p/s : Artikel ini hanyalah untuk peniaga online yang masih baru dan bermula dengan 'lean startup' seperti saya.
Jom tengok apa KESALAHAN YANG SAYA BUAT DENGAN GAMBAR PRODUK suatu masa dulu
1. Hentam keromo ambil gambar product dan upload di personal akaun.Tangkap gambar guna kamera handphone.Tak kira 'angle' mahupun 'lighting'.Saya rasakan dah cukup cantik masa ni.Terus saya upload facebook.Tiga tahun lepas tu.Sorang pun tak comment mahupun respond di gambar tu.Proven-kaedah cuba tapi TAK BERJAYA.
Jangan tiru kesalahan ini.Ia nampak sangat tak profesional.Orang yang suka-suka berniaga di FB tanpa ilmu sahaja buat begini.Anda? Ya..anda yang berkeinginan untuk pergi jauh mampu buat lebih lagi.
2. Kesalahan paling memalukan saya adalah: letak product atas lantai.Snap picture dan upload gambar product.Tengok,musical mat dan ipad islamic saya letak di lantai atau di atas tikar.Kemudian saya edit.Tapi nampak sungguh daif.Jangan ulangi ye.Apatah lagi bagi yang menjual product pakaian dan tudung.Isu kebersihan juga diragukan
Nampak lantai bilik tu..ishx3! |
Letak produk atas tikar.Gambar tak menarik langsung dan caca marba |
Jangan tiru kesalahan ini,sekurang-kurangnya anda boleh cuba letakkan manila kad putih atau tuala sekalipun di atas meja mahupun sofa.Cari pencahayaan yang sesuai dan snap.Kemudian edit.Yang penting bukan di lantai.Ini contoh gambar berlatarbelakangkan tuala.Tapi hasilnya agak baik.
Hasil yang OK2 sahaja |
3. Background hitam atau warna bercampur-campur.Ia agak memalukan.Anda tahu bagaimana gambar dibawah saya ambil?Saya letakkan di atas tshirt suami yang bewarna hitam.Letakkan di lantai,snap.Kemudian saya hanya crop.Sungguh memalukan.
Warna kurang konsisten dan kabur.Tidak menarik. |
Lihat latarbelakang,ada nampak tshirt hitam dan kayu lantai sahaja di bahagian belakang. |
Okay, apa cadangan saya untuk gambar lebih menarik.Dengan bajet yang minima?Kita cuba sedikit-demi sedikit ye kawan-kawan.Along the way banyak yang kita akan belajar.
1.My budget is under RM100?Jika masih ada peruntukan, anda boleh membeli DIY photoshoot kit.Google sahaja.Yang ini kami beli dari portal jualan terbesar di Malaysia. GROUP**.
Nampak menarik bukan?Gambar and lebih 'presentable' |
2. Untuk product kecil,gunakan manilakad putih.Lekat di dinding dan di meja.Kemudian gunakanlah seluruh kreativiti anda untuk mendapat gambar yang paling menarik.
Ini hasilnya.Better. |
Sentuhan magis.Ta-da..!! |
3. Reka-reka sendiri kit photoshoot anda.Ini contoh kawan saya buat.Kak Hanis
SELAMAT BERTAWAKKAL,BERUSAHA DAN TAWAKKAL.
>> Follow FanPage saya di Facebook :RumahKedai
>> Komen nama dan email address jika berminat mengikuti workshop FB Marketing For Beginner pada bulan March 2014 ini.Lokasi Subang Perdana
>> Komen "ONLINE COACHING' ,nama dan email address jika berminat mengikuti kelas online FB Marketing For Beginner untuk sesi April-Jun 2014.
No comments:
Post a Comment