Gambar Ihsan ;http://www.parents.com |
POTTY TRAINING LEVEL 1
Saya klasifikasikan mengikut level adalah berdasarkan pandangan individu iaitu saya sendiri.Semua kisah dibawah berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya.Sengaja juga saya letakkan level supaya saya merasa saya berjaya mencapai sesuatu tahap dan memotivasikan diri ke tahap seterusnya.
LEVEL 1 : Bebas lampin hanya sewaktu di rumah dan bersama ibu.
LEVEL 2 : Bebas lampin ketika dirumah dan di luar [ketika outing dan dalam perjalanan jauh].Masih menggunakan lampin ketika tidur
LEVEL 3 : Bebas lampin 100%
Bagaimana saya memulakannya?
Niat
Mulakan sesuatu dengan niat kerana Allah.Kerana nak mendidik anak berdikari,lebih bersih dan bebas lampin.Nanti bila marah-marah,semak niat anda balik.Bukan sekali-kali kerana penghargaan manusia
Beritahu ahli keluarga yang lain
Beritahu ahli keluarga yang lain bahawa anak kita ini dalam proses 'potty training'.Supaya mereka memberikan kerjasama seperti ingatkan si kecil untuk ke tandas.Priority ke tandas diberikan kepada anak.Yelah...tak nak kang terburai tumpah ke lantai.Jenuh.Dan mungkin memerlukan kerjasama mereka membersihkan kencing [letih nak bersihkan tu..]
Ajar anak anda apa yang dia perlu buat
1. Terangkan kepada anak
Terangkan yang anda akan melatihnya membuang air dalam tandas.Tak perlu guna lampin lagi.Terangkan sebabnya,ibu nak adik buang air dalam tandas,lebih bersih.Adik dah besar.Orang yang dah besar buang air dalam tandas.
2. Beritahu apa yang dia perlu buat.
Maksudnya,selepas membuang air kecil dia mesti basuh private part,tempat kencing,tangan dan kaki supaya bersih.Ulang dan ulang supaya dia ingat dan akan buat pada masa akan datang.Cara penceritaan sangat senang.Kadang-kadang kanak-kanak bila kita terangkan sesuatu..masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Anda boleh cuba kaedah 'social story'.Kaedah ini biasanya digunakan kepada kanak-kanak istimewa autism.But it works very well with my daughter.Ini contoh social story mudah
Sumber ;http://treasuresinthedust.com |
3. Pergi ke tandas setiap 2 jam
2 jam sekali.Ingatkan yang dia perlu membuang air kecil.Sentiasa perhatikan jam dan waktu dia minum.Istiqamah selama 2 minggu,Insyaallah kemudian dia pandai mengagak sendiri waktu dia ke tandas.Perlu untuk pergi ke tandas setiap kali bangun tidur
4. Puji dan berikan kata-kata semangat
Bila dia berjaya lakukannya,puji dan beritahu yang dia sangat pandai.Nanti adik ulang lagi ye macam ni.Insiden kencing je merata berlaku juga...masa ni,ibu mesti istighfar dulu sebelum marah.Supaya kita marah pada tempatnya dan tidak berlebihan.Ada yang buat chart dan reward anak.Saya tak buat chart.Tapi bila anak berjaya lakukan saya pada hari tu saya akan telefon ayahnya minta belikan aiskrim bila pulang nanti,sebab anak dah buat dengan baik hari tu.Pastikan dia dengar pujian anda kepada ayahnya ketika bercakap telefon.Sediakan potty gadjet yang sesuai dengan anak dan rumah anda
Saya belikan anak saya potty ladder training.Actually saya jual gajet ni.Namanya potty ladder training.Keistimewaannya sebab anak saya boleh naik sendiri ke toilet bowl bila dia nak buang air.Kita tak perlu angkat dah.Umur 3 tahun dia tak begitu tinggi untuk naik ke toilet bowl.Lepas tu senang sahaja nak lipat dan letak ke tepi bila orang dewasa pula nak gunakan tandas.
Gambar Ihsan;Aliexpress |
Memang mudah.Saya mula-mula ingat nak beli jenis mini potty.Tapi saya takut saya tak sempat buang nasjis tu sebab anak saya yang kedua masih perlukan perhatian.
Alhamdulillah dalam 2 minggu anak saya berjaya ke tandas untuk buang air kecil dan besar.Lepas 2 minggu tiada insiden terkucil.Maka dia berjaya mengharungi LEVEL 1 POTTY TRAINED!Jadi dalam masa 2 minggu dia memang tidak memakai lampin di rumah.Pengalaman LEVEL 2 akan saya kongsikan pada episod akan datang.Insyaallah
Jika anda berminat membeli potty training ladder ni.Boleh hubungi saya di 017.223.5362
HARGA RM63
Shopping educational toys di sini https://www.facebook.com/littlemunas
No comments:
Post a Comment