Thursday, 20 June 2013

Pemeriksaan Kandungan Di Klinik Kesihatan (Episod 1)


Hari ini adalah hari pertama pemeriksaan kandungan saya di klinik kesihatan.Hari pertama bila membuat kad temujanji anda mesti hadir ketika sessi pagi. Ini kerana lebih banyak prosedur bagi ibu-ibu yang baru membuka kad di klinik kesihatan. Klinik kesihatan di tempat saya menerima tidak kurang dari 100 pemeriksaan ibu hamil di kawasan mereka. Kepadatan penduduk di kawasan kami tinggi.

Suasana di Klinik pagi itu

Seawal pukul 7.45 pagi saya sudah muncul di klinik dan nombor yang saya dapat adalah 62.Jam belumpun menunjukkan 8.00 pagi, sudah 62 ibu hamil yang dah mengambil nombor giliran masing-masing. Ini tidak menghairankan saya kerana semasa mengandungkan anak sulung, ada ibu-ibu yang datang seawal 6.30 pagi untuk mengambil nombor giliran.

2 jam berlalu, saya dah buat kad,jalani ujian air kencing,timbang berat dan ukur tinggi. Tetapi nama untuk berjumpa misi belum juga dipanggil.Phew...!Istighfar dan positifkan diri. Sempat saya uruskan bisnes online saya melalui facebook kami FB page/RumahKedai . Baru menunggu nak pre-natal check, bukan menunggu dihisab di mahsyar. Reset minda semula.

Ok,bagi ibu-ibu yang baru mula untuk melakukan pemeriksaan di bawah saya sertakan tips-tips menghadiri pemeriksaan;

1- Selepas mendapati puan tidak datang haid lebih dari seminggu. Beli 2 'pregnancy test kit' dari jenis yang berlainan. Sekadar untuk yakin bahawa keputusan ujian di rumah anda benar-benar jitu. Jika muncul 2 garis,tahniah saya ucapkan.Anda bakal menjadi ibu 9 bulan dari sekarang. Catatkan dari hari pertama, haid terakhir anda.Maklumat ini penting untuk pengiraan usia kandungan dan tarikh bersalin anda.

2- Sahkan keadaan kandungan anda dengan ujian scan di mana-mana klinik yang mempunyai perkhidmatan scan. Antara tujuan scan adalah untuk mengetahui kedudukan janin anda,samada dalam atau luar rahim,mahupun di tiub falopio. Simpan gambar scan anda untuk di bawa ke klinik kesihatan nanti.

3- Datang ke klinik awal untuk 'buka' buku dengan klinik tersebut. Antara dokumen yang perlu ada adalah gambar scan anda dan info seperti kad pengenalan suami.Jikalau ada sejarah kesihatan berkaitan rahim,kanser,fibroid atau sebagainya, mesti dibawa bersama.

4- Ini tips peribadi saya, bawa barang-barang ni bawah bersama anda;
 a) Air lebih kurang 1 liter - masa yang diambil panjang, ada ujian kencing,suasana yang agak panas      pastinya membuat anda dahaga. Minum air untuk mengelakkan dehidrasi.
b) Bawa gula-gula, kismis, coklat atau apa sahaja yang boleh mengembalikan tenaga dan 'to kill time'.
c) Bawa majalah, surat khabar, novel atau apa sahaja bahan bacaan bermanafaat untuk anda isi masa ketika menghadiri temujanji.
d) Pastikan anda bersarapan sebelum ke klinik atau bawa bekal bersama anda.

5- Sabar dan bertolak ansur (Easier said than done)

Saya dapati misi-misi di klinik kesihatan bekerja dengan cepat . Cuma terlalu banyak pesakit yang menjalani pemeriksaan. Sepanjang saya tengok, mereka cuma bangun untuk ke tandas atau minum. Semestinya mereka bersarapan dahulu setiap pagi, kalau tak bagaimana nak melayan semua pesakit. Jumlah kaunter ada 3, laju. Perbandingan ini saya buat dengan misi di sebuah hospital bersalin di kawasan berdekatan, selain tidak mesra pelanggan,misinya agak banyak masa terluang, lalu mereka bersembang-sembang dan 'touch make up' di kaunter. Walaupun swasta, saya terpaksa menunggu sungguh lama. Walau apa pun. Anda digalakkan mencuba dan mencari 'feedback' tentang klinik-klinik di internet ataupun dari kenalan anda. Pilihlah yang paling berkenan dan sesuai dengan penilaian anda.

Sampai berjumpa lagi, terima kasih misi-misi Klinik Kesihatan Kampung Melayu Subang.

Ramai,sampai ke bahagian luar klinik

KETAHUI CARA URUS URI DI SINI >>

  >>CARA MENGURUS URI DENGAN MUDAH



4 comments:

  1. tahniah puan...

    ReplyDelete
  2. Slm sis..ada alamat atau number telefon klinik kmpg melayu subang? Sy google xjumpa..nak buat buku merah...

    ReplyDelete
  3. We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833


    Regards
    Ir. Aznial Rahmat
    Director
    KASIH Group
    012 312 9264
    aznial@gmail.com

    ReplyDelete