Monday, 19 August 2013

Resepi kanak-kanak : Bihun Singapore

Kalau di Pulau Pinang, sebut saja bihun Singapore, memang terbayang-bayang dah bihun putih,lembut,kurang pedas dan sedap.Selalu dijual di pasar malam.Dan bihun Singapore dalam nostalgia saya adalah bihun Singapore pasar malam Bayan Lepas.

Kenapa resepi mesra kanak-kanak? Sebab ianya tak pedas.Jadi kalau orang dewasa nak makan pedas,boleh tambah cili jeruk atau sambal kicap.Kali ni anak saya kurang selera pulak,mungkin dia dah kenyang.Tapi tak mengapa..maka penuhlah perut ibu dan ayahnya.Jom tengok resepi.

P/s : Tips untuk membuat tekstur bihun yang digoreng mahupun dimakan dengan sup elok,tidak kembang,terlalu lembik dan tidak pecah-pecah adalah ; rendam bihun semalaman atau 5-7 jam sebelum dimasak. Berbanding bihun yang delembutkan dengan air panas,ia akan terlebih kembang dan mudah hancur.Cuba tips yang diberikan di atas dan selepas itu anda dapat bezakan kelebihannya dan perbandingan tekstur masing. [Tips dari ibu kawan saya-Zulfadhli, ibu beliau merupakan orang yang selalu mengambil tempahan memasak ]

Bahan-bahan A
1. 1 biji bawang besar 
2. 4 ulas bawang putih
3. sedikit udang kering
4. sedikit lada hitam
5. 2cm halia
Bahan-bahan A dikisar untuk ditumis

6. 2 biji bawang merah 
5. 3-5 cili padi
7. isi ayam mengikut citarasa-dipotong kecil
8. 1/3 kiub pati ayam
9. sedikit lobak merah dipotong halus
10. sedikit kubis dipotong halus
11. daun bawang
12. sedikit lada sulah
13. garam
14. 3 biji telur
15. bihun yang direndam semalaman

Cara memasak

1. Tumis bahan A, bawang merah dan 1/3 kiub pati ayam.
2. Apabila sudah kuning boleh dimasukkan ayam. Tunggu sehingga ayam masak.Masukkan air jika perlu.
3. Masukkan lobak merah dan kubis. Tunggu sehingga 1/2 masak.
4. Masukkan telur dan pecahkan.
6. Kemudian masukkan bihun ke dalam kuali. Goreng hingga masak.Sambil diperasakan dengan lada sulah dan garam.
7. Apabila sudah masak, tutup api dan masukkan daun bawang.


Selamat mencuba dan Pray for Egypt

Friday, 16 August 2013

Konflik Mesir for Dummies or Mommies

Untuk menulis pandangan sendiri mengenai konflik Mesir, sah bukan kepakaran saya.Saya percaya ibu-ibu dan pembaca celik ilmu dan sensitif dengan isu-isu saudara Muslim kita di luar sana. Di sini ingin saya kongsikan artikel dari blogger Angel Pakai Gucci mengenai Konflik Mesir For Dummies.Beliau mengemukakan rentetan konflik dan fakta mengenai politik Mesir. Baca di sini http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/08/konflik-mesir-untuk-dummies.html
untuk update terkini dari Mesir boleh like FB https://www.facebook.com/MesirKini

Setakat ini perkongsian dari saya yang dhaif.Harap kata-kata dibawah tidak membuat kita yang celik IT,buta hati untuk mengikuti perkembangan saudara-saudara Muslim di dunia.Amin.