibuat dengan giant lego ni.Pelanggan saya banyak buatkan motor untuk anak.Jom tengok.


Serba sedikit saya bercerita pasal lego ni.Stock yang ada pada saya sekarang ni 12pcs.Harga RM79.Tapi sangat berbaloi bila hari-hari saya tengok anak saya si kakak dan adik mereka macam-macam dengan lego mereka ni.





Aksi pertama kali dapat giant lego ni,diorang ni excited habis.Macam cepat-cepat nak punggah keluar.Lepas tu blur sekejap..mak kena guide apa nak buat.Lepas tu..jom zoom in.

Idea kreativiti giant lego



Mula-mula mummy ajar buat fotress.Sebab pagi tu kami dengar nasyid Sultan AlFateh.Cerita sikit pasal tembok Konstatinople,jadi kita mulakan dengan buat kota Konstatinople.Tengok Fateh muka blur...ape benda lah ni mak oooi?

Bila saya mula tunjuk buat motor ni..anak sulung saya 4 tahun dah mula dapat.Lepas tu pandai-pandai je dia reka seat untuk dia tinggi sikit,adik seat pendek.Macam-macam haish..naik sama-sama.
Ini kes berebut lego.Saya buatkan dapur untuk adik masak-masak.Kakak kononnya kaunter bayar.Suka sangat main.Lepas hari tu bila dia main lagi.Tiba-tiba anak saya akan panggil "mummy tengok ni"..ada-ada saja rekaan dia diam2.
"Tengok mummy,Noura buat robot mummy...".Kenalah puji, "pandainya Noura buat...lagi buat lagi".
Ini aktiviti di booth kami semasa Maulid Akbar di Bukit Jelutong.Ada playcorner.Anak saya buat Kapal Nabi Nuh katanya.

Ini aeroplane.Fuh!Macam-macam yang kita tak sangka.Sangat berbaloi hadiahkan giant lego kat dia.Yang penting sorok ipad,tutup tv.Kalau dia hadap 2 benda tu...lupa dia nak reka2 lego ni.

Keterangan Giant Lego

Setiap block berukuran 9.5 x19 x7cm
Setiap pek ada 12 blok
Warna set boy> lebih terang [macam gambar customer saya di atas]
Warna set girl> pastel [macam anak saya punya]

Harga RM75
Kos Pos RM10 ke Semenanjung

Belian online boleh telegram/whatsap 017 223 5362 Roslina

atau boleh self collect di kedai saya >> About Umi And Baby Boutique

No comments:

Post a Comment