Monday, 12 January 2015

Softbook untuk bayi [0 hingga 6 bulan]

Softbo.ok yang sesuai dari 0 hingga 6 bulan

Kali ini kita akan lihat softbook yang sesuai untuk bayi baru  lahir sehingga 6 bulan,Softbook lamaze ini memang unik dan saya suka sangat bila dia ada panduan membaca dan play ideas dibelakang softbook itu.Jom lihat


4. HOW DO I FEEL

How do i feel buku istimewa.Boleh dimulakan dari 3bulan dan keatas.Buku ini tidak ada jalan cerita,tapi ada tulisan emosi-emosi pada muka surat.Ianya mempunya warna kontra yang tinggi jadi amat sesuai bagi permulaan hidup bayi.Cara membacanya membacanya sangat mudah.Ibu bapa bacakan sambil membuat mimik muka kepada bayi anda.Tahu tak?Seawal usia 3 bulan bayi mula mengecam muka ahli keluarganya dan belajar mimik muka.


Aktiviti Memasak Bersama Anak [Cara Membuat Aiskrim Goreng]

Resepi Kanak-Kanak Menggunakan Roti


Disebabkan resepi ni lebih kepada resepi yang dapat dibuat dalam aktivit ibu dan anak,jadi tiada gambar-gambar makanan yang cantik.Yang ada hanya gambar aktiviti berlangsung.Kali ini kami tunjukkan cara-cara membuat aiskrim goreng .Yang bagusnya kami guna roti yang dah nak expire.Rupanya banyak kegunaan roti yg expire ni,jadi kita fikir-fikirkan dulu apa yang boleh dibuat sebelum kita simply buang je roti tu dalam tong sampah.Rujuk resepi roti expire di sini 

Cara Membuat Aiskrim Goreng

Bahan-bahan

Baha-bahan dan chef cilik

Monday, 29 December 2014

Telekung Kanak-kanak 2015 [Warna baru]

Warna Baru dan Stok Baru Telekung Kanak-kanak 2015

Bagi yang berazam mengajar anak bersolat tahun2015,kami bawakan wana-warna terbaru telekung kanak-kanak Weeda.Juga dikenali pakaian solat,dengan material lycra.Warna?Mencairkan hati dengan warna-warna menarik kali ini.

Info Telekung Kanak-Kanak Weeda

>Material daripada lycra
>Sesuai untuk 4-12 tahun
>Kain yang labuh menutup aurat
>Getah pengikat kepala
Kain yang labuh menutup aurat

Getah pengikat kepala

Tuesday, 16 December 2014

Buku Amoi Berhijab

Amoi Berhijab

Tengok je buku ni melintas di newsfeed supplier,memang rasa tak dapat menahan diri dari membaca.Kekaguman mengenai Felixia memang saya luahkan didalam hati sahaja sebelum-sebelum ini.Fesyen muslimah beliau buat hati meronta-ronta nak follow.Kohkohkoh!Jom tengok sinopsis buku Cik Rania Felixia kita ni.

Sinopsis Amoi Berhijab

Thursday, 4 December 2014

Buku-buku dan kombo Disember


Pencapaian Peribadi 2014

Assalamualaikum semua.Sangat bahagia tiba ke bulan Disember.Menyemak semula tahun 2014.Pencapaian dan jatuh bangun selama setahun.Yang saya amat syukuri saya dapat menembusi pasaran buku yang saya tak pernah jangka sebelum ini.Perkara kedua,bertukar kerjaya daripada aircraft maintenance engineer menjadi work-at-home-mum dengan pencapaian memberangsangkan.Yang paling bermakna,dapat mengajar anak al-quran.Kaching!Didoakan menjadi pencen kubur yang berterusan hasil daripada menjara anak membaca quran.Amin.

Buku Paling Laris November 2014

CATATAN MAT LUTFI.Tak lain tak bukan buku adik kita nun jauh belajar di negeri orang.Jom layan sikit promo beliau di youtube.

Mari tengok feedback customer yang membeli dari saya ye.Mostly adik-adik universiti.Tak kurang remaja purba 3 series macam kami.Tak kurang jugak yang dijangkiti gelak kohkohkoh!Jom tengok
Adik-adik universiti

Thursday, 20 November 2014

Ipad Islamik Juz Amma Dan Buku-Buku Terbaru Untuk Mendidik Generasi Al Quran

Salam semua.Maaf saya tak sempat nak update mengenai aktiviti saya dengan anak.Tapi banyak sangat barang baru masuk ke kedai.Yang tu memang patut disyukuri.Saya mulakan dengan gajet dan akhiri dengan buku ye.

Gajet

Ipad Islamik Juz Amma

Ipad ni memang sangat-sangatlah berguna bagi ibubapa yang memang nak anak menghafal alquran macam saya.Tiada ganguan cartoon youtube mahupun gangguan.Anak ambil dan pilih surah sahaja.

Ada butang pause,skip and play.Puas hati.Memang untuk menghafal semata-mata.Bagus.

Tuesday, 18 November 2014

Buku-buku terbaru di kedai [Edisi November]

Syukur sekarang dah berjaya masukkan buku-buku kedalam koleksi jualan saya.Bulan Disember ni Insyaallah akan ada pelbagai kombo menarik.Jom zoom in buku-buku baru masuk.

Kategori Santai

1.Catatan Mat Lutfi


Sapa hat dok 'enjoy' sangat tengok adik angkat hampa kat youtube ni.Dia dah keluarkan buku bersifat santai (buleh tulih buku jugak dia...)

CATATAN MAT LUTFI

Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.

Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.

Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri.

Harga rm25

2. DRACULA VS ALFATEH


DRACULA Vs AL FATEH
Nama Dracula sering disebut-sebut. Sangkaan kita, nama ini hanyalah cerita. Dongeng Barat yang direka-reka.
Siapa sangka yang Dracula memang benar-benar wujud? Lebih menakjubkan, Dracula ini pernah hidup sezaman dengan sultan yang namanya selalu disebut, Sultan Muhammad Al-Fateh.
Dalam buku ini, ada banyak fakta yang mengejutkan. Antaranya:

1. Dracula adalah antara musuh paling ketat Sultan Al-Fateh.
2. Dracula pernah berkawan dan tinggal bersekali dengan Sultan Al-Fateh.
3. Tidak seperti yang digambarkan dalam filem Dracula Untold, Al-Fateh tidak dibunuh Dracula.
4. Wujudnya watak bernama Radu, adik-beradik Dracula yang banyak membantu Kerajaan Uthmaniyah.
5. Radu adalah pemburu Dracula, seolah-olah watak sebenar yang menginspirasi Van Helsing.


Dracula vs Al-Fateh adalah buku fakta, berasaskan kajian ilmiah.
RM19

Jika berminat sms/whatsap 017 223 5362
Telegram littlemuna