Sunday 19 October 2014

Baking with kid [PEANUT BUTTER COOKIES]

RESEPI KANAK-KANAK 

Aktiviti petang Sabtu kami isi dengan masak peanut butter cookies.Sedap dan senang nak buat.Saya tak pernah sangka.Sampai saya belek-belek buku cooking with kids kat dapur saya tu.



Saya ambil dari buku COOKING & GARDENING [PROJECT WITH KIDS].Memang buku terbaik.Dekat setahun ada buku ni macam-macam saya buat dengan anak hasil idea daripada buku ni.Kalau di Petaling Jaya boleh cari di BookXcess.Atau beli online di bookxcess.com. Harga tak mahal sebab saya beli rm25.90.Berbaloi sangat sebab berat buku ni sekilo lebih,glossy paper dan bewarna.Imported book.

RESEPI PEANUT BUTTER COOKIES

Resepi senang yang amat.Rugi tak cuba.Memandangkan mak mertua saya tinggalkan kami dengan sebotol peanut butter.Pakailah daripada biar membazir.Dont be a food waster.Create something new!

Bahan-Bahan untuk 25 biji cookies

1/2 cawan mentega
3/4 gula perang [jika tiada gantikan dengan 1/2 gula biasa]
sebiji telur 
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 ke 1 cawan crunchy butter [yang dalam botol dan selalu kita makan dengan roti tu..]
1 cawan tepung
1/2 sudu kecil soda penaik
secubit garam

Cara-cara memasak

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan nampak creamy.Pukul dengan tangan je atau gilir-gilir dengan anak.Panaskan oven pada 150darjah
Sambil pukul,sambil makan keropok
2. Dalam mangkuk yang lain,campurkan telur dan esen vanilla.Masukkan ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit dan pukul sebati.

3. Campurkan peanut butter dan kacau.Masukkan sedikit demi sekit tepung dan soda penaik.Kacau sehingga adunan boleh dibentuk bulat-bulat.
4. Bentukkan adunan menjadi bulat dan bentukkan dengan garfu.Masukkan ke dalam oven pada suhu 180darjah selama 15-20minit.
Bab membentuk ni dia memang gigih
5.Bakar sehingga masak.Kalau suka hangit-hangit sikit..panaskan jadi 200darjah.Itu selera suami saya.
Hasilnya kecik besar,dah nama pun kanak-kanak yang buat
Jom rasa.Memang sedap.Saya pun tak sangka.Sesuai dimakan dengan susu.Selamat mencuba







No comments:

Post a Comment