Wednesday, 2 April 2014

Aktiviti Kanak-Kanak:Memasak Pancake

Minggu lepas saya ke Book Excess membeli buku.Akhrinya terjumpa buku Cooking and Gardening With Kids ni.Punyalah teruja saya baca[[Harga asal :RM139**Harga sale: RM29.90shj]].Anak saya pun suka belek-belek tengok gambar.Nak masak macam kakak katanya.
Muka surat ni sekadar pengenalan.Nanti page yang ada resepi lagi menarik
Pagi Isnin baru ni,masa yang dia mula tengok TV dalam pukul 11 macam tu saya tunjukkan dia buku tu.Saya tanya nak masak macam kakak ke?Dia cakap nak 'kacau-kacau' macam kakak. Then saya ajak ke dapur.Saya bagi dia bekas besar,tepung penkek tambah air.Biar dia kacau.Tambah gula dan milo bagi rasa chocolaty gitu.Kena la dengan budak-budak...So saya tawakkal.Kotor dapur saya pun kotor la..


Surprisingly kita guide dia.Elok je dia buat.Kita tunjuk cara yang betul dan puji bila dia buat yang betul**Teknik Nabi.Beritahu dia kacau pelan-pelan.Tumpah sikit-sikit yu biasalah..budak!Konsistensi tepung tu kita monitor.Dia kacau punya kacau sampai jadi elok je adunan tu.Dalam hati saya terkejut.Tak sangka dia mampu ikut arahan dan fokus.Alang-alang saya raikan dia dengan masak penkek dari adunan yang dia buat.Aish..tergedik-gedik dia suka.Aktiviti ni meningkatkan keupayaan motor halus dan daya fokus.

Bila penkek dah masak...dot-dot-dot
Lepas masak,saya ajak dia makan.Biasalah..budak-budak..bukan nak makan pun.Jadi saya ajak dia hias penkek dia.Sambil-sambil berdukung si adik yang baru tiga bulan.Saya siapkan nutella dan rainbow stars untuk kakak hias.Sapu dulu nutella tu...letak rainbow dust.Siap! Jadila..penkek berhias gitu!Alhamdulillah.

Penkek kami jadi highlight of the day.Hehehe!Seronok biarkan anak bereksperimen didapur (atas pengawasan ibu bapa)

No comments:

Post a Comment