Bahan-bahan wantan mee;
2 gulung mee wantan halal (boleh juga gunakan mee telur kering yang halus-banyak didapati di Tesco)
3 ulas bawang putih
1 cm halia
Minyak bijan
Sos tiram
Kicap masin atau manis
Sawi yang dicelur
Bahan-bahan sup
Beberapa ketul ayam (isi dan tulang)
2 ulas bawang putih
1 bawang merah
1cm halia
Lada sulah
7 ketul fishball (saya gantikan dengan wantan )
*Wantan halal boleh didapati di kedai-kedai pembekal yong tau fu muslim jenan Hikmah)
Cara -cara membuat wantan mee;
1. Rebus mee wantan sehingga lembut dan toskan dengan air sejuk untuk mengelakkan mee terus mengembang.
2.Sediakan sos wantan dengan memanaskan bijan,kemudian tumis bawang putih,merah dan halia hingga naik bau.
3.Seterusnya masukkan sos tiram dan kicap hingga mereneh sedikit.Boleh tambah air mengikut kepekatan dan citarasa masing.Tutup api.
4.Bila mahu makan,boleh gaulkan wanten mee dalam kicap dan hidangkan bersama sup dan ayam kicap.
Cara membuat sup dan ayam kicap
1.Renehkan sup dengan merebus bawang merah,bawang putih,halia dan ayam.
2.Masukkan sedikit lada sulah dan garam.
3.Apabila hampir mendidih masukkan fishball atau wantan.
4.Ambil ayam yang terdapat dalam sup.Gaulkan dengan kicap.
Tips : Jika ada lebihan sup.Boleh juga dimakan begitu sahaja bersama mee dan wantan. Dalam menu Cina Muslim, mee wantan ada 2 jenis.Yang saya masa ini dinamakan Dry Wantan Mee. Jika dimakan bersama sup dinamakan Wantan Mee Soup.Untung,sekali masak, 2 dalam 1.
========================================================================
Shopping jubah kanak-kanak perempuan dari usia 2 tahun sehingga darjah 3 di Muslim Kids Clothing
Baju jubah kanak-kanak |
No comments:
Post a Comment