Thursday, 27 February 2014

Lamaze Inchworm and Softbook ABC Beciri Islamik

Alhamdulillah,makin banyak combo.Pocket-friendly combo


Baby combo ni sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas.Mulakan dengan mainan lamaze inchworm.Lepas tu ibu-ibu boleh bacakan softbook.Softbook kami walaupun ABC,tapi berciri islamik.Susah dijumpai diluar ye.

Keterangan lamaze inchworm:

Ciri-ciri yang sesuai untuk bayi 0-24 bulan :

✔Materials: Fabric seakan velvet lembut, satin tiruan,reben dan diisi dengan kapas

✔Measurement: Approximately 60cm long.


✔Bunyi : Fun rattles, squeaks, crinkles and jingles with interesting textures to touch and chew.


✔Plays sound when the inchworm's head is hugged.


✔At over 60cm long your baby won't be able to stop cuddling this soft and colourful musical inchworm.


✔Great tummy time toy. Inchworm's belly features a measure in both inches and centimetres and his body has a variety of different textures.


Keistimewaan softbook ABC berciri Islamik;
Islamic Soft Book yang boleh jadi bantal, boleh dicuci, tidak mudah koyak Untuk Anak Kesayangan Anda

Islamic Soft Book
Material : made using high quality soft fiber material.
Size: 16.5cm x 16.5cm (approximately)


Tajuk Buku: Mengenal Abjad
2 bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Mengenal Huruf A-Z dan Perkataan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris

Ada 8 page termasuk cover depan dan belakang



HARGA : RM60//Termasuk pos ke Semenanjung

Berminat? PM/SMS/Whatsap kod 'BABY COMBO' dan hantar kepada 012.677.3782 untuk pembelian.

Thursday, 20 February 2014

STEERING MAINAN KANAK-KANAK

Kadang-kadang dalam inbox di page RumahKedai saya hairan bila ada customer tanya mengenai mainan-mainan yang memang lama sangat kami tak restock.Akhirnya terjawab teka teki saya.Rupa-rupanya customer tu dari pembaca blog yang menjadikan pakcik Google kaunter pertanyaan.Percaya dengan power of search engine,kami restock semula stok mainan laku keras STEERING MAINAN KANAK-KANAK





KEISTIMEWAAN STEERING MAINAN
✔Ada bunyi deruman enjin,tukar gear dan 'braking'.
✔Ada lampu kelip dan meniru kelajuan kereta.
✔Sesuai dilekapkan ditingkap dan 'stand' untuk dipegang dalam kereta.
✔Sesuai sangat bila anak dah mula tunjuk minat nak ambil alih steering kereta daripada anda 

✔Ada button signal,kiri,kanan dan emergency

✔Pakej termasuk 3 AA bateri
Packaging untuk steering mainan.Besar gitu


Naufal,anak pelanggan kami.Muka teruja sangat dapat drive macam papa dia
HARGA :RM45/Termasuk postage*
*Ke Semenanjung

Nak order? PM/SMS/Whatsap kod 'STEERING' dan hantar kepada 017.223.5362 untuk pembelian.

Sunday, 16 February 2014

RAK DORA THE EXPLORER

Syukur,berpeluang update item baru hari ini.Setelah sekian lama blog ditumbuhi lumut-lumut hijau.

RAK DORA THE EXPLORER

Comel kan?Agak-agak rumah semak tu boleh la beli satu untuk sang puteri.Lepas tu ajar dia kemas sendiri ye.Masuk-masukje dalam bin tu sayang..

Ciri-ciri;
3 tingkat dan 9 bins
Space saving dan sesuai di mana-mana bilik gegirl

Specifications :-
Material : High Density Board PP Plastic
Net weight : 7.6 kg
Bin Dimension : 24cm (L) x 15cm (W) x 13cm (H)
Rack Dimension : 82.5cm (L) x 34cm (W) x 80cm (H)

Package Contents :-
1 x Toy Organizer Rack
9 x Storage Bins

Nak order? SMS/Whatsap kod 'RAK DORA' dan hantar ke 017.223.5362

Sunday, 5 January 2014

KESALAHAN SAYA POST GAMBAR PRODUK

Semasa saya memulakan perniagaan online 3 tahun yang lalu.Saya tiada ilmu.Masuk secara cuba-jaya sebab tengok-tengok orang lain berniaga online juga.Seperti newbies yang 'kosong' saya hentam sahaja apa yang saya tengok berdasarkan pemerhatian saya.

p/s : Artikel ini hanyalah untuk peniaga online yang masih baru dan bermula dengan 'lean startup' seperti saya.

Jom tengok apa KESALAHAN YANG SAYA BUAT DENGAN GAMBAR PRODUK suatu masa dulu

1. Hentam keromo ambil gambar product dan upload di personal akaun.Tangkap gambar guna kamera handphone.Tak kira 'angle' mahupun 'lighting'.Saya rasakan dah cukup cantik masa ni.Terus saya upload facebook.Tiga tahun lepas tu.Sorang pun tak comment mahupun respond di gambar tu.Proven-kaedah cuba tapi TAK BERJAYA.

Jangan tiru kesalahan ini.Ia nampak sangat tak profesional.Orang yang suka-suka berniaga di FB tanpa ilmu sahaja buat begini.Anda? Ya..anda yang berkeinginan untuk pergi jauh mampu buat lebih lagi.



2. Kesalahan paling memalukan saya adalah: letak product atas lantai.Snap picture dan upload gambar product.Tengok,musical mat dan ipad islamic saya letak di lantai atau di atas tikar.Kemudian saya edit.Tapi nampak sungguh daif.Jangan ulangi ye.Apatah lagi bagi yang menjual product pakaian dan tudung.Isu kebersihan juga diragukan

Nampak lantai bilik tu..ishx3!
Letak produk atas tikar.Gambar tak menarik langsung dan caca marba

Jangan tiru kesalahan ini,sekurang-kurangnya anda boleh cuba letakkan manila kad putih atau tuala sekalipun di atas meja mahupun sofa.Cari pencahayaan yang sesuai dan snap.Kemudian edit.Yang penting bukan di lantai.Ini contoh gambar berlatarbelakangkan tuala.Tapi hasilnya agak baik.
Hasil yang OK2 sahaja

3. Background hitam atau warna bercampur-campur.Ia agak memalukan.Anda tahu bagaimana gambar dibawah saya ambil?Saya letakkan di atas tshirt suami yang bewarna hitam.Letakkan di lantai,snap.Kemudian saya hanya crop.Sungguh memalukan.

Warna kurang konsisten dan kabur.Tidak menarik.

Lihat latarbelakang,ada nampak tshirt hitam dan kayu lantai sahaja di bahagian belakang.
Okay, apa cadangan saya untuk gambar lebih menarik.Dengan bajet yang minima?Kita cuba sedikit-demi sedikit ye kawan-kawan.Along the way banyak yang kita akan belajar.

1.My budget is under RM100?Jika masih ada peruntukan, anda boleh membeli DIY photoshoot kit.Google sahaja.Yang ini kami beli dari portal jualan terbesar di Malaysia. GROUP**.

Nampak menarik bukan?Gambar and lebih 'presentable'
2. Untuk product kecil,gunakan manilakad putih.Lekat di dinding dan di meja.Kemudian gunakanlah seluruh kreativiti anda untuk mendapat gambar yang paling menarik.
Ini hasilnya.Better.

Sentuhan magis.Ta-da..!!
3. Reka-reka sendiri kit photoshoot anda.Ini contoh kawan saya buat.Kak Hanis

SELAMAT BERTAWAKKAL,BERUSAHA DAN TAWAKKAL.

>> Follow FanPage saya di Facebook :RumahKedai
>> Komen nama dan email address jika berminat mengikuti workshop FB Marketing For Beginner pada bulan March 2014 ini.Lokasi Subang Perdana
>> Komen "ONLINE COACHING' ,nama dan email address jika berminat mengikuti kelas online FB Marketing For Beginner untuk sesi April-Jun 2014.

Saturday, 14 December 2013

Resepi berpantang : Sup lobak merah

Alhamdulillah,selamat melahirkan anak.Jadi entri-entri kali ni berkisar dengan resepi berpantang sahaja lah ye.Kena dengan tema dan moodnya.

Di hospital,pagi-pagi lagi dihidangkan dengan kuey teow goreng ada tauhu beserta minuman coklat.Jadi elak-elakkan lah.Saya buat alternatif lain dengan minum minuman berserat dan memilih biskut-biskut yang berserat sahaja.Saya jamah sesudu.Lepas tu minum minuman berseratdan biskut2 pilihan juga yang berserat2.Bukan apa,untuk mengurangkan sembelit sewaktu berpantang.Ini normal ye,dek kerana menu berpantang yang kita makan,kurang air dan kelambatan organ perkumuhan.Sembelit selalu terjadi kepada ibu mengandung dan bersalin.


 Balik rumah,adik saya siapkan ikan tenggiri di lumur dengan garam,kunyit dan lada hitam.Lawan dengan sup sayur lobak merah ala segera saya buat.Jom saya kongsikan idea sup biasa-biasa ini buat anda,semoga bermanafaat ibu-ibu=)

Sup Lobak Segera

Bahan-Bahan
1 biji lobak merah dipotong mengikut citarasa
2 ulang bawang putih*
1/2 biji bawang besar*
Secubit ikan bilis*

Cara-cara memasak:
1. Tumbuk bahan-bahan * kemudian masukkan dalam periuk kecil sehingga mendidih.
2. Masukkan lobak merah dan masak sampai lembut.
3. Saya letakkan sediikit lebihan daun bawang bagi cantik 


Jadual makanan dewan makan ke?
Tak lah.Yang dilekat tu cuma jadual pemakanan pantang cara orang Melayu yang tidak menggadaikan nilai kesihatan sebagai rujukan saya didapur.

Di hospital,saya masih sempat menerima order mahupun memborong secara maya dari supplier.Jadi saya sudah restock 2 pakej di bawah.

PAKEJ SOFTBOOK BAYI BIJAK.
HARGA RM100/termasuk postage ke Semenanjung
 Nak ketahui lebih lanjut dan cara pembelian PAKEJ SOFTBOOK BAYI BIJAK. Klik DI SINI

SET 3 FLASHCARD TULIS DAN PADAM
HARGA : RM 37/termasuk postage ke Semenanjung 
 Nak ketahui lebih lanjut dan cara pembelian,klik DI SINI

Saturday, 7 December 2013

Resepi Kanak-Kanak : Nugget Ayam Sihat

Disebabkan sedap ditambah dengan serbuk perasa dalam makanan sejuk beku, makanan ini menjadi pilihan kanak-kanak.Dalam bahasa sains ia dipanggil 'processed food'.NUGGET AYAM,pancing sahaja anak anda sekali, pasti dia nak lagi.Mudahnya penyediaan 'processed food' ini,membuatkan ramai yang mengalah,dan ada yang menyediakannya sebagai makanan wajib anak-anak.Aduh! Mari saya dan kita sama-sama berhijrah menyediakan makanan yang lebih berkhasiat untuk anak.Percayalah,penat lelah kita mungkin tak nampak hari pada hari ini,tetapi setiap niatkan sebagai sedekah buat si kecil.Biji yang ditanam Insyaallah akan membuahkan hasil.Amin.

NUGGET AYAM SIHAT BUAT SI MANJA
SUMBER : My Resepi.com
GAMBAR : Azura Shariff (kawan baik saya)

Bahan-Bahan
1/2 kilo isi ayam
5 keping roti sandwich (direndam hingga kembang)
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 sudu minyak bijan
Gula,lada putih dan garam secukup rasa
Tepung gandum secukupnya
Serbuk roti

Cara-cara membuatnya
1. Kisar ayam,roti,sebiji telur,bawang putih,minyak bijan,garam,lada putih dan garam hingga lumat.
2. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10minit.Setelah itu bentukkan mengikut bentuk kegemaran anda.
3. Gulingkan dalam tepung gandum hingga sekata.
4. Salut ke dalam telur,kemudian dengan serbuk roti.
5. Sedia digoreng atau sejuk beku.

Ha..seronokkan? Tak sabar nak cuba,

Ingin shopping dengan harga jimat.Jom lihat barang-barang mainan yang kami tawarkan sempena Year-End-Sale RumahKedai DI SINI



Tuesday, 26 November 2013

Friday night with kids

Saya adalah fan Learn with Play at home . Hujung minggu lepas saya terinspirasi lihat gambar ni. Sebab saya tahu,anak saya selalu buat aktiviti ni di playgroup.


So, my plan was to spend her Friday night with this activity.Mungkin nampak macam boring bagi kita.Tapi dengan dorongan dan pujian dari kita..siapa tahu.Kita sedang mengembangkan motor-skill,confident,jati diri dan emotional EQ mereka.

Mula-mula saya belikan kertas warna dan gam.Kertas putih boleh pakai kertas terpakai je.Gunting mengikut size dan bentuk.Kemudian bagi sahaja gam buat si kecil.Biar dia letakkan sendiri gam di mana yang dia suka.

Kemudian minta dia lekat-lekat bentuk dan warna dia suka.Puji perbuatannya. Mengikut tahap anak masing-masing,boleh minta dia lekatkan mengikut warna,kemudian bentuk...akhirnya bentuk dan warna.

Perbualan saya dan anak malam itu, "where is blue-circle?", "where is red-triagle?" sangat mudah.Kemudian dia sendiri yang cakap,kalau babanya balik,mesti baba puji dia.Mak aih...over confident! Tak pe,bagus2 =)

Dan hasilnya...Jom cuba!