Friday, 26 September 2014
Playdate sepupu sepapat
Bila bersama sepupu merangkap BFFL [Best Friend For Life] katanya..!Anak saya memang main tahap over.Berpeluh-peluh,super happy dan sangat energetic.So mak nye want to burn their energy supaya masing-masing tidur awal.Hehehe!Opportunist kah? Ini antara aktiviti bersama yang saya buat to burn their energy in many positive ways.
Tuesday, 23 September 2014
Aktiviti mandi harian untuk kanak-kanak
Alkisah mandikan anak
Perasan tak?Semakin anak membesar,sehingga 2-4 tahun,makin susah anak kita nak diajak mandi.Bila kita ajak pulak..banyak alasan dia sangat.Nak tengok TV lah,nak makan dulu lah..nak .habiskan mainlah.Pandai dia jawab tu.Terpaksa ubah perkataan 'mandi' tu kepada 'main air' atau 'play bubble' bagai.Teknik-teknik mengajak si kecil mandi
Saya kongsikan antara teknik-teknik yang saya berjaya lakukan ye;Saturday, 6 September 2014
Aktiviti Di Dapur Bersama Kanak-Kanak (Lingkungan3-4 Tahun)
Apabila bersama anak-anak dirumah,tak kira waktu cuti atau hari-hari biasa.Pastilah rasa seperti kita nak mengadakan aktiviti untuk anak kita.Sekurang-kurangnya kita dapat salurkan rasa tenaga mereka yang banyak tu ke aktiviti yang sihat dan memberi keyakinan kepada mereka.Bila kita search internet,alahai aktiviti nampak macam susah dan terpaksa membeli bahan macam-macam kat kedai kraf pulak.
Berikut adalah aktiviti yang boleh dibuat;
Kelebihan aktiviti didapur bersama anak-anak yang akan saya tunjukkan nanti;
1. Mudah diikuti kanak-kanak am lingkungan umur 3-4 tahun
2. Menggunakan bahan sedia ada di dapur
3. Ringkas dan mudah dipantau ibu ayah
4. Boleh juga digunakan untuk aktiviti playgroup atau playdate
MEMBUAT RESEPI MUDAH JEJARI COKLAT
AMARAN:Pemantauan ibu bapa amat diperlukan dalam setiap aktiviti.
Bahan-Bahan
2 keping roti
Coklat masakan
Bahan hiasan cookies seperti 'colourful rice'
Cara membuat
Monday, 25 August 2014
Homemade stok ayam [Tanpa MSG]
Dalam entry kali ni saya akan tunjukkan cara-cara membuat stok ayam versi saya.Dan saya kongsikan juga cara penyimpanan stok ayam.Lepas tu kita belajar pula satu resepi kanak-kanak lebihan dari bahan-bahan yang kita buat stok tadi.Kiranya macam stok ayam 'by products' lah.
Rezeki beli ayam 'weekdays', almaklumlah tak ramai orang.Jadi banyak rangka ayam,leher dan kaki lebihan dijual dengan murah.Saya beli sekilo lebih barang-barang tu dengan harga RM5.50.Murah.Syukur..
Rezeki beli ayam 'weekdays', almaklumlah tak ramai orang.Jadi banyak rangka ayam,leher dan kaki lebihan dijual dengan murah.Saya beli sekilo lebih barang-barang tu dengan harga RM5.50.Murah.Syukur..
HOMEMADE STOK AYAM
BAHAN-BAHAN
1 kilo rangka ayam [boleh juga guna kaki ayam atau leher ayam]
2 biji bawang besar di belah empat
5 ulas bawang putih
1 bunjut rempah sup
2 batang lobak merah di potong besar-besar
2 biji ubi kentang dipotong 4
Air yang banyak
sedikit lada sulah
***boleh juga masukkan seleri.Jika anda lihat resepi westerners,memang mereka selalu gunakan seleri
CARA MASAK
1. Masukkan semua bahan di atas di dalam periuk dan renehkan selama 2 jam pada api perlahan atau sehingga isi ayam mula empuk dan lerai dari rangka.Ada tips menyatakan masak sehingga air berkurang menjadi 1/3 dari yang kita masukkan tadi
2.Apabila sudah masak,masukkan lada sulah
3.Tapis semua bahan-bahan dan air yang tinggal itu lah dinamakan stok ayam
![]() |
| Rupa sewaktu ayam direneh |
Thursday, 21 August 2014
Aktiviti kreatif ibu dan anak [A CASTLE PROJECT]
PROJEK MEMBUAT ISTANA KOTAK
Mula-mulacari idea dulu dan pastikan bahan-bahan terbuang kat rumah tu cukup.Inilah gambar inspirasi kami.Hehe!Cantikkan?
Bahan-Bahan yang diperlukan
1.Kotak-kotak terbuang
2.Tissue roll,panjang atau pendek
3.Gam untuk melekat
4.Gunting
5.Crayon
Cara-cara membuat istana kotak [idea kami pada hari tu]
Monday, 18 August 2014
Tips dan pengalaman membaca bersama bayi 6 - 12 bulan
Wednesday, 13 August 2014
Restoren Tuuu Dia Pak Tam di R&R
Hentian yang saya suka berhenti dalam perjalanan ke Selangor adalah Ulu Bernam.Antara tarikan ibu beranak kecil macam saya di hentian ini adalah; ia tak begitu sesak macam di hentian-hentian utama.Kedua...ada restoren kegemaran kami ; TUUU DIA PAK TAM
![]() |
| Ini Tuuu Dia Pak Tam di R&R Ulu Bernam |
Subscribe to:
Posts (Atom)






