Wednesday, 10 July 2013

Pengalaman berpuasa ketika hamil


Salam Ramadhan.Saya pasti ramai bakal ibu tertanya-tanya bagaimana hamil dan menjalani ibadah puasa. Pelbagai persoalan bermain di minda. Letih, nak jalan pun tak larat, muntah batal ke tak,perut masuk angin dan boleh ke berbuka ke tak kalau dah lemah. Macam-macam, sama seperti saya menjalani ibadah puasa dalam keadaan hamil 2 tahun yang lepas.

Saya disahkan hamil 2 bulan ketika pertengahan puasa 2011.Rezeki langit Ramadhan.Sangat-sangat syukur. Apabila mengetahui yang saya hamil, sedikit demi sedikit simptom mengandung datang. Muntah,tak boleh bau tumis dan tak bermaya.Ketika waktu itu kita semua berada di bulan Ramadhan, jadi saya men'google'dan bertanya kepada yang lebih arif agama tentang hukum dan syariat dalam menjalankan ibadah puasa bagi ibu hamil.Saya berharap anda juga merujuk kepada yang lebih arif ya.

Saya dapati berpuasa ketika awal kehamilan sangat mencabar.Sewaktu mngandung anak pertama dan hamil 2bulan, saya sudah sangat lemah setiap hari.Kata orang 'dah lembik macam sayur'. Kemudian dekat-dekat waktu asar perut saya mula masuk angin dan sakit perut.Sebaik sahaja berbuka saya akan muntah kerana angin dalam perut tadi sudah menolak makanan saya keluar. Allah, siksanya hanya Dia yang tahu. Jadi saya cuma berkesempatan puasa selama 16 hari ketika itu.

Masih terkenang tatkala singgah di bazar Ramadhan,saya akan duduk dalam kereta sahaja.Mana tak nya, kalau saya keluar...bau semerbak makanan-makanan di bazar itu akan buatkan saya mual dan muntah.Kalau pergi ke restoren saya akan tutup hidung.Ada hari-hari yang saya terpaksa mengisi perut dan saya beli di kedai mamak 24 jam.Mengejutkan, waktu makan tengahari lelaki-lelaki Muslim bertopi keledar (mungkin sebab malu-tapi dengan Allah dan malaikat disebelah tak malu) selamba beratur membeli nasi tengahari. Mamak di kedai pun sama bersubahat dengan memberi plastik bewarna hitam kepada lelaki-lelaki Muslim,tapi pada saya diberi plastik biasa. Begitulah episod berpuasa ketika hamil 2-3bulan.
Gambar sekadar hiasan
Pada puasa kali ini (2013), saya berpuasa dalam keadaan hamil sekali lagi.Tapi pengalamannya agak berbeza kerana kehamilan saya sudah memasuki bulan keempat.Fasa muntah,mual,lembik dan 'morning sickness' sudah berlalu sebelum tiba Ramadhan.Semalam saya berjaya dengan penuh tenaga,tetapi masih tidak dapat gagahkan diri memasak untuk berbuka.Tetapi ketika sahur saya dapat memasak walaupun ringkas tapi sedap.Betullah kata ibu-ibu yang lebih senior,lain anak,lain pengalamannya.

Kepada yang meniti fasa kehamilan,ambil masa terluang anda (mana yang belum mempunyai anak) untuk menimba ilmu keibubapaan,penyusuan dan agama.Persediaan mental dan hati menyambut kelahiran sesungguhnya jauh lebih penting dari shopping baju-baju comel untuk si kecil anda.Semoga kita semua menjadi ibu yang menginspirasikan seluruh keluarga kecil kita ke syurga. Amin

 2 Ebook berpantang pada harga RM30. SMS kepada 017 223 5362 untuk pembelian 


1 comment:

  1. Salam perkenalan. Saya pun berpeluang berpuasa ketika hamil tahun lepas. Tp dh 2nd trimester. alhamdulillah Allah bg kudrat disamping sy berusaha juga amalkan tips utk ibu hamil berpuasa.
    jemput jengah blog saya ;)
    Terima kasih
    http://momofprecious.blogspot.com/2015/07/tips-kekal-cergas-di-bulan-puasa-yang.html?m=1

    ReplyDelete