Monday 28 July 2014

SALE MAINAN BAYI #1

Berita Gembira !! Bermula 28 Julai 2014 bersamaan 1 Syawal 1435H sehingga 8Ogos 2014, kami melancarkan Jualan Gudang. Yang bestnya, DISKAUN dari 10% sehingga 50% untuk produk produk terpilih. Cara untuk order mudah sahaja iaitu SMS/WhatsApp ke 017-223 5362 senarai produk yang anda berminat mahu order.

Syarat utama untuk layak diskaun ialah pembayaran mesti dibuat dari tarikh 28 Julai sehingga 7 Ogos. Produk akan dipos ke seluruh Malaysia mulai 8 Ogos 2014. 

Order segera bermula 28 Julai sehingga 7 Ogos sebelum stok SOLD OUT !!

***PEMBAYARAN SELEPAS 7/8/2014 tidak layak mendapat harga diskaun JUALAN GUDANG

Wednesday 23 July 2014

Kartun Islamik Untuk Anak

Ramadhan Kareem.Salam penghujung Ramadhan.               
                                                                                    
Anak-anak kita kalau diberi ipad/tab hatta handphone kita sekalipun akan jadi terujakan?Lepas tu dia akan buat ipad/tab/handphone tu macam harta dia pulak.Bawak bersabar...Daripada frozen,upin ipin,sampai review permainan dan review jajan pun ditontonnya.Memang kena pantau.Cara masing-masinglah ye.Bila malam sikit saya bermurah hati menonton bersama anak di gajet kami.Saya dah jumpa beberapa kartun islamik yang saya dah tengok dan sesuai umtuk anak-anak saya.Dia pun suka tengok.Di sini saya akan kongsikan beberapa kartun islamik tu.  
                                                          

Wednesday 16 July 2014

#GazaUnderAttack 2014

Ada 3 golongan yang 'so dear to my heart' selain keluarga saya; Saudara Palestine, anak yatim dan orang yang sakit kanser [kerana arwah ibu meninggal kanser ovari].Hari ni saya nak berkongsi mengenai video ringkas,educational dan sangat mudah difahami mengenai Israeli Occupation in Palestine dan apa yang dihadapi oleh rakyat Palestin sekarang.

Bagi ibu ayah yang ada anak-anak yang mungkin bertanya mengenai konflik ini,mungkin video 6minit secara animasi ini dapat 'educate' mereka.Atau sesiapa sahaja yang masih tidak faham mengenai Israeli Occupation in Palestine.

Sunday 13 July 2014

MASJID MESRA KANAK-KANAK

Masjid mesra kanak-kanak.Seronok dengarkan ibu-ibu.Saya dah ceritakan dalam artikel ini - kanak-kanak di masjid.Kali ni saya nak cerita sikit mengenai aktiviti kanak-kanak di masjid ketika bulan puasa.Anak saya,sangat suka bila saya sebut nak ke masjid sebab dalam fikiran dia masjid tempat bermain!Ada aktiviti,macam-macam,dapat hadiah dan sangat luas.Saya rasa sangat seronok.Sebagai kanak-kanak dia dah mula fikir masjid adalah tempat yang menyeronokkan.Kalau kita baja-baja lagi fikiran dia,saya doakan supaya dia menjadi generasi cinta masjid.Amin..


Sebab apa dia suka sangat?Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah dan doakan jawatankuasa Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong terutamanya guru dan sukarelawan Kids' Corner.Mereka mengorbankan waktu bertarawih dengan mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak 2-12tahun supaya ibubapa lain dapat berjemaah dengan tenang.Allah sahaja dapat membalasnya.

Jom tengok apa aktiviti untuk kanak-kanak setiap malam di bulan Ramadhan di masjid ini.
Aktiviti lekat-lekat

RESEPI NASI ARAB MAQLUBA

Jom masak nasi arab.Sebagai penjual rempah arab,soalan yang saya dapat adalah; apa beza rempah maqluba,mandy dan khabsa?

Jadi hari ni saya cerita sikit.Saya bukan pakar.Ini yang saya boleh cerita sedikit mengenai nasi maqluba yg saya tahu dengan pengetahuan saya yang terhad.Please don't  quote me.

Nasi arab maqluba popular di Palestine yang saya tahu.Di wikipedia katanya makanan tradisi Iraq dan Parsi.Maqluba bermaksud periuk terbalik.Apa yang terbalik?Ok,sayur-sayuran akan disusun dibawah periuk,kemudian nasi dimasak di bahagian atas.Jadi bila nasi maqluba dihidangkan,mereka akan terbalikkan periuk dan jadilah begini;

Friday 11 July 2014

Steering Mainan Kanak-Kanak [RESTOCK RAYA 2014]

Restok untuk raya.Tak cukup nak letak kat display rack ni.Dalam kotak ada lagi
Salam semua.Alhamdulillah sambutan luar biasa untuk steering mainan kanak-kanak ni.Jadi kami restock berpuluh-puluh lagi.

"Balik kampung..oo..oo..oo..balik kampung..
Hati girang...lalalala.."
Fateh 7bulan.Pegang ye steering tu..tekan-tekan bunyi sambil teman mummy pergi kedai.Tak  de lah dia bosan sangat di belakang


Melati dari Seremban.Sangatlah happy dapat steering sendiri.Siap azan nak bawak kereta

Untuk pembeli Ramadhan ini,kami hadiahkan salah satu daripada mini whiteboard tulis dan padam.Tapi stok sangat terhad.Insyaallah kalau stok habis kami gantikan dengan buku pula.
Proses packing untuk dipos

TERHAD & PERCUMA mini whiteboard tulis&padam selagi stok masih ada.

Jika berminat boleh sms/whatsap kod STEERING dan hantar ke 017.223.5362

KEEP CALM & SHOPPING WITH https://www.facebook.com/littlemunas



Resepi Serawa Pisang [Untuk Berbuka]

Ucapan ramadhan : Ramadhan Kareem..Dibalas : Ramadhonu mubarak.Allahu akram


Kisah Pisang Murah

Bulan Ramadhan ni saya dah jadi macam food blogger dah.Seronok memasak dan berkongsi resepi mudah.Orang kata "buat apa susah-susah buat kueh untuk berbuka.Beli sahaja lah...Nak makan 2 orang sahaja".Asbab kita masak kueh banyak bukan untuk makan 2 orang sahaja.Tapi memang masak banyak untuk berkongsi dengan jiran.

Kalau tinggal kat KL/Selangor ni.Pisang pun mahal.Cuba tengok sesikat pisang montel.Tak de RM7-9 jangan la mimpi nak beli.

Pisang montel lelong setengah harga di MyMydin.Insyaallah ada setiap hari

Kalau dikampung tu..ambik je setandan.Bahagi-bahagi sedekah kat jiran.Ok,kalau Mymydin Subang Bestari,mereka akan repack balik pisang montel yang dah masak sangat dan jual.Pada masa ni pisang dah masak betul dan dijual setengah harga.Bolehla anda menikmati pisang montel dgn harga yang murah.

Tak boleh simpan lama pisang tu?Apalagi, transform lah buat cekodok,lempeng pisang,banana milk shake.1001 makanan boleh buat.Jadi kali ni saya buat SERAWA PISANG-panggilan orang utara.Kalau orang tempat lain dipanggil pengat pisang.



Resepi Serawa Pisang Montel

BAHAN-BAHAN


4-5 biji pisang [pisang mana yang adalah,saya tak pandai jenis-jenis pisang ni]
4 sudu gula melaka [dipotong halus-halus]
2-3 sudu gula [atas tahap kemanisan masing-masing]
Santan secukup rasa
Daun pandan
sedikit sagu jika ada
Secubit garam 
3 sudu tepung gandum


CARA MASAK


1-Jika anda ada sagu boleh didihkan sehinggga kembang dan nampak lutsinar dan ketepikan.
2-Masak gula melaka dengan sedikit sehingga betul-betul larut.Kemudian masak gula biasa.Masukkan simpulan daun pandan untuk meningkatkan aroma wangi serawa kita.
3-Selepas itu masukkan santan sehingga dapat warna coklat lembut.Sentiasa kacau.
4-Masukkan pisang yang dipotong serong-serong.Masukkan sagu yang direbus tadi.
5-Bancuh tepung gandum dengan sedikit air dan masukkan ke dalam serawa tadi.Saya buat untuk memekatkan kuah.
6-Akhir sekali lihat apabila sudah mendidih dan pisang kelihatan melecur.Tutup api dan masukkan secubit garam untuk mendapatkan rasa lemak-lemak.


Tengok serawa tu..nampak sedap
Enak dimakan ketika berbuka atau minum petang.Ambil semangkuk dan bagi pada jiran.Hehehe!Selamat mencuba

KEEP CALM & HAPPY SHOPPING WITH SINGGAH SURI

Wednesday 9 July 2014

Diari Jimat Ramdhan dan Raya

TIPS JIMAT HARI RAYA #1
ELAKKAN BERKUNJUNG KE PUSAT MEMBELI BELAH SETIAP HUJUNG MINGGU

Elakkan berkunjung-kunjung ke tempat membeli belah setiap hujung minggu.Ibu-ibu mungkin niat nak tengok-tengok baju raya.Dengan gaji yang masuk awal..Senang tergoda ye dengan papan tanda jualan murah sini sana.

Bila dah keluar,semestinya tak larat masak bila nanti balik.Jadi sekeluraga lah yang akan berbuka di luar.Biasanya outing window shopping dan berbuka di luar dapat memakan belanja dari RM100-RM200 sekali outing.Pheww!

Tahan kejap ye.Lepak-lepak dan cuba resepi baru je kat rumah.Habis RM10-RM30 je.Jangan membazir ye

Gambar ihsan : google
Sedap memilih raya-raya ni....
Cuba resepi BROWNIE IN A MUG di ENTRY INI
Gambar ihsan google

Tuesday 8 July 2014

Resepi Brownie In A Mug

Assalamualaikum dan Salam 11 Ramadhan.Semalam saya cuba buat resepi brownie in a mug.Bagi anak makan.Terus teruja nak update blog hari ni.Sepatutnya saya letak cocoa powder seperti dalam resepi.Tapi sebab susah nak keluar,saya gantikan dengan milo.Saya tau ibu-ibu malas nak susah-susah pergi cari cocoa powder lah.Almaklumlah..anak kecik-kecik.Bukan senang nak keluar gitu je.

Nampak sedap.Credit gambar : google
Ini gambar yang saya terus cuba buat petang semalam.Yang untung budak tak puasa ni.Saya suap sikit kat baby saya yang dah 7bulan,Jangan risau,kalau anda tengok bahan-bahan dia nanti,sah-sah tiada pengawet.Semua selamat dimakan oleh anak kita kan? Syukurnya buat sendiri dan tahu apa yang masuk dalam mulut anak-anak kita.

Tukang rasa waktu ibu berpuasa.Dia kata 'sedap!'
BAHAN-BAHAN A
2-3 sudu gula
3-4 sudu tepung gandum
2-3 sudu serbuk koko,ikut selera masing-masing (kalau tak de,ganti dengan milo)
secubit garam

BAHAN-BAHAN B
Sedikit air
2 sudu olive oil

CARA-CARA
1.Gaul bahan A dalam mug 
2.Masukkan sedikit demi sedikit air sampai pekat macam adunan cucur dan masukkan olive oil
3.Masukkan ke dalam microwave selama 2 minit
4.Hidangkan bersama aiskrim vanilla

***Waktu penyediaan sangat singkat ye.Sesuai untuk saya yang ada anak kecil ni.Semua orang pun sesuai jugak.Kalau di ofis ada microwave...jadi je untuk cofee break petang-petang.2 minit untuk kacau bahan-bahan kat atas dan 2 minit waktu memasak dalam microwave.

Siap satu brownie in a mug
Tadi pagi sahur sempat buat.5 minit je siap.Kalau untuk orang dewasa masukkan sedikit nescafe.Jadi dia rasa macam kopi-kopi sikit.Sedap!
Siap letak aiskrim pagi-pagi tu

Ok,jangan lupa cuba waktu berbuka nanti.Buatla 3-4 mug sebagai pencuci mulut.Ni resepi secara bergambar.Credit : google


KEEP CALM AND ENJOY SHOPPING REMPAH NASI ARAB AT SINGGAH SURI

https://www.facebook.com/singgahsuri






Monday 7 July 2014

Telekung Kanak-Kanak

Ramadhan Kareem!Entry kali ni mengenai telekung kanak-kanak yang cecomel sangat.Jenama Weeda.Sebelum kita mulakan mencari telekung,jom kita tengok gambarlah dulu ye,jamu-jamu mata.Comel tak?Warnanya pula..memang menarik perhatian anak anda.Ceria sungguh








Telekung Weeda sesuai untuk kanak-kanak berusia dari 2 hingga 12 tahun. Terdapat saiz S,M dan L untuk setiap warna.

Ibu-ibu mesti tertanya-tanya macamana nak buat pemilihan saiz?Senang je.Ikut carta ini;
Tapi sebab kanak-kanak cepat besar,kita boleh agak-agak je.Contoh 2-5tahun saiz S,6-8tahun saiz M dan 9-12 tahun saiz L.Kan lebih mudah.Lagipun tak mengapa kalau beli telekung besar sedikit kan?Jom tengok testimoni adik-adik comel bersolat dengan telekung ini.

Si kecil yang comel
Best friend for life.Untill jannah ye adik kakak

Setakat ni ramai yang minat sangat warna ungu & pink.Atas pilihan masing-masing.
=====================================================

HARGA TELEKUNG : RM69
Jika berminat,sms@whatsap terus kod TELEKUNG dan hantar ke 017.223.5362 untuk cek stok warna pilihan anda dulu ye.

Ihsan ;Islamic Parenting Network


TELEKUNG WARNA TERBARU 2015 KLIK DI SINI >> TELEKUNG TERBARU 2015

Lihat full album telekung 2015 di sini>>
TELEKUNG KANAK-KANAK 2015


Pengalaman Dan Tips Menyusu Ketika Berpuasa

Jadi ibu ni memang mencabar segala segi.Berpuasa dan menyusu juga jadi cabaran untuk ibu pertama kali atau ibu yang dah berkali-kali.Menyusu pula boleh dikategorikan kepada 2 level.Level pertama-bila bayi dibawah 6 bulan dan hanya minum susu kita sahaja.Dan Level ke-2 -6 bulan ke atas bila dia tak hanya minum susu kita sahaja.

Mana-mana level pun kita tetap kena berpuasa dan menyusu.Jom tengok tips yang anda boleh praktikkan untuk menyusu anak anda di bulan puasa.

1. JANGAN TINGGALKAN SAHUR
Jangan 'skip' sahur.Sebab dengan keadaan anda yang menyusukan bayi,mungkin anda akan menggeletar sebab tak makan sahur.Kita kan makan untuk 2 orang.Bila kita tak makan atau minum pagi tu dan hanya berikan makanan dalam badan kita kepada anak,memang boleh menggeletar dan dehidrate.Sahur dengan minum banyak air.Ini dapat membekalkan susu yang mencukupi dan menjamin kecergasan kita.Kalau kita kurang minum air dan menyusu pulak tu..siap la penyakit sembelit datang bulan puasa ni

2.BAGAIMANA NAK MINUM BANYAK AIR?
Soalan yang bagus sebab perut kita terbahgai kepada 1/3 bahagian makanan,1/3 bahagian air dan 1/3 bahagian udara kan?Takkan nak minum air je waktu berbuka.Untuk menjamin air yg mencukupi anda gantikan menu kueh-kueh berbuka dengan buah.Buah mengandungi kandungan air yang tinggi daripada kueh mueh,jadi dengan memakan buah anda dah mendapat ekstra air.Contoh buah yang boleh membekalkan air sewaktu berbuka ;tembikai,mangga masak,tembikai susu,papaya,nanas.Aish..kecur air liur pulak.Lagipun buah-buahan ni membekalkan serat yang tinggi untuk mengelakkan sembelit untuk ibu menyusu.
Buat macam ni pun boleh

Alternatif lain adalah makan,makanan berasaskan air ketika berbuka seperti bubur lambuk.Bubur kacang,bubur jagung,serawa pisang.Sambil menyelam,minum air lah.Juga boleh makan makanan seperti bihun sup,laksa penang atau mee kuah.Kan tinggi kandungan air tu
Credit gambar :http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bubur-lambuk-kg-baru-laris-peniaga-nak-menang-tangan


3.MINUM SUSU
Jangan lupa minum susu ketika bersahur dan berbuka atau...waktu malam-malam sebelum tidur tu.Susu badan Allah dah ciptakan sempurna walaupun si ibu tak makan makanan yang sempurna.Segala nutrien dan kalsium diambil daripada badan ibu.Jadi,yg ruginya kitalah...kalau kita tak 'top up' nutrien-nutrien tu.Kang rambut gugur,gigi jarang...jangan marah kan anak.Awak yang tak top up kalsium anda.

Kalau malas sangat minum susu,buatlah horlick,ho,ho,ho..Boleh jugak cuba minuman berasakan susu seperti kopi susu,bandung dan soya cincau.

Jumpa kat Facebook

Terus cuba buat

Finally,the great way to enjoy your milk.Terus buat buka puasa tadi


4.MAKAN KURMA
Makanlah kurma.Sebab tak perlu diceritakan lagi khasiatnya bagi ibu mengandung dan menyusu.

Setakat ini dahulu.Itulah yang saya praktikkan ketika puasa kali ni.So saya akan minum kopi susu untuk berbuka nanti.Untuk makanan hari ni saya buat sup sayur dan makan buah tembikai susu.Complete meal dan sangat berguna untuk ibu menyusu.

Ramadhan Kareem & keep calm and shopping with us at www.littlemunas.com