Thursday, 21 August 2014

Aktiviti kreatif ibu dan anak [A CASTLE PROJECT]

Aktiviti saya bersama anak saya yang berumur 3 tahun adalah menggunakan bahan terbuang untuk membuat 'castle'.Selain membina idea kreatif untuknya,memang saya memanafaatkan waktu petang kami bersama dengannya.Dalam entry ini saya akan menunjukkan idea untuk beraktiviti bersama kanak-kanak,tidak kisah anak sendiri,anak saudara atau di taska.

PROJEK MEMBUAT ISTANA KOTAK

Mula-mulacari idea dulu dan pastikan bahan-bahan terbuang kat rumah tu cukup.Inilah gambar inspirasi kami.Hehe!Cantikkan?

Bahan-Bahan yang diperlukan

1.Kotak-kotak terbuang
2.Tissue roll,panjang atau pendek
3.Gam untuk melekat
4.Gunting
5.Crayon

Cara-cara membuat istana kotak [idea kami pada hari tu]


1.Pilih kotak yang besar untuk dijadikan tapak istana.Dan pilih tapak berikutnya untuk dibuat tingkat-tingkat istana.Untuk menampakkan lagi kawasan bumbung sepert 'fort'.Boleh gunting seperti gambar dibawah.Lekatkan kotak di atas tapak istana. 

2.Mula membina menara.Tissue roll boleh digunting sehingga menjadi seperti bentuk 'fort' atau boleh diletakkan bumbung seperti gambar contoh di atas.Tapi anak saya letak bola.Dah macam kubah dah.
"Letak macam ni ok tak mummy?"
3.Lekatkan mengikut citarasa masing-masing.Kemudian ajak anak mewarna dan hias istana bersama.Pada waktu ini,sebab anak saya belum pandai melukis..saya lukis untuk dia,dan kami mewarna bersama-sama.Lukislah apa saya yang dia minta untuk hias istananya.
Saya lukis bunga dan dia warnakan
4.Dan lukis lagi =) Kali ni kolam pulak..

Sebijik dia minta saya lukis kolam kat rumah tokwan dia
Inilah hasilnya.Memberangsangkan untuk aktiviti 2 petang kami membuat istana kotak dari bahan terpakai.

SIAP!
Bukan senang ye nak mencari aktiviti bersama anak.Apatah lagi membuat bersama-sama.Dapat fokus sedikit pun kita patut bersyukur.Daripada kita biarkan dia menonton TV dengan kartun-kartun yg berulang-ulang.

Disini saya kongsikan tips beraktiviti kreatif bersama anak 3tahun;

1.Rancang aktiviti

Mulakan hari dengan merancang aktiviti petang.Apabila sudah mendapat idea.Tunjukkan gambar dan ceritakan apa yang kita akan buat petang nanti.Contoh gambar istana ini,anda tunjukkan sejak pagi supaya anak anda rasa teruja menunggu petang atau sesi bermula.

2.Rancang bahan dan bajet

Seeloknya jika memerlukan bahan yang terpaksa dibeli.Rancang awal.Jika hanya menggunakan aktiviti yang memerlukan bahan terbuang boleh lakukan aktiviti secara spontan.Tidak perlu berbelanja mahal setiap kali beraktiviti.Yang paling mahal adalah masa anda bersamanya.

3.Temani anak sepanjang beraktiviti

Apabila melihat anak orang lain beraktiviti kreatif anda rasa 'best' sangat dan mahukan anak anda begitu juga.Tahukan anda dorongan untuk beraktiviti menuntut anda untuk bersama-sama melakukannya bersama anak.Bukan semudah menyuruh anak mewarna dan anda berkalih menonton TV.Tidak!Aktivit semudah mewarna pun menuntut anda menemani dan mewarna bersama dengannya.Mereka akan lebih rasa teruja dan disayangi.Jadi,temani mereka,buat,gunting,lekat,warna dan buat semuanya dengan mereka.Bukan sekadar bagi bahan,ajar dan anda main ipad!Tentu tak berhasil

4.Jangan letak 'expectation' anda sebagai kayu ukur

Jangan meletakkan hasil sebagai kayu ukur.Masa,hubungan dan kreativit semasa membuat aktiviti yang paling penting.Tak kisah istana kotak anda kemek atau nampak seperti kandang ayam.Hehehe! Yang penting si kecil beraktiviti.Jangan stress.

Sebagai penutup,mari kita lihat perkembangan normal bagi kanak-kanak 3-4 tahun;

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak 3-4 tahun

3- to 4-Year-Old Development: Cognitive Milestones

Your child will start asking lots and lots of questions. "Why is the sky blue? Why do birds have feathers?" Questions, questions, and more questions! While it may be annoying at times, asking questions is a normal developmental milestone. In addition to asking "why?" all the time, your 3- to 4-year-old should be able to: 
  • Correctly name familiar colors
  • Understand the idea of same and different
  • Pretend and fantasize more creatively
  • Follow three-part commands
  • Remember parts of a story
  • Understand time better (for example, morning, afternoon, night)
  • Count, and understand the concept of counting
  • Sort objects by shape and color
  • Complete age-appropriate puzzles
  • Recognize and identify common objects and pictures

Sekian =)











No comments:

Post a Comment