Saturday, 7 December 2013

Resepi Kanak-Kanak : Nugget Ayam Sihat

Disebabkan sedap ditambah dengan serbuk perasa dalam makanan sejuk beku, makanan ini menjadi pilihan kanak-kanak.Dalam bahasa sains ia dipanggil 'processed food'.NUGGET AYAM,pancing sahaja anak anda sekali, pasti dia nak lagi.Mudahnya penyediaan 'processed food' ini,membuatkan ramai yang mengalah,dan ada yang menyediakannya sebagai makanan wajib anak-anak.Aduh! Mari saya dan kita sama-sama berhijrah menyediakan makanan yang lebih berkhasiat untuk anak.Percayalah,penat lelah kita mungkin tak nampak hari pada hari ini,tetapi setiap niatkan sebagai sedekah buat si kecil.Biji yang ditanam Insyaallah akan membuahkan hasil.Amin.

NUGGET AYAM SIHAT BUAT SI MANJA
SUMBER : My Resepi.com
GAMBAR : Azura Shariff (kawan baik saya)

Bahan-Bahan
1/2 kilo isi ayam
5 keping roti sandwich (direndam hingga kembang)
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak bijan
Gula,lada putih dan garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
Serbuk roti

Cara-cara membuatnya
1. Kisar ayam,roti,sebiji telur,bawang putih,minyak bijan,garam,lada putih dan garam hingga lumat.
2. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10minit.Setelah itu bentukkan mengikut bentuk kegemaran anda.
3. Gulingkan dalam tepung gandum hingga sekata.
4. Salut ke dalam telur,kemudian dengan serbuk roti.
5. Sedia digoreng atau sejuk beku.

Ha..seronokkan? Tak sabar nak cuba,

Ingin shopping dengan harga jimat.Jom lihat barang-barang mainan yang kami tawarkan sempena Year-End-Sale RumahKedai DI SINI



No comments:

Post a Comment