Friday, 26 September 2014

Playdate sepupu sepapat


Bila bersama sepupu merangkap BFFL [Best Friend For Life] katanya..!Anak saya memang main tahap over.Berpeluh-peluh,super happy dan sangat energetic.So mak nye want to burn their energy supaya masing-masing tidur awal.Hehehe!Opportunist kah? Ini antara aktiviti bersama yang saya buat to burn their energy in many positive ways.



PLAYGROUND MADNESS

Macam gambar di atas.Memang antara aktiviti membakar energy anak dan kalori ibubapa.Mesti balik anak kita akan letih dan tidur awal.Layankan saja aktiviti di taman permainannya.Yang paling tak seronok bila ada penjual aiskrim berniaga.Tak dapat dipastikan aiskrim dari sumber yang mana.Dan terjadi drama bila si anak meminta-minta aiskrim tu pulak.Mana dia tahukan...sumber aiskrim tu.Dramanya,kami ajak mereka balik dan singgah di kedai mencari aiskrim yang lebih terjamin halal dan kualitinya.

PIZZA PARTY

Ini memang aktiviti paling mudah saya sediakan untuk anak.Senang buat dan mereka rasa mereka pamdai masak terus.Hehe!Letaklah apa sahaja.Bantu mereka siapkan pizza dan makan bersama.Klik entry ini untuk resepi pizza party

Muka teruja.Peace bagai ha..Lihat,seronok sungguh mereka buat pizza.Mix and bake in the oven.

CREATIVE ACTIVITY

Kreatif ke?Kretif jugak.Gunakan bahan terbuang sahaja.Kebetulan ada kotak.Saya panggil mereka dan bagi krayon.Saya tunjukkan yang kita akan buat kotak bas sekolah.

Minta mereka warnakan dan lukis apa sahaja yang mereka suka.Atau lukiskan untuk mereka apa yang mereka mahu.Jadi,memang lucu lah..ada yang lukis ayah,ibu,adik dalam bas.Ada bunga,pokok dan bintang.Tergelak-gelak lihat imaginasi mereka.
Bila dah siap..time to play!Play safe dear.Jangan ganas-ganas.Sungguh-sungguh diorang main dengan bas sekolah kotak ni.
Cutest passengers.Dua orang ni pun nak tumpang main kakak-kakak sekalian.Bagus,fully utilize hasil aktiviti kami petang tu.Yang debab di sebelah kiri tu..sandar sampai koyak belakang bas.
Sekian dan selamat beraktiviti

No comments:

Post a Comment