Monday, 7 July 2014

Pengalaman Dan Tips Menyusu Ketika Berpuasa

Jadi ibu ni memang mencabar segala segi.Berpuasa dan menyusu juga jadi cabaran untuk ibu pertama kali atau ibu yang dah berkali-kali.Menyusu pula boleh dikategorikan kepada 2 level.Level pertama-bila bayi dibawah 6 bulan dan hanya minum susu kita sahaja.Dan Level ke-2 -6 bulan ke atas bila dia tak hanya minum susu kita sahaja.

Mana-mana level pun kita tetap kena berpuasa dan menyusu.Jom tengok tips yang anda boleh praktikkan untuk menyusu anak anda di bulan puasa.

1. JANGAN TINGGALKAN SAHUR
Jangan 'skip' sahur.Sebab dengan keadaan anda yang menyusukan bayi,mungkin anda akan menggeletar sebab tak makan sahur.Kita kan makan untuk 2 orang.Bila kita tak makan atau minum pagi tu dan hanya berikan makanan dalam badan kita kepada anak,memang boleh menggeletar dan dehidrate.Sahur dengan minum banyak air.Ini dapat membekalkan susu yang mencukupi dan menjamin kecergasan kita.Kalau kita kurang minum air dan menyusu pulak tu..siap la penyakit sembelit datang bulan puasa ni

2.BAGAIMANA NAK MINUM BANYAK AIR?
Soalan yang bagus sebab perut kita terbahgai kepada 1/3 bahagian makanan,1/3 bahagian air dan 1/3 bahagian udara kan?Takkan nak minum air je waktu berbuka.Untuk menjamin air yg mencukupi anda gantikan menu kueh-kueh berbuka dengan buah.Buah mengandungi kandungan air yang tinggi daripada kueh mueh,jadi dengan memakan buah anda dah mendapat ekstra air.Contoh buah yang boleh membekalkan air sewaktu berbuka ;tembikai,mangga masak,tembikai susu,papaya,nanas.Aish..kecur air liur pulak.Lagipun buah-buahan ni membekalkan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit untuk ibu menyusu.
Buat macam ni pun boleh

Alternatif lain adalah makan,makanan berasaskan air ketika berbuka seperti bubur lambuk.Bubur kacang,bubur jagung,serawa pisang.Sambil menyelam,minum air lah.Juga boleh makan makanan seperti bihun sup,laksa penang atau mee kuah.Kan tinggi kandungan air tu
Credit gambar :http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bubur-lambuk-kg-baru-laris-peniaga-nak-menang-tangan


3.MINUM SUSU
Jangan lupa minum susu ketika bersahur dan berbuka atau...waktu malam-malam sebelum tidur tu.Susu badan Allah dah ciptakan sempurna walaupun si ibu tak makan makanan yang sempurna.Segala nutrien dan kalsium diambil daripada badan ibu.Jadi,yg ruginya kitalah...kalau kita tak 'top up' nutrien-nutrien tu.Kang rambut gugur,gigi jarang...jangan marah kan anak.Awak yang tak top up kalsium anda.

Kalau malas sangat minum susu,buatlah horlick,ho,ho,ho..Boleh jugak cuba minuman berasakan susu seperti kopi susu,bandung dan soya cincau.

Jumpa kat Facebook

Terus cuba buat

Finally,the great way to enjoy your milk.Terus buat buka puasa tadi


4.MAKAN KURMA
Makanlah kurma.Sebab tak perlu diceritakan lagi khasiatnya bagi ibu mengandung dan menyusu.

Setakat ini dahulu.Itulah yang saya praktikkan ketika puasa kali ni.So saya akan minum kopi susu untuk berbuka nanti.Untuk makanan hari ni saya buat sup sayur dan makan buah tembikai susu.Complete meal dan sangat berguna untuk ibu menyusu.

Ramadhan Kareem & keep calm and shopping with us at www.littlemunas.com

Friday, 20 June 2014

ISLAMIC SOFTBOOK ON SALE

Salam semua.Entry gembira kali ni adalah ISLAMIC SOFTBOOK ON SALE sempena kedatangan Ramdhan.

Antara tajuk yang kami tawarkan;

1.MENGENAL ABC DESIGN ISLAMIK
2.MARI MENGIRA
3.ALLAH PENCIPTA KAMI
4.UCAPAN ANAK SOLEH

MENGENAL ABC DAN MARI MENGIRA

UCAPAN ANAK SOLEH
ALLAH PENCIPTA KAMI
Ini harga yang kami tawarkan sempena promosi Ramadhan;

BELI 1 = RM35
BELI 2 = FREE POS
BELI 3 = RM100 + FREE POS

Jika berminat untuk membeli dengan harga ini boleh terus sms/whatsap SOFTBOOK SALE dan hantar ke 017.223.5362 untuk membuat pembelian.

Terima kasih

Tuesday, 17 June 2014

RESEPI 'HOMEMADE BURGER'

Salam semua.Mulanya sekadar mencuba,akhirnya jatuh cinta.Saya jumpa resepi burger ni di blog kanak-kanak.Maksudnya resepi ini adalah resepi yang boleh kanak-kanak buat sendiri.Saya cadangnya nak buat dengan anak.Akhirnya di quit.Geram mak!

Tak sangka daging berger sangat senang dibuat.Mari kita fikir-fikirkan kebaikan homemade burger ni berbanding burger yang kita beli di pasaran;

1- Bersih,halal dan toyyiban
2- Anda tahu apa yang dimasukkan ke dalam patty burger anda.Jadi ianya selamat dimakan anak anda sebab semua bahan-bahannya kita tahu.
3- Masakan ibu,tak seperti processed-food yang mengeraskan hati anak.
4- Senang yang amat nak buat.Boleh simpan adunan dan buat lagi bila nak makan.
5- Ayahnya mesti akan jatuh cinta dengan homemade burger ni.Confirm!

Tengok resepi di video ni


Bahan-bahan untuk membuat patty
500gm daging kisar [untuk lebih ekonomi beli daging kisar import]
3-4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar [ditumis bersama bawang putih]
2-3 sudu tepung gandum
5 keping roti 4 segi yang dihancurkan
2 biji telur
sedikit serbuk cili atau boleh digantikan dengan serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula

Cara membuatnya
**Jika anak anda berumur 3 tahun ke atas,sesuai ajak dia turut serta.

1. Dalam bekas yang berisi daging kisar,masukkan telur,bawang yang ditumis,roti hancur,garam,gula dan serbuk cili.Gaul sehingga sebati dan menjadi patty.
2. Buat bentuk patty burger mengikut selera keluarga anda.
3. Kemudian patty tadi dibalik-balikkan pada tepung untuk meliputi patty.
4. Apabila mahu makan,bakar pada suhu 180-200 darjah celcius selama 20minit.
5. Hidangkan dengan roti,sayur dan cheese mengikut selera keluarga anda


 Mula-mula dia senyum konon nak buat sama-sama ye..lepas tu mak sorang je buat.Bekas kat tepi tu daging yang saya buat siap-siap dan simpan dalam peti sejuk.Bila rasa nak makan saya ambik dan buatkan bentuk patty untuk dibakar.Cuba lihat rupa patty tu..sedap.Saya buat saiz kecil je sebab anak yang nak makan.Untuk ayah,saiz lain.
Hari ke-2,adunan semalam masih ada.Biar je anak dara ni uli pulak.Anda tunjukkan contoh.Insyaallah mereka boleh buat.Sepah2..perkara biasa.Tepung yang bersepah kita boleh sapu,tapi keyakinan yang kita beri umpama benih yang tertanam sepanjang hayat buat mereka.

Uli sampai nganga..jadilah kan..

VISIT >> www.littlemunas.com untuk membeli toys,books,softbooks atau saja-saja cuci mata

Thursday, 12 June 2014

GARDENING WITH KID

Bila sang adik dah besar sikit.Mummy buat outdoor activities.Outdoor lah sangat.Sebenarnya aktiviti petang depan rumah je iaitu GARDENING.
Muka happy dan bersemangat



Hari ni kita tanam pegaga.Asalnya beli nak buat makan,tak termakan pulak.Jumpa mandarin basket masa Chinese New Year lepas.Saya lapikkan dengan plastik.Alahai..kojo sonang!

Jangan lupa bagi anak tanggungjawab sikit.Saya pakaikan sarung tangan.Biar dia semangat sikit nak membantu.Kemudian kami letak pasir dan tanam.Begitulah alkisah berkebun kami petang tu.Anda juga boleh buat.Antara pokok-pokok mudah yang anda boleh berkebun dengan anak adalah;
1-pokok bawang >>untuk daun bawang
2-pokok kucai
3-serai
4-kesum

Semuanya anda boleh beli dikedai,rendam dan sedia ditanam.Aktiviti petang tu berakhir dengan sedikit kacau bilau.Lepas tanam-tanam dia sepahkan laman.Aduhai anak........!


Jom tengok sikit aktiviti gardening with kids yang lain.
VISIT >> www.littlemunas.com

Wednesday, 11 June 2014

RESEPI ROTI KOK

Aktiviti 'cooking with kids' dan resepi kanak-kanak dan sekaligus menjadi resepi kegemaran keluarga adalah roti kok.Biasanya kita ibu-ibu mesti beli roti untuk simpanan keluarga.Tup-tup dah sampai tarikh luput,kadangkala tak bersentuh roti tu...mungkin kadang-kadang tak sempat makan.Apa-apa pun sekarang saya dah jumpa cara untuk mengelakkan pembaziran roti.Projek dengan anak saya kali ini saya namakan PROJEK ROTI EXPIRED

Membuat roti kok dapat memanjangkan hayat roti anda.Resepinya sangat senang.Panggil si kecil buat bersama anda.Ini antara aktiviti homeschool dan mereka dapat belajar banyak perkara.Jom tengok sikit rupa roti kok yang dikomersilkan

Banyak dijual di kedai-kedai runcit dan di luar bandar
RESEPI ROTI KOK
Bahan-bahan

1-Roti (sebanyak mana yang anda nak selamatkan dari dibuang)
2-Mentega atau margerin mengikut selera anda
3-Gula

Cara membuatnya
1-Potong roti kepada 4 bahagian.Sebab senang dimakan.Orang kata bite-size
2-Sapu marjerin dan tekapkan ke dalam gula.
3-Susun pada dulang pembakar.dan bakar pada suhu 180darjah selama 20minit

Kakak yang rajin


Bersungguh-sungguh
Dalam aktiviti ini anak-anak akan bermain.Tumpahkan gula?itu biasa.Biarlah dia belajar.Dia akan ingat dan berimaginasi.Selalunya aktiviti sebegini merenggangkan mereka dengan tv dan tab,tapi mengeratkan hubungan dengan anda.

Selamat mencuba

Wednesday, 14 May 2014

LEGO ORIGINAL

 

Ok,cerita bab LEGO original ni kita tak payah cakap banyak.Alkisahnya saya dah jual LEGO ORIGINAL ni dah masuk batch ke-3 dah.Alhamdulillah,makin banyak sambutan setiap kali saya buka untuk pre order.Ini adalah keterangan mengenai PRE ORDER LEGO

PRE-ORDER LEGO ORIGINAL 3RD BATCH [JUNE 2014]

KETERANGAN PRODUK : 
1. Lego loose block (random blocks)
2. Anggaran berat 300 gram
3. Untuk 4 tahun ke atas (pengawasan ibu/bapa/dewasa perlu semasa anak-anak bermain kerana item LEGO adalah kecil)

HARGA :RM55/pek (Semenanjung)
RM65/pek (Sabah/Sarawak)
POS PERCUMA

CARA TEMPAHAN

1. Tempahan dibuka sehingga 25/5/2014.
2. Sila nyatakan nama, alamat, no. telefon dan bilangan pek.
3. Tempahan akan diproses seminggu dari tarikh 25/5/2014

Whatsapp 017.223.5362 untuk pertanyaan/tempahan.

Jom lihat sedikit testimonial dari pelanggan-pelanggan.
Puan Huslinda dari Kelantan beli 2 pek

Ini hasil dari kawan saya.Bapak yang main LEGO ni..bukan anak dia.Hehe!
Lego ini dijual secara timbang dalam pek 300gm.Supplier memastikan pelbagai variasi dalam setiap pek supaya anda dapat sama rata dan Insyallah mampu berkreatif dengan setiap pek.LEGO ini original ye.
Lihat,setiap bulatpada biji LEGO tu tertera perkataan LEGO


Haish..macam-macam jadi kalau kreatif
Macam ni pon boleh..
Contoh pek 300gm

Building and flowers


Aktiviti kanak-kanak - Memasak Cornflakes Coklat

Mengelakkan aktiviti petang yang bosan seperti membiarkan anak depan TV secara tidak dikawal amatlah merugikan.Jadi berpenat lelah lah saya dipetang hari mencari idea untuk aktiviti untuk anak saya.

Minggu lepas masih berbaki coklat masakan jenama Van Houten dalam peti sejuk.Juga sedikit cornflakes baki projek biskut beberapa minggu yang lepas.Saya ajak dia ke dapur.Resepi ini sangat mudah ye,kerana anak anda yang akan buat.Bukan anda.hehehhe!



Resepi Kanak-Kanak [Coklat Cornflakes]
Bahan-bahan

1 coklat masakan jenis bar
Cornflakes mengikut kesesuain kuantiti coklat
Cup untuk meletakkan cornflake
Colourful sugar rice untuk menaikkan seri coklat cornflakes si kecil anda

Cara-cara
1.Ibu bantu mencairkan coklat masakan secara double-boil.
2.Siapkan bekas berisi cornflakes kepada anak anak.
3.Minta dia menyusun cup sendiri.
4.Kemudian masukkan coklat yang dicairkan ke dalam bekas berisi cornflakes.Minta si kecil gaulkan untuk melatih dan memperkemas motor halusnya.
5.Kemudian selepas semua cornflakes disaluti coklat,minta sikecil isikan ke dalam cup.
6.Hiaskan dengan sugar rice bewarna-warni supaya nampak lebih menarik.
7.Sejukkan di dalam peti sejuk.

Bila coklat dah mengeras,enjoy the chocolate with your kids.Berikan pujian atas setiap usaha ketika dia membuat biskut.Sambil makan,ambil tahu emosinya.Katakan ini hasil yang dibuatnya tadi.Mesti dia sangat gembira.Toin-toing...keyakinan dirinya meningkat berganda-ganda.

Selamat mencuba.

Layari www.littlemunas.com