Salam semua.Mulanya sekadar mencuba,akhirnya jatuh cinta.Saya jumpa resepi burger ni di blog kanak-kanak.Maksudnya resepi ini adalah resepi yang boleh kanak-kanak buat sendiri.Saya cadangnya nak buat dengan anak.Akhirnya di quit.Geram mak!
Tak sangka daging berger sangat senang dibuat.Mari kita fikir-fikirkan kebaikan homemade burger ni berbanding burger yang kita beli di pasaran;
1- Bersih,halal dan toyyiban
2- Anda tahu apa yang dimasukkan ke dalam patty burger anda.Jadi ianya selamat dimakan anak anda sebab semua bahan-bahannya kita tahu. 3- Masakan ibu,tak seperti processed-food yang mengeraskan hati anak.
4- Senang yang amat nak buat.Boleh simpan adunan dan buat lagi bila nak makan.
5- Ayahnya mesti akan jatuh cinta dengan homemade burger ni.Confirm!
Tengok resepi di video ni
Bahan-bahan untuk membuat patty
500gm daging kisar [untuk lebih ekonomi beli daging kisar import]
3-4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar [ditumis bersama bawang putih]
2-3 sudu tepung gandum
5 keping roti 4 segi yang dihancurkan
2 biji telur
sedikit serbuk cili atau boleh digantikan dengan serbuk lada hitam
sedikit garam dan gula
Cara membuatnya
**Jika anak anda berumur 3 tahun ke atas,sesuai ajak dia turut serta.
1. Dalam bekas yang berisi daging kisar,masukkan telur,bawang yang ditumis,roti hancur,garam,gula dan serbuk cili.Gaul sehingga sebati dan menjadi patty.
2. Buat bentuk patty burger mengikut selera keluarga anda.
3. Kemudian patty tadi dibalik-balikkan pada tepung untuk meliputi patty.
4. Apabila mahu makan,bakar pada suhu 180-200 darjah celcius selama 20minit.
5. Hidangkan dengan roti,sayur dan cheese mengikut selera keluarga anda
Mula-mula dia senyum konon nak buat sama-sama ye..lepas tu mak sorang je buat.Bekas kat tepi tu daging yang saya buat siap-siap dan simpan dalam peti sejuk.Bila rasa nak makan saya ambik dan buatkan bentuk patty untuk dibakar.Cuba lihat rupa patty tu..sedap.Saya buat saiz kecil je sebab anak yang nak makan.Untuk ayah,saiz lain.
Hari ke-2,adunan semalam masih ada.Biar je anak dara ni uli pulak.Anda tunjukkan contoh.Insyaallah mereka boleh buat.Sepah2..perkara biasa.Tepung yang bersepah kita boleh sapu,tapi keyakinan yang kita beri umpama benih yang tertanam sepanjang hayat buat mereka.
Uli sampai nganga..jadilah kan..
VISIT >> www.littlemunas.com untuk membeli toys,books,softbooks atau saja-saja cuci mata
Bila sang adik dah besar sikit.Mummy buat outdoor activities.Outdoor lah sangat.Sebenarnya aktiviti petang depan rumah je iaitu GARDENING.
Muka happy dan bersemangat
Hari ni kita tanam pegaga.Asalnya beli nak buat makan,tak termakan pulak.Jumpa mandarin basket masa Chinese New Year lepas.Saya lapikkan dengan plastik.Alahai..kojo sonang!
Jangan lupa bagi anak tanggungjawab sikit.Saya pakaikan sarung tangan.Biar dia semangat sikit nak membantu.Kemudian kami letak pasir dan tanam.Begitulah alkisah berkebun kami petang tu.Anda juga boleh buat.Antara pokok-pokok mudah yang anda boleh berkebun dengan anak adalah;
1-pokok bawang >>untuk daun bawang
2-pokok kucai
3-serai
4-kesum
Semuanya anda boleh beli dikedai,rendam dan sedia ditanam.Aktiviti petang tu berakhir dengan sedikit kacau bilau.Lepas tanam-tanam dia sepahkan laman.Aduhai anak........!
Jom tengok sikit aktiviti gardening with kids yang lain.
Aktiviti 'cooking with kids' dan resepi kanak-kanak dan sekaligus menjadi resepi kegemaran keluarga adalah roti kok.Biasanya kita ibu-ibu mesti beli roti untuk simpanan keluarga.Tup-tup dah sampai tarikh luput,kadangkala tak bersentuh roti tu...mungkin kadang-kadang tak sempat makan.Apa-apa pun sekarang saya dah jumpa cara untuk mengelakkan pembaziran roti.Projek dengan anak saya kali ini saya namakan PROJEK ROTI EXPIRED
Membuat roti kok dapat memanjangkan hayat roti anda.Resepinya sangat senang.Panggil si kecil buat bersama anda.Ini antara aktiviti homeschool dan mereka dapat belajar banyak perkara.Jom tengok sikit rupa roti kok yang dikomersilkan
Banyak dijual di kedai-kedai runcit dan di luar bandar
RESEPI ROTI KOK
Bahan-bahan
1-Roti (sebanyak mana yang anda nak selamatkan dari dibuang)
2-Mentega atau margerin mengikut selera anda
3-Gula
Cara membuatnya
1-Potong roti kepada 4 bahagian.Sebab senang dimakan.Orang kata bite-size
2-Sapu marjerin dan tekapkan ke dalam gula.
3-Susun pada dulang pembakar.dan bakar pada suhu 180darjah selama 20minit
Kakak yang rajin
Bersungguh-sungguh
Dalam aktiviti ini anak-anak akan bermain.Tumpahkan gula?itu biasa.Biarlah dia belajar.Dia akan ingat dan berimaginasi.Selalunya aktiviti sebegini merenggangkan mereka dengan tv dan tab,tapi mengeratkan hubungan dengan anda.